Leo: uwan sume takde..so Kuya kita buat aktiviti memburulah raya ni..
Kuya: Boleh gak..aku dah tak cabo nih..
Uwan: huh, uwan tahu balik nanti umah sume kemas, bersih dan berbau harum...jangan lupa mop lantai, cuci tingkap dan lipat baju...kemudian bla..bla..bla..
Kuya & Leo: nyampahnyerrr...
Hehehe..dua ekor ni memang pemburu cicak yang tegar. Tengoklah habis gambar-gambar kat dinding di beleknya. Kononnya cicak nyorok belakang tu. Kelakar bila tengok diorang membelek dengan hati-hati takut gambar jatuh. Memang pandai! Apa pun uwan mesti rindu kat Leo dan Kuya raya ni. Duk rumah jangan nakal-nakal tau!
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI KEPADA SEMUA TEMAN-TEMAN BLOGGER YANG DIKASIHI. MAAF ZAHIR BATIN DAN BERHATI-HATI DIJALAN RAYA.
IKHLAS,
HUD AIKARA
(^__^)V
2 ulasan:
TGGALKN DORG KT UMA KER?
aha..diorang dah biasa tiap tahun kena tinggal...tapi semua persedian mereka sangat mencukupi dan selamat.Mereka selesa terkurung dalam rumah dari dalam sangkar tempat jagaan kucing.tapi kena pastikan mereka sihat sebelum tinggal lama.
Catat Ulasan