Masih ingat Sleeping Beauty? Hehehe. Tapi ini bukan kisah Sleeping Beauty walaupun ia memang cerita Sleeping Beauty! Cerita ini tentang Maleficent, si tukang letakkan sumpahan pada puteri sampai jadi sleeping beauty. Filem ini bergenre fantasi gelap dan diarahkan oleh Robert Stromberg.
Kita akan dibawa ke kehidupan masa kecil Maleficent (Angelina Jolie) sampailah dia dewasa. Maleficent tinggal di negara ajaib yang cantik dan indah di mana semua makhluk hidup aman dan saling mempercayai. Mereka berjiran dengan negara manusia yang sentiasa tamak dan mahukan hak orang lain.
Maleficent adalah pari-pari yang paling kuat dan hidup yatim piatu. Satu hari seorang budak lelaki bernama Stefan telah menceroboh kediaman mereka. Tetapi kemudian Maleficent dan budak lelaki tersebut menjadi kawan rapat. Sampai mereka remaja, Maleficent telah jatuh cinta dengan Stefan dan Stefan memberinya kuncupan yang menurutnya kasih sejati.
Namun selepas itu Stefan menghilangkan diri. Rupanya dia telah menjadi salah seorang kepercayaan raja dan bercita-cita tinggi untuk menjadi raja. Ketika raja gering selepas kalah dengan Maleficent (raja mahu menjajah tanah ajaib tersebut dan Maleficent telah mempertahankannya), dia menurunkan titah sesiapa yang dapat membunuh Maleficent, orang itu akan jadi raja dan akan dikahwinkan dengan puterinya.
Peluang yang baik itu dimanfaatkan oleh Stefan kerana dia tahu hanya dia saja yang dapat mendekati Maleficent. Stefan tidak sampai hati membunuh Maleficent tetapi telah memotong sayapnya sebagai bukti dia telah menumpaskan Maleficent. Maleficent yang sakit hati dan kecewa telah menyumpah puteri sulong Raja Stefan. Sumpahannya yang penuh dendam akan berlaku bila puteri tersebut berusia 16 tahun. Dia akan tertidur selamanya kerana terkena cucukan mesin tenunan dan hanya ciuman kasih sejati sahaja yang mampu membangunkannya.
Dapatkah Puteri Aurora (Elle fanning) bangkit dari tidurnya dan siapakah kasih sejati yang menyayangi puteri tersebut?
Secara jujurnya filem ini dari lima bintang, aku bagi empat bintang setengah! :) Lakonan Angelina Jolie tip top!
gambar: Google
2 ulasan:
huh..huh...rasa semangat pulak nak tgk citer nie lpas baca post nie
en Betta, saya syorrrr kan sangat pi la tengok.. memang best!
Catat Ulasan