Oooo..maaflah aku baru nak komen tentang filem ini. Mungkin dah basi kot..tapi aku baru tengok la...DVD..huhuhu...
Aku ni jenis yang teramat malasnya nak menjengah panggung wayang. Kecuali kalau orang minta temankan..aku pergilah. Dulu bekas boss aku yang selalu ajak aku tengok wayang. Satu hari kadang-kadang sampai 2 wayang kami tengok. Naik juling mata aku asyik balik pukul 2, 3 pagi.
Tapi yang best ikut dia sebab x-boss aku ni pasti bawa aku ke restoran atau coffe house yang tak akan mampu aku masuk..semua dia belanja..termasuk tiket wayang..tempat biasa; KLCC..hehehehe...(boss aku tu perempuan tau..XD)
Inilah watak utama filem ni, Diana, Mawi dan Fimie. Selain mereka turut sama membantu ialah Ziana Zain, Ning Baizura, Amani, Leya, Maya Karin, Raja Azura, Aznil, Norman Hakim, Vanida Imran, Saiful Apek, Azli, Ilya, Hamdan, Dato' Jalaluddin Hassan, Adibah Nor, Ogy dan Nabil.
Bagi aku filem ni oklah..filem cantik, kesan khas dia ok, lakonan baik, lagu sedap jugak, cuma kalaulah adventure tu lebih padat pasti lebih seronok.
Kisahnya Malik (Fimie) lari merajuk ke hutan belakang rumah neneknya selepas bergaduh dengan kakaknya Ayu (Diana). Oleh kerana hari telah mula senja Ayu mencari Malik tetapi kedua beradik itu telah terjatuh ke dalam perigi usang.
Rupanya perigi itu jalan ke dunia lain. Dunia Magika di mana imaginasi tiada sempadan. Kiranya Ayu dan Malik sebenarnya masih berada di hutan itu cuma telah masuk ke dimensi yang lain.
Malik diculik oleh Nenek Kebayan 'glamer' (Ziana Zain) kerana air mata kanak-kanak seperti Malik boleh dibuat ubat jamunya. Dalam perjalanan menjejaki Malik, Ayu bertemu watak-watak aneh yang menjadi lagenda dan mitos di dunia manusia. Watak yang paling rapat dengannya ialah Badang atau Bad (Mawi). (Tapi kenapa yek kekuatan Badang tak nampak sangat dalam cerita ni)...
Tapi adegan yang paling aku suka ialah ketika mereka bertemu penunggu Tasik Chini. M. Nasir ni memang ada aura yang tersendiri walaupun wataknya muncul untuk beberapa minit saja.
Ayu dan Malik akhirnya ditemui oleh pasukan pencari tetapi mereka mendapat pengajaran yang penting dari adventure yang ditempuhi; Kasih sayang dan nilai kekeluargaan.
Filem ini sesuailah ditonton seisi keluarga. Duduk depan TV sambil makan cekodok atau ubi rebus cicah sambal. Pekena pulak kopi panas kaw-kaw ...hehehehe...
p/s: dalam cerita ni Maya, Amani dan Leya..cukup cantikkkk..
(imej diambil dari internet dan studio Kru.com)
3 ulasan:
review yg menarik. sy xtengok lagi citer nih:)
citer ni dh ade dlm pc aku tp xde mase lg nak tgk.. :(
hehehe Betta sp, Heidi try lah tengok..cuma kalau kita tengok kat PC tak segempak tengok kat wayanglah..
Catat Ulasan