Aku percaya ramai yang dah tahu cerita benar si singa bernama Christian ini. (kalau belum boleh cari aje kat google mesti jumpa - cerita lengkap di wikipedia) Cerita ini kan pernah mengejutkan dunia dengan persahabatan antara dua orang manusia dengan seekor singa yang mereka jaga dari kecil dan kemudian dilepaskan kembali ke dunia asli sang singa.
Namun apa yang menyentuh hati, betapa masih kuat rasa sayang dan ingatan sang singa terhadap orang - orang yang pernah menjaganya dengan kasih sayang satu ketika dulu. Lihatlah saja video dokumentari lama di atas. Lihatlah bagaimana terujanya wajah Christian. Video di atas menunjukkan pertemuan kembali Christian dan tuannya selepas setahun dihantar kembali ke Afrika. Ketika ini mereka diberitahu kemungkinan Christian sudah lupa pada mereka kerana dia sudah menjadi ketua kepada puaknya sendiri lagipun dia sudah menjadi haiwan liar.
Tetapi apa yang terjadi mengejutkan. Ketika namanya dipanggil Christian datang perlahan-lahan mungkin dia cuba mengecam dua lelaki tersebut. Rupa-rupanya ingatan sang singa akan kasih sayang amat kuat. Terharunya...
*agak-agak Kuya dan Leo ingat tak aku kalau tak jumpa setahun macam ni? Mesti buat 'derk' aje...huhuhu..
Kuya: mana ada uwan..Kuya ingat kat uwanlah..
Leo : Leo pun ngat gak tau..
uwan: Ingat apa korang? ingat kat piskis jer tu..
kuya & leo : hehehehe...
2 ulasan:
cerita Lion tu mmg menyentuh hati..
sebak gak..huhuhu
Catat Ulasan