dipetik dari KOSMO ONLINE
POPRAD, Slovakia - Seorang remaja lelaki berusia 17 tahun merakam aksi dia menggantung anjing peliharaannya dan menyiarkan gambar-gambar tersebut di laman jaringan sosial Facebook, lapor sebuah akhbar semalam.
Remaja berkenaan, Kamil Hric menulis di akaun Facebooknya: "Saya telah membunuh anjing saya - ha, ha."
Gambar tersebut menunjukkan anjing berkenaan cuba meronta semasa ia digantung di ampaian, manakala Hric melihat kejadian itu sambil ketawa.
Hric yang berasal dari Poprad ditangkap selepas beberapa orang pengguna Facebook memaklumkan kejadian itu kepada polis. Hric dilaporkan memberitahu pendakwaraya: "Apa masalahnya? Ia cuma seekor anjing. Saya membunuhnya untuk berseronok." - Agensi
p/s: Apa yang kita harapkan dari seorang manusia seperti ini? Adakah dia akan menjadi seorang yang bertimbang rasa, penyayang, atau perihatin terhadap keluarga, masyarakat atau negaranya suatu hari nanti? Adakah tindakkan begini sesuatu yang biasa, tidak perlu diambil berat sangat atau tidak penting?
Atau bagi kebanyakkan orang Melayu yang skeptikal akan cakap macam ni,"alaaa..anjing..tak apalah kena macam tu.." Sungguh sempit. Sejak bila Islam membenarkan anjing dibunuh tanpa sebab? Nak ikut contoh seperti manusia di atas?
Pemandu Van Jenazah
-
Tajuk: Pemandu Van Jenazah
Penerbit: Utusan Karya
Tebal: 270 m/s
Buku ini merupakan kompilasi kisah pengalaman pemandu-pemandu van jenazah
yang diceritaka...
11 tahun yang lalu
2 ulasan:
jahatnyer...blh dia kata apa masalah..eeiiiii mmg tak lama lah dia ni..dihrp pembunuh itu dikenakan hukuman yg setimpal..
itu ciri-ciri psikopat tu!!! bahaya!! budak ni ada ciri2 serial killer....
Catat Ulasan