Benda yang paling aku tak mahu jadi kat budak bulu berdua tu. Tapi nak buat macam mana setiap makhluk bernyawa memang ada masanya sakit dan sihat. Dah seminggu Kuya tak dapat kencing dengan normal. Orang kata kencing tak lawaslah. Keluarnya setitik aje. Kemudian berkali-kali ulang ke tempat toilet dia.
Aku pun bawa ke vet. Doktor kata pada peringkat awal tak dapat nak kesan apa-apa. Apa yang boleh dibuat ialah makan antibiotik dengan ubat kurang bengkak pundi kencing. Doktor andaikan Kuya kena jangkitan pundi kencing. Sebab kucing betina paling kerap kena jangkitan ini dan kucing jantan selalu kena batu karang. Jadi Kuya perlu diawasi selama lapan hari. Kena tengok ada darah ke tidak dalam air kencing..tapi tang tu aku tak pasti..macamna aku nak cek ada darah ke tidak? sebab bila dah kencing atas pasir, dah tak nampak apa dah. Kalau kencing dia tak normal jugak, kena buat x-ray...huhuhu..
Makanannya pun aku dah tukar untuk memulihkan pundi kencing dia. Harap Kuya akan sihat cepat...kalau tak rasanya nak balik raya nanti mesti aku susah hati nak tinggal budak berdua ni...
Kuya mesti cepat sembuh tau!
Bila tak sihat ni dia suka membuta..tapi masih boleh main dan makan pun kuat lagi...
Cayangggg Kuya!
Ni teringat masa Kuya kecik-kecik ...comel..becok...sob..sob..sob..
.
.
.
.
.
.
.
.
Kuya: Apa ni uwan..orang sihat lagilah...
8 ulasan:
harap2 kuya cpt sht ok
semoga kuya cepat sembuh!! comel!
Ana, cik Vivi.: "Kuya cakap, tima acihhh...hehehe"
Sakura kusayang, Cepat sehat, yer..
With Love,
Abg Madan
semoga cpt sembuh tau...jgn xmam ubat...
abg madan: tima acih sbb sudi mesej kat Kuya..abg madan memang hensem..
uwan: dah, dah..tak padan sakit..
Ery: Kuya ni paling senang makan ubat...sebab dia becok. Bila dia buka je mulut, kitorang campak terus ubat pil masuk mulut. hahahaha...
kuya: uwan jahat!
mmg slalunya berpunca dari makanan
cuba try bg Kuya minum air rebusan barli, mana tahu sesuai dgn dia ;)
aunty meoww doakan smoga Kuya cepat sembuh ye sayang..
Cik Meow; oooo..nanti saya cuba cari..buat masa ni saya bagi makanan pemulihan urine CD (S.Plan) dan ayam rebus...risau takut leo pulak terkena sekali..
Kuya: tima acih untie meoww..
Catat Ulasan