Ini tak tau nama, tapi si come ni lepak kat bahagian luar restoran. Aku bagi dia piskis yang selalu di bawa. Rasanya dia ni mengandung. Banyak betul dia makan. Seronok tengok dia terbaring kenyang lepas tu.
Yang ni pulak jumpa kat kedai makan biasa. Muka sedih. Aku bagi jugak piskis. Sayulah bila mengenangkan nasib mereka ni. Tapi setakat ni je aku mampu tolong. Aku berdoa semoga mereka ini sentiasa murah rezekinya sebab bila terpandang kucing-kucing terbiar ni secara automatiknya aku akan teringatkan Kuya dan Leo di rumah. Tak sanggup terbayangkan diorang tu comot dan minta sedekah nak makan...T_T
Kucing yang aku selalu beri makan depan office si Chot (pernah aku buat entrynya) dah tak ada.
Si Chot
Menurut kata uncle bawah office aku tu dia cedera teruk kena bakar dengan orang. Tapi ada orang dari pusat jagaan kucing dah ambil untuk bagi rawatan. Ya Allah apalah dosa si Chot tu. Dia cumalah minta sikit rezeki. Dia tak berak merata-rata. Sepanjang aku bagi makan dulu si Chot tak pernah 'melepas' depan ofice aku. Dia pun tahu balas budi orang.....manusia ni memang ramai yang berhati syaitan. Kalau tak suka halau sajalah, yang bakar dia kenapa?
Hah, KENAPA manusia?
Seronok melihat makhluk lemah meraung kesakitan???
7 ulasan:
Ya Allah chot...knpe manusia bgitu kejam pda kamu kn..smge Allah blas CASH je pda mnusia yg bt tu..
Dan pada chot...smoge awak tenang di sana ye..
Pada Hud..smge Allah mlimpahkn lg rezeki utk awak dan dpt mmberikan mreka scebis kasih syg dan rezeki walau sedikit..Amin..
kene bakar????????????????????
Astagfirullah..!!
semoga org tu mati terbakar jugak satu hari nnt.. biar dia tau mcm mana rasa tu...
:'( :'((
bakar chot??waddafish???
_______ (sdg menahan diri dari memaki hamun...grrrr)
ntahlah...tak jatuh miskin pun kalu 'belanja' sikit friskies kat mereka.
sedey!!!
saya rindu dengan Chot..sebab dulu 3x sehari dia akan tunggu saya depan opis....
T_T.....
mesti hud aikara popular di kalangan kucing2 sbb dia slalu bg fiskis :)
Catat Ulasan