Memaparkan catatan dengan label Drama korea. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Drama korea. Papar semua catatan

28.5.14

Good Doctor


Good Doctor merupakan drama bersiri kedoktoran Korea tahun 2013. Drama ini dibintangi oleh Joo Won sebagai Park Shi-On yang mengalami masalah Autistic Savant tetapi menjadi doktor pediatric surgeon yang genius.

Sejak dari kecil Shi-On selalu dibuli oleh rakan-rakan sekampung kerana perlakuannya yang berbeza disebabkan dia mengidap autistic. Tambahan lagi dia mengalami penderaan dari bapanya yang pemabuk. 

Namun Shi On sangat disayangi oleh abangnya yang sentiasa menjadi pelindung. Suatu hari arnabnya dibunuh oleh bapanya yang pemabuk menyebabkan Shi On bertekad untuk menjadi seorang doktor. Kemudian abangnya pula terbunuh dalam lombong yang runtuh lalu hidup Shi On menjadi sangat sunyi. 

Nasib Shi On amat baik bila seorang doktor di kampung itu menjaganya dengan baik sehingga menjadi pelajar perubatan terbaik di universiti. Malangnya penyakit autisticnya menghalangnya dari menggapai status seorang doktor. 

Namun begitu satu kejadian mengkagumkan orang ramai telah berlaku di stesyen LRT bila Shi On membuat pembedahan kecil terhadap seorang budak lelaki yang cedera dihempap kaca papan iklan yang tumbang. Disebabkan itu doktor yang menjadi penjaganya (telah menjadi presiden Sungwon Hospital University ketika itu) berusaha mendapat persetujuan lembaga pengarah membenarkan Shi On berkhidmat di hospital sebagai doktor dengan mempertaruhkan jawatannya. 


Shi On diletakkan dibawah Ketua Kim Do han (lakonan Joo Sang Wook) pediatric associate professor yang tegas dan dingin. Pada mulanya dia tidak menyenangi Shi On begitu juga doktor-doktor yang lain. Namun Shi On berusaha berubah dengan sokongan Yoon Seo (lakonan Moon Chae Won) rakan sekumpulan yang tegas tetapi berjiwa lembut.

Berjayakah Shi On menempatkan dirinya sebagai doktor yang baik di hospital itu? Drama ini menarik kerana mereka cuba menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi pesakit. Sementara itu hubungan Shi On dan Yoon Seo pula semakin rapat sehingga Shi On jatuh cinta. Namun sanggupkah Yoon Seo menerima lelaki autistic menjadi teman hidupnya?

gambar: mr google

21.2.14

Dr. Jin - Doktor yang kembali ke masa lalu

Dr. Jin (2012) merupakan drama adaptasi dari komik Jepun bertajuk Jin oleh Motoka Murukami. Terlebih dahulu sesiapa yang baru nak tonton drama ni tapi alah dengan darah, pembedahan.....sila tak payah tengok. Drama ni buat semua tu nampak real!

Dr. Jin bukan sebarang drama perubatan tapi berkisar tentang seorang doktor neurosurgeon abad 21 yang terbabas ke zaman dinasti Joseon. Kejadian aneh itu bermula selepas dia membedah tumor di kepala seorang pesakit lelaki. Anehnya tumor tersebut berbentuk tak ubah seperti janin bayi.

Dr. Jin (lakonan Song Seung Hun) kembali ke masa lalu sekitar tahun 1860 di mana keadaan Joseon agak huru hara dengan pemberontak dan menteri-menteri yang korup.

Di zaman ini Dr. Jin dikenal sebagai tabib dan menggunakan kaedah moden yang pada mulanya amat disangsikan oleh masyarakat zaman itu. Oleh kerana tiada peralatan moden, Dr. Jin sedaya upaya menggunakan segala bahan yang ada agar dapat digunakan menyerupai zaman moden. Oleh kerana dia muncul ditengah kancah perebutan kuasa, Dr. Jin tidak dapat lari dari mainan politik orang-orang yang berkuasa. Ketika dalam perantauan di zaman asing tersebut dia bertemu dengan Hong Young Rae (lakonan Park Min Young) yang sangat mirip rupanya dengan Yoo Mi Na tunangnya yang koma di zaman moden.

Bersama Young Rae dia menyelamatkan pesakit-pesakit yang sepatutnya tidak dapat diselamatkan di zaman itu. Namun kerana dia merubah sejarah Dr. Jin terpaksa membayar dengan nyawanya. Berjayakah Dr. Jin kembali ke zaman moden?

Drama ini patut ditonton oleh sesiapa yang bercita-cita nak jadi doktor sebab ia amat menarik bila melihat cara Dr. Jin merawat dan membedah pesakit pada zaman silam. Aku tak tahu macam mana diorang buat..tapi macam betul-betul dia bedah. Kalau bedah otak tu, dia tunjuk dari proses hiris kulit, tebuk tengkorak...pakai pulak benda macam pahatttt....aiii kiranya sangat menariklah...hehehe...

26.12.13

Master's Sun

Drama komedi best ini dilancarkan di Korea pada 2013 dan merupakan antara drama favorite aku. (Best, best..hehehe)

Kisahnya Tae Gong Sil / Tae Yang (lakonan Gong Hyo Jin) boleh melihat hantu selepas terjaga dari kemalangan. Daripada seorang gadis yang hebat, pandai dan popular, hidupnya menjadi sangat menyedihkan bila dia asyik melarikan diri dari hantu-hantu yang mengejarnya.

Masalahnya dia takut dengan hantu-hantu tersebut kerana rupa mereka memang menakutkan! (kalau aku pun lari beb! haha)

Nasibnya berubah bila Gong Sil bertemu CEO Kingdom Group yang dingin, si Joo Joong Won (lakonan So Ji Sub). Perkara aneh berlaku bila Gong Sil tersentuh Joong Won. Hantu-hantu yang dilihatnya akan lenyap! Sejak itu Gong Sil berharap dia dapat berada disisi Joong Won untuk menjalani kehidupan yang normal kembali.


Joo Joong Won menerima kehadiran Gong Sil dengan syarat wanita itu menjadi 'radar'nya untuk mencari hantu bekas kekasihnya yang mati Hee Joo. Ini kerana Joong Won pernah diculik 15 tahun yang lalu dengan tebusan yang bernilai jutaan Won. Joong Won mahu mendapatkan kembali tebusan tersebut. Akhirnya penglibatannya dengan Gong Sil bertambah jauh bila mereka sama-sama menyelesaikan kes-kes hantu yang datang pada Gong Sil.

Bagi aku drama ni best sebab kes-kes tersebut menyentuh hati, lebih-lebih lagi kes hantu anjing Phil Soong yang nak selamatkan tuannya....huhuhu...

23.4.13

Sungkyunkwan Scandal


SungKyunKwan Scandal ditayangkan pada tahun 2010. Macam biasalah aku baru tahu..hihihihi..(kepada Unimeow, hah drama ni pon best!)

Kisahnya tentang Kim Yoo Hee (Park Min Young) menyamar sebagai lelaki untuk belajar di SungKyunKwan yang melatih pegawai-pegawai kerajaan di era Joseon. Pada waktu ini wanita dilarang keras menyertai institusi pendidikan. 

Larangan itu jika dilanggar boleh dihukum mati. Disebabkan mahu menyara keluarga yang miskin dan minat yang tinggi untuk belajar, Yoon Hee menggunakan nama adiknya Kim Yoon Shik untuk mendaftar peperiksaan kemasukkan. 

(Sebenarnya kejadian pendaftaran itu dirancang oleh anak Perdana Menteri Lee Sun Joon (Micky Yoochun) yang melihat potensi Yoo Hee untuk berjaya tanpa mengetahui Yoo Hee bukan seorang lelaki. Ini kerana sejak kecil lagi dia terpaksa menyamar sebagai lelaki untuk bekerja sebagai penyalin di kedai buku. Satu pekerjaan yang tidak wajar untuk seorang wanita di zaman itu.

(gambar; www.koreandrama.org)

Di Sungkyunkwan, Yoo Hee terpaksa berkongsi bilik dengan Sun Joon dan Moon Jae Shin (si 'Kuda liar' yang ditakuti pelajar lain- nama betul dia Yoo Ah In. Siapa yang pernah tengok drama Fashion King, mesti kenal muka dia ni. Tapi watak dia dalam drama ni lain sangat dari Fashion King.). Pada mulanya timbul juga konflik ketiga roomates ini sampailah berbagai peristiwa berlaku menyebabkan mereka menjadi rapat. 

Banyaklah hal-hal kelakar bila 'kuda liar' dapat tahu Yoo Hee perempuan. Cara dia melindungi Yoon Hee memang lucu dan comel..(wahhh jatuh cinta sekejap kat 'kuda liar'!) dan perempuan ni pulak tak tahu rahsia dia dah terbongkar. Orang yang pertama dapat menghidu rahsia Yoo Hee ialah Goo Yong Ha (Soong Joong Ki - senyumannya sangat cute!). Yong Ha merupakan senior mereka dan kawan baik 'kuda liar'.


Banyak peristiwa terjadi bila kumpulan senior yang diketuai anak Menteri Ketenteraan,  Ha In Soo (Jun Tae Soo) memusuhi mereka. Yang bestnya kebanyakkan rancangan sabotaj In Soo tu gagal sebab orang bawahannya memang ngok sikit! Hahaha. Tapi akhir sekali si In Soo ni pun menentang ayahnya yang jahat tu...

Ni 'kuda liar'...cute kan? hehehe - dah jadi wallpaper aku..

Kalau kepala otak runsing-runsing bolehlah tengok drama ni..lapang otak...kuang kuang kuang...

gambar: mr google

16.4.13

Protect The Boss


Kui kui kui...drama Korea lagi...kali ni mari kita tonton Protect The Boss pulak. Drama ni mula ditayangkan di KOrea pada tahun 2011. Aku sure sangat mesti dah ramai yang tengok. Kat TV pun dah lama tayang. Aku je yang baru tengok...(sedar diri nih).

Drama romantik komedi ni mengisahkan Cha Ji Heon (Ji Sung) anak pengarah DN Group yang berada di tahap 'hampeh' dalam kerjayanya. Perangainya macam budak-budak - tapi lucu. Dia terpaksa bersaing dengan sepupunya yang serba boleh, si Cha Mu Won ( Hero Kim Jaejoong - aii aku memang minat si Hero ni heheheh)..tambahan pula Mu Won pernah menyintai wanita yang disukainya. Namun peristiwa tersebut berulang lagi bila muncul Noh Eun Seol (Choi Kang Hee) seorang gadis yang agak brutal tapi sedang bersusah payah mencari kerja.

Kerana lantang meluahkan pendapatnya dalam sesi temuduga DN Group, Mu Won tertarik dengannya. Lalu Eun Seol diberi jawatan setiausaha Ji Heon. Mulanya Ji Heon (tak ada orang yang tahan dengan perangai Ji Heon ni) tak suka dengan kehadiran Eun Seol dan mulalah dia membuli. Macam-macam benda setiausahanya tu kena buat. Tapi Eun Seol seorang yang tabah. Malah ayah Ji Heon pun sayangkan Eun Seol sampailah dia tahu kerana Eun Seol dia terpaksa basuh lampin budak! (hahahaha)

Hero Jaejoong sebagai Mu Won

Dua sepupu mula jatuh hati pada Eun Seol. Sampai pening kepala dibuatnya. Tapi banyaklah hal lucu sebab Ji Heon sangat trauma bila berucap depan orang ramai. Eun Seollah yang banyak menolong Ji Heon mengatasi masalah tersebut.

Namun untuk menyintai Eun Seol banyak perkara yang Ji Heon mesti hadapi. Kedudukan Eun Seol yang tidak setarafnya, masa lalu Eun Seol yang brutal, keengganan bapanya untuk menerima Eun Seol sebagai menantu dan paling penting dia mesti berubah menjadi lelaki yang dapat melindungi Eun Seol!

gambar: Mr. google

11.4.13

BiG


BIG merupakan drama yang keluar pertama kali pada tahun 2012. Bagi aku drama ni menarik sebab ada elemen magic sikit. Hehehe... Gil Da Ran (Lee Min Jung) merupakan seorang guru yang akan berkahwin dengan seorang doktor, Seo Yoon Jae (Gong Yoo - masih ingat hero Coffee Prince nih?).

Malangnya ketika mahu menemui Da Ran, Yoon Jae mengalami kemalangan tragik. Orang yang terlibat dalam kemalangan tersebut ialah Kang Kyun Joon (Shin Won Ho) seorang pelajar pertukaran dari Amerika Syarikat.

Kyun Joon koma. Yoon Jae disangkakan mati. Di bilik mayat Kyun Joon terkejut bila mendapati dirinya berada dalam badan Yoon Jae. Maka bermulalah kehidupan Kyun Joon yang terpaksa menyesuaikan diri dalam kehidupan orang lain. Rahsia asal-usulnya juga mulai tersingkap. Pertemuan dengan kedua ibu bapa sebenarnya amat melukakan hatinya. Rupanya dia dilahirkan hanya untuk menjadi penyelamat anak kesayangan ibunya!


Dalam pada itu dia berkahwin dengan Da Ran. Pada pandangan orang, Yoon Jae yang menjadi suami Da Ran. Oleh kerana selalu bersama mereka saling jatuh cinta. Keadaan itu menyebabkan Kyun Joon merasa sedih kerana masa untuk bersama Da Ran semakin suntuk. Dia mesti balik ke tubuhnya yang asal. Dia akan kembali menjadi remaja sekolah dan paling menyedihkan segala memorinya bersama Da Ran akan terpadam.

Mampukah Da Ran melepaskan Kyun Joon? Kyun Joon dan Yoon Jae merupakan anak kembar tetapi kenapa jarak usia mereka menjadi dua belas tahun? Ahhh satu lagi drama menarik yang patut ditonton oleh peminat drama Korea..hehehe...

20.3.13

FLOwER bOY rAMEn ShOP


Hehehehe...satu lagi drama Korea yang aku suka...*Sukalah tengok watak Lee Ki Woo sebagai Choi Kang Hyuk. Boleh gila bayang gitu...

Kisahnya seorang gadis kolej Yang Eun Bi (Lee Chung Ah) yang bertungkus lumus dengan ujian sivil kerana nak jadi seorang guru. Masalahnya dia ni sengal sikit. Masa mula-mula jumpa Cha Chi Soo (Jung II Woo), dia ingat lelaki tu lebih tua dari dia. Kononnya nak mengoratlah. Padahal si budak kaya eksyen tu ialah anak muridnya bila dia dapat tawaran guru praktikal di sebuah sekolah!

Apa lagi, malu gila la..tapi Eun Bi bukanlah gadis yang lemah lembut atau yang mudah dibuli. Dia lansung tak takut dengan kekayaan Chi Soo yang berlagak itu. Teruk jugalah budak Chi Soo tu kena dengan dia. Hahaha...sejak tu Eun Bi takdelah menyimpan apa-apa angan dengan Chi Soo. Anehnya bila tidak dipedulikan, Chi Soo rasa meradang pula. Dia berasa marah dengan dirinya kerana asyik teringatkan cikgu tersebut. Oleh kerana ingin buktikan dia hanya rasa tercabar, Chi Soo tak henti-henti mendekati Eun Bi. Kononnya nak buktikan yang dia tiada apa-apa perasaan pada Eun Bi.

Lee Ki Woo sebagai Cong Kang Hyuk yang baik

Selepas bapa Eun Bi meninggal, tiba-tiba muncul seorang lelaki yang sering memanggilnya 'isteri'. Lelaki itu merupakan anak kawan baik ayahnya. Tetapi Eun Bi terkejut bila mengetahui bapanya telah memberikan kedainya kepada lelaki tersebut; si Kang Hyuk. Maka bermulalah kisah lucu bila Chi Soo dan Kang Hyuk berebutkan Eun Bi! Tambah pening kepala bila ada dua lagi budak lelaki menumpang di rumah yang sama dan bestnya keempat-empat mereka amat menyayangi Eun Bi. 

Jung II Woo sebagai Cha Chi Soo yang berlagak.

Semata-mata mahu dekat dengan Eun Bi, Chi Soo sanggup jadi budak part time di kedai ramen bapa Eun Bi yang kini kepunyaan Kang Hyuk. Tetapi kemudian bapa Chi Soo mula jadi penghalang. Bagi bapanya Eun Bi tidak sesuai dengan keluarganya kerana kehidupan mereka yang jauh berbeza. Dia takut Cha Chi Soo kecewa.

Empat lelaki yang sayangkan Eun Bi

Namun cerita Korea kan happy ending biasanya....korang agak-agak sendirilah pengabisannya..hehehe...tapi aku cakap betullah ni, si Kang Hyuk tu lagi hensem dan romantik dari Cha chi Soo..ooooo...(pompuan...pompuan...)

gambar-gambar: Mr. Google

29.7.12

49 Days---> cerita tentang kasih sayang


Ini satu lagi drama Korea yang menyentuh hati. Tengok drama ni tak sah kalau tak mengalir air mata...huhuhu...tapi memang sedih..(kau Hud kalau tengok citer sedih je melalak!)

Drama 49 Days ini telah dilancar pada tahun 2011 di Korea.

Ceritanya macam ni...Ji Hyun (Nam Gyu-Ri) seorang gadis yang periang dan ceria. Hidupnya indah dengan adanya ibu bapa yang sayangkannya, dua kawan baik yang setia dan kekasih yang menyintainya. Dia begitu gembira dengan majlis pertunangannya sehinggalah dia terlibat dalam kemalangan jalan raya.

Ji Hyun koma. Kemalangan tersebut berkait dengan kegagalan Yi-Kyung (Lee Yo-Won) membunuh diri. Yi-Kyung pula merupakan seorang gadis yang telah lima tahun hidup seperti manusia tiada semangat sejak kekasihnya mati dalam kemalangan dan telah beberapa kali cuba mengakhiri hidupnya sendiri.


Ji Hyun yang telah menjadi roh bertemu dengan seorang 'Scheduler' (Jung ll Woo). Menurutnya ini bukan masa mati untuk Ji Hyun lalu dia diberi peluang untuk mengumpul tiga titisan air mata dari tiga orang yang benar-benar ikhlas menyayanginya tidak termasuk kaum keluarga. Jika dia berjaya, dia boleh kembali terjaga dari koma.

Ji Hyun merasa lega dan menyangka tugasan itu amat mudah. Lalu dia menggunakan tubuh Yi-Kyung untuk bertemu dengan orang-orang yang disayanginya. Ji Hyun bekerja di restoran bekas rakan sekolahnya Hang Kang (Jo Hyoen-Jae) dengan tubuh Yi-Kyung dan dia dilarang mendedahkan siapa sebenarnya dirinya.



Kerana tubuhnya diguna di waktu siang tanpa sedar, Yi-Kyung mula cepat letih. Dia mulai menyedari benda-benda aneh berlaku atas dirinya. Misalnya pintu rumahnya yang terbuka, rambutnya yang bershamfoo dan dia muntah makanan yang tak pernah dimakannya. Yi-Kyung menganggap kemungkinan dia akan menjadi gila kerana tidak sedar apa yang telah dia lakukan sewaktu tidur. (Ji Hyun hanya boleh merasuk badan Yi-Kyung sewaktu tidur sahaja).

Kehidupan Ji Hyun selama 49 hari itu telah membuka pekung orang-orang yang selama ini dia fikir amat menyayanginya. Pengkhianatan dan penipuan rupa-rupanya mengelilinginya selama ini. Ji Hyun amat sedih namun dalam masa yang sama dia menemui cinta sejati dari orang yang tidak disangkanya.

Kesemua watak mempunyai kaitan yang rapat. Apabila Yi-Kyung dapat melihat Ji Hyun dia telah membantu Ji Hyun untuk mematahkan usaha musuh Ji Hyun memusnahkan syarikat keluarganya. Oleh kerana keduanya sangat serasi musuhnya jadi keliru. Yi-Kyung boleh menjadi Ji Hyun tanpa dirasuk dan oleh itu mereka sukar untuk mengecamnya. Untuk mengetahui kenapa dan mengapa mereka sangat serasi dan siapa pengkhianat Ji Hyun, boleh le dapatkan CDnya di kedai berhampiran...(hehehe promote pulak...)

(^__^)v

gambar2 dari mr google...

19.7.12

RooFtoP priNce-Lucu dan best!

Siapa yang sudah menonton drama Korea Rooftop Prince? Hehehe. Lucu kan? Watak utama drama ini ialah Micky Yoo Chun sebagai Putera Lee Gak / Yong Tae Young dan Han Ji Min sebagai Park Ha.

Entah kenapa baru-baru ini aku telah menonton cerita ni dan terasa nak letak dalam blog pulak.

Siapa yang suka cerita Korea yang lucu-lucu memang patut tonton drama ni. Best!

Drama ini dilancarkan pada bulan Mac 2012 sebanyak 20 episod. Selain Yoo Chun dan Ji Min, pelakon lain yang turut membintangi drama tersebut ialah Lee Tae Sung sebagai Yong Tae Moo (watak jahat) dan Jung Yoo Mi sebagai Hong Se Na (kekasih Tae Sung).

Manakala watak yang pasti disayangi penonton ialah Min Ho sebagai Song Mang Bo, Choi Woo Shik sebagai Do Chi San dan Jung Suk Won sebagai Woo Yong Sul.

Memang betul, Mickey tak lah handsome mana tapi bila dah tonton drama ni pasti kita suka watak Mickey sebagai putera yang terlepas ke zaman moden. Mickey pandai bawa watak sebagai putera yang angkuh tapi kelakar. Ditambah dengan telatah tiga orang pembantunya yang lucu dan mempunyai kemahiran yang tersendiri. Mereka berempat tertransport ke zaman selepas 300 tahun ketika diserang hendap oleh kumpulan yang tidak diketahui. Lalu mereka muncul di rooftop rumah Park ha.


Kejadian lucu berlaku bila mereka terpaksa mengadaptasi diri dengan zaman moden. Yang ini memang lucu. Sampai jahanam rumah Park Ha dikerjakan! hahaha...Pada mulanya Park Ha memang benganglah dengan mereka ni tapi lama-lama dia dan geng berempat ni mulai rapat sampailah macam-macam masalah mula berlaku dalam keluarga Park Ha kerana ketamakkan kakaknya Hong Se Na.

Putera Lee Gak pula menyamar sebagai anak keluarga kaya Tae Yong yang hilang di laut. Dia terpaksa berdepan dengan sepupu Tae Yong yang licik si Tae Moo yang ingin merampas jawatan Tae Yong. Lee Gak pasti kemunculannya di abad ke 21 ada kena mengena dengan penyiasatan kes pembunuhan isterinya (crown princess) di zaman silam. Isterinya Hwa Yong diracun dan mati dalam tasik dalam keadaan terlungkup.


Namun lama-lama Lee Gak bukan saja bertemu kelahiran semula Hwa Yong tapi juga sedikit demi sedikit misteri kejadian tersebut mula terbongkar. Lee Gak jatuh cinta pada Park Ha. Dia akhirnya menyedari Park Ha merupakan kelahiran semula Bu Yong adik iparnya di zaman silam yang bijak dan sering berbual dengannya.

Namun masa mereka berada di dunia moden ada hadnya. Lee Gak bukan saja berusaha membongkar misteri kematian isterinya tapi juga berusaha mempertahankan syarikat Tae Yong (kelahiran semula dirinya di zaman moden) agar tidak jatuh ke tangan Tae Moo. Kisah ini memang mengujakan, banyak adegan lucu dan memang bestlah untuk dijadikan koleksi peribadi. Kisah pembunuhan isterinya akan terjawab, siapa pengkianat pun akan terbongkar dan lucu bila mereka muncul semula di zaman silam dengan pakaian moden! Teruk kena kejar dengan askar sebab nampak pelik!

Sejak tonton drama nilah aku mula suka pada Mickey Yoo Chun! Hah!
(^__^)v

*tak leh cerita banyak, nanti tak suspen...hehehe...

p/s: gambar-gambar Mr Yahoo.

23.4.12

Couple or Trouble

Dah lama yek aku tak buat entry pasal drama. Tapi baru-baru ini aku ada tengok sekali lagilah drama Korea bertajuk 'Couple or Trouble'. Sebenarnya drama ini dah lama dah. Keluar di Korea pada Desember 2006. Masa ni rating memang tinggi di Korea sampai dapat banyak anugerah.

Ia based on movie Hollywood 1987 bertajuk 'Overboard' yang dilakonkan oleh Kurt Russell dan Goldie Hawn (ini pun aku dah tengok di You Tube) dan kalau tak salah dulu filem Hindi pun ada juga movie macam ni...pelakon cerita tu Salman Khan dan Nilam, seingat akulah.

Kisahnya memang lucu dan best, berkisar tentang Jo Anna (Han Ye Seul) seorang wanita kaya yang sangat dingin, bongkak dan tidak pernah menghiraukan perasaan orang lain. Dia memang tidak disukai oleh semua orang kerana sikapnya yang tidak pernah menunjukkan penghargaan dan sukar berpuas hati terhadap sesuatu. Malah suaminya Billy (Kim Sung Min) pun takut dengannya.


Takdir telah menemukan Jo Anna dengan seorang handyman Jang Chul Soo (Oh Ji Ho) dalam malam hujan lebat dan keretanya pula mengalami masalah. Jang Chul Soo sanggup membantu asalkan dia diberi upah tetapi Jo Anna telah tersalah sangka terhadap lelaki itu. Dia menyangka handyman tersebut orang jahat lalu terus bertindak memukulnya dengan penyodok. Sejak itu mereka berperang macam anjing dan kucing. Macam-macam benda berlaku sampailah kes Jang Chul Soo membaiki yacht kepunyaan Jo Anna. Pergaduhan di atas yacht menyebabkan Jang Chul Soo berdendam dengan Jo Anna dan nekad mahu Jo Anna membayar semua kerugiannya.


Agaknya sudah balasan untuk Jo Anna, dia telah terjatuh ke laut dalam keadaan tertekan selepas bergaduh dengan suaminya tapi dia masih terselamat. Tapi kesan dari kemalangan itu, dia mengalami amnesia.



Lalu Jang Chul Soo mengambil peluang untuk melunaskan kerugiannya selama ini. Dia mengaku kekasih Jo Anna dan mereka tinggal bersama dengan tiga orang anak saudara Jang Chul Soo yang masih kecil. Apa lagi...dah tentu dia nak buli Jo Anna dengan kerja rumah yang berlambak tapi yang lucunya dia yang terkena balik! Yalah, Jo Anna mana pernah buat kerja rumah sudah pastilah rumah tu huru hara dibuatnya. hahaha....


Tapi anehnya bila dah serumah dan semakin rapat, masing-masing telah terjatuh cinta. Jang Chul Soo tiba-tiba menyenangi sikap garang Jo Anna dan Jo Anna pula buat pertama kalinya mula menyintai seseorang walaupun sebelum ini dia telah berkahwin. Yang kelakarnya Billy suaminya yang akhirnya mengetahui dia masih hidup asyik mengintip kehidupan Jo Anna yang lupa ingatan itu di kampung Jang Chul Soo. Dia terkejut bila mendapati betapa bahagianya isterinya itu. Pertama kali dia melihat Jo Anna ketawa. Billy memang patah hati melihatnya....

Kalau nak tahu cerita seterusnya baik cari DVD drama ni..hehehe.. tak rugi layan...




Kuya: itulah keje uwan....cite aje...menyampah!
uwan: ko diam..! mata dah lah besar macam burung hantu...
Kuya:...sob..sob..sob..
Leo: (kaki menyampuk)...sikit-sikit nangis...cengeng...


*Gambar-gambar dapat dari Mr. Yahoo kecuali si mata besar kat atas ni..

10.1.12

Taman Rahsia.

 

Drama Secret Garden telah ditayangkan di Korea sejak penghujung 2010. Dan..aku baru menontonnya semalam...huhuhu...

Ceritanya best. Menarik. Aku sukalah. (^__^)



Kisahnya tentang Kim Joo Woon (lakonan Hyun Bin --> ingat lagi My Lovely Samsoon? hah, nilah heronya!) dan Gil Ra Im ( lakonan Ha Ji Won) yang bertemu dalam satu situasi salah faham.

Ra Im merupakan pelakon lagak ngeri yang hebat. Ketika itu si Joo Woon telah menyangka dia adalah Park Chae Rin pelakon  dan salah seorang teman wanita abang sepupunya. Manakala Ra Im pula menyangka Joo Woon pembantu kepada artis terkenal sanjungannya Oska.

Joo Woon yang angkuh dan pentingkan kesempurnaan itu tiba-tiba mendapati dirinya telah jatuh hati terhadap Ra Im. Dia menjadi keliru kerana baginya tak mungkin orang berkedudukkan seperti dia cintakan gadis miskin, lasak dan kasar seperti Ra Im.

Sehinggalah satu kejadian misteri telah berlaku kepada mereka ketika di Pulau Jeju. Mereka akan bertukar badan setiap kali hujan! Babak ni memang kelakar..aku gelak sorang-sorang...(tercengang-cengang si Leo).

Daripada jatuh hati, Joo Woon telah jatuh cinta setengah mati pada Ra Im. Penghalang terbesarnya ialah ibunya yang sangat angkuh dan mahu memiliki anak lelaki tunggalnya itu secara total. Dia sangat berang bila Joo Woon begitu setia dengan gadis miskin yang akhirnya baru diketahui adalah anak kepada ahli bomba yang terbunuh kerana menyelamatkan Joo Woon dari kebakaran tiga belas tahun yang silam.

Kisahnya berbaur fantasi, lucu dan dalam masa yang sama boleh buat anda menangis di akhir cerita. Hujung kisahnya amat menyentuh hatiku...sob...sob..tapi happy ending lah...

Kalau minat drama Korea, kisah yang ini boleh menjadi salah satu koleksi menarik!

 
Leo: ...uh..jangan baca citer uwan..dia tipu jerr...

Uwan: ...tahulah kamu merajuk tak dapat tengok burung kat luar hari ni...heheheh..padan muka...

Leo: uwan jahat!

Uwan: ..lalalala...


Gambar artis: Mr. Google

10.10.11

personal taste


Siapa dah nengok drama ni? angkat kaki..hehehehe...
Personal Taste atau Personal Preference merupakan drama adaptasi dari novel 2007 "Gaeinui Chwihyang" oleh Lee Sae In.

Ceritanya ringkas tapi seronok untuk ditonton. Ia mengisahkan Jeon Jin Ho (lakonan Lee Min Ho, ala...pelakon F4 korea tu..) berpura-pura menjadi gay walaupun asalnya tidak terniat begitu. Ini semua disebabkan dia ingin melihat rekaan rumah Profesor Park yang dibina indah iaitu 'Sanggujae'yang secara tidak lansung memberi inspirasi untuk rekaan bangunan dalam satu pertandingan. Rumah yang tidak dibenarkan untuk tontonan umum itu didiami oleh anak profesor tersebut Gae In (lakonan So Ye Jin) yang sejak awal-awal lagi sudah 'berperang mulut' dengan Jin Ho.

Park Gae In asalnya tidak mahu Jin Ho menyewa bilik dirumahnya tetapi dia telah tersalah sangka lelaki itu sebagai gay. Tambahan lagi dia sendiri mengalami masalah kewangan angkara rakannya sendiri.


Pada mulanya mereka memang tak sebulu langsung. Asyik bergaduh saja. Personaliti Gae In yang terlalu mengambil berat diri orang lain tetapi mengabaikan diri sendiri amat menjengkelkan Jin Ho. Tetapi lama-kelamaan Jin Ho dan Gae In menjadi kawan rapat. Kerana menyangka Jin Ho gay, Gaen In tidak meletakkan apa-apa batasan antara mereka. Dia menonjolkan dirinya seperti berhadapan dengan rakan perempuan. Kelucuan terjadi bila Jin Ho terpaksa berdepan dengan sesuatu yang tak pernah dialaminya. Contohnya pergi membeli tuala wanita untuk Gae In. hehehe...

Kekecewaan akibat ditinggalkan teman lelakinya Chang-Ryul dan pengkhianatan teman baiknya sendiri In-Hee, membuatkan Gae In memujuk Jin Ho mengajarnya menjadi wanita sejati yang diidamkan lelaki. Namun 'kursus cinta' itu kemudian menjerat hati Jin Ho. Rasa amat perit bila dia mula jatuh cinta sedangkan selama ini dia hanya menyintai pekerjaannya. Hatinya lebih terseksa bila tidak dapat menjelaskan kepada Gae In yang dia lelaki sejati dan bukan gay. Dalam masa yang sama Chang-Ryul yang telah berpisah dengan In-Hee mula mengejar Gae In kembali. Lalu Gae In menetapkan misi untuk membalas dendam.

Bolehkah Gae In yang berhati lembut itu menyempurnakan dendamnya? Sampaikah hatinya melukakan hati lelaki yang pernah dicintainya? Apa perasaan Gae In bila mendapati Jin Ho mempunyai agenda sebelum menyewa di 'Sanggujae' sedangkan dirinya sudah mula menyintai Jin Ho?

Gae In: (dalam keadaan sebak)
             aku...akan percaya kamu..
             biarpun kamu ingin pergunakan aku lagi..
             aku tetap percayakan kamu.
             walaupun aku lembab tapi itulah kelebihan Park Gae In.
             biar pun kamu pergunakan aku atau melukai hatiku sekali lagi...
             aku tetap akan percayakan kamu.
             sebab aku tak mahu berpisah dengan kamu  begitu saja.. 


 Adegan ini ialah antara babak akhir bila Jin Ho jatuh sakit kerana merindui Gae In. Ketika ini Gae In telah sedar betapa ikhlas lelaki itu menyintainya kerana sejak bertemu Park Gae In, Jeon Jin Ho bukan orang yang sama lagi. Dia Jin Ho, lelaki yang sangat menyintai Gae In wanita naif yang lembut hati dan pentingkan orang lain dari dirinya sendiri. Huhuhu...tersentuh hatiku...

Kuya: huh, tak abis-abis berangan uwan tu!


Uwan: Ko diam!

24.7.11

Oh My Lady!

Hari ini aku nak kongsi cerita best ni. Aku pasti dah ramai yang menontonnya maklumlah pelakon utamanya daripada superjunior Choi Si Won!

Oh My Lady merupakan drama romantik komedi dari Korea Selatan yang telah ditayangkan secara rasmi di Korea pada 2010. Sedikit sebanyak drama ini telah mempopularkan lagi SiWon, salah seorang ahli SuperJunior yang paling kacak dalam kumpulan tersebut.

Kisahnya seorang ibu tunggal Yoo Gae Hwa (lakonan Chae Rim) terdesak untuk mendapatkan kerja bagi menyara kehidupan bersama anaknya Min Ji. Dia menjadi pengurus rumahtangga di rumah seorang artis terkenal Sung Ming Wo (lakonan Choi Siwon) dan dalam masa yang sama bekerja di Syarikat yang menguruskan pementasan muzikal.

Ming Wo seorang pelakon yang terkenal kerana rupa tetapi agak teruk dalam karier lakonannya. Banyak adengan lucu dan menarik ketika Gae Hwa yang berusia 35 tahun ini menangani perangai Ming Wo yang tidak matang sehinggalah Ming Wo mula didatangi masalah demi masalah. Semuanya bermula bila seorang kanak-kanak comel bernama Ye Eun ditemui oleh Gae Hwa di lobi tempat tinggal Ming Wo. Ye Eun adalah anak luar nikah Ming Wo yang selama ini langsung tidak diketahui kewujudannya. Kemunculan Ye Eun merupakan malapetaka bagi kerjaya Ming Wo.

Kerana kasihankan Ye Eun, Gae Hwa banyak berkorban melindunginya daripada dihidu pihak media. Demi kerjaya Ming Wo juga Gae Hwa merahsiakan Ye Eun daripada pandangan masyarakat. Namun rahsia yang sebesar itu tak mungkin dapat disimpan lama-lama. Di sinilah saat-saat paling menguji sifat kasih sayang dan kemanusiaan Ming Wo. Sama ada dia harus melenyapkan Ye Eun ataupun mengakuinya sebagai anak.

Dalam mengatasi semua kesukaran itu Ming Wo mula menyedari  orang yang sering dipanggilnya 'makcik', orang yang selama ini merimaskannya dengan segala nasihat, orang yang bersusah payah demi dia dan sangat menyayangi Ye Eun adalah orang yang setia disisinya di saat-saat kejatuhannya. Ming Wo tidak tahu bila dia mula menyintai Gae Hwa. Pada pandangan masyarakat Gae Hwa tidak layak untuknya sebagai seorang artis yang popular, kacak dan bergaya. Ming Wo lebih layak mengawini Yoo Ra yang lebih muda dan cantik jelita. Apatah lagi Yoo Ra sejak dari mula amat yakin Ming Wo bakal menjadi miliknya.

Ketika wartawan bertanya,
"bilakah kamu mula menyintai dia?" (ketika itu Ming Wo sudah mabuk dan wartawan tersebut mengambil kesempatan mengorek rahsia. Dalam keadaan yang separuh mengantuk Ming Wo menjawab;
"semasa dia menangis kerana kehilangan Ye Eun...bukan...semasa dia tinggal di sauna kerana menjauhkan diri dari saya..bukan...semasa dia bergaduh dengan pengurus Jung...bukan..mungkin sejak mula lagi.." Selepas itu Ming Wo tertidur. Si wartawan agak terpaku. Selama ini dia menganggap Ming Wo kaki perempuan dan mulai simpati dengan lelaki itu.
"Nampaknya kamu sangat menyukainya..."

Jelas Ming Wo menjadi matang, lebih berdikari dan amat menyayangi anaknya setelah semua masalah yang melandanya dapat diharungi dengan tabah bersama Gae Hwa. Namun bukan mudah juga dia mahu melamar wanita itu kerana Gae Hwa enggan lagi dilukai selepas perkahwinan pertamanya runtuh.

Pengakhirannya memang sudah diduga, mereka pasti bersama tetapi liku-liku perjalanan drama ini memang seronok ditonton! Kepada yang belum tengok, yang nak lepaskan stress ke, nak hilangkan duka ke...aku cadangkan drama ini. Selamat senyum sorang..hehehehe...




(salah satu lagu Oh My Lady nyanyian Choi Si Won..lagu ni best dowww!)

Who am I, that the Lord of all the earth
Would care to know my name
Would care to feel my hurt
Who am I, that the Bright and Morning Star
Would choose to light the way
For my ever wandering heart

Not because of who I am
But because of what You've done
Not because of what I've done
But because of who You are

I am a flower quickly fading
Here today and gone tomorrow
A wave tossed in the ocean
Vapor in the wind
Still You hear me when I'm calling
Lord, You catch me when I'm falling
And You've told me who I am
I am Yours, I am Yours

Who am I, that the eyes that see my sin
Would look on me with love and watch me rise again
Who am I, that the voice that calmed the sea
Would call out through the rain
And calm the storm in me

I am Yours
Whom shall I fear
Whom shall I fear
'Cause I am Yours
I am Yours

2.5.11

naughty kiss-Cinta itu perlukan kesabaran.

 Jom layan....

Satu lagi drama Korea yang menarik, lucu, terharu dan buat muka korang tersengeh-sengah bagai kerang busuk bila menontonnya..Hehehe....
Naughty Kiss (ada banyak tajuk, kalau di mysoju tajuknya Mischievous kiss) telah mula hit sejak dilancarkan pada 2010. Drama ini berasal dari manga popular bersiri Itazurana Kiss.


Kisahnya simple, tentang kecekalan seorang gadis bernama Oh Ha-Ni yang sederhana rupa, agak kelam kabut, lansung tak ada bakat memasak, kuat berangan, dan berada dikedudukan kelas corot tetapi sentiasa ceria, comel dan tabah, berusaha menambat hati lelaki yang cintainya dalam diam selama empat tahun.

Masalahnya lelaki yang disukainya itu ialah Baek Seung-Jo budak paling popular dan bijak disekolahnya. Suka duka Oh Ha-Ni bermula bila dia mengirim surat cinta buat Seung-Jo tetapi telah dihina dan dipandang rendah oleh lelaki itu. Malah Seung-Jo telah memulangkan kembali surat terbabit dengan membaiki ayat dan ejaan yang salah di hadapan rakan-rakan sekolah.


Jeong So-Min sebagai Oh Ha-Ni 


Walaupun sering di layan dingin dan di buli Seung-Jo, Ha-Ni tidak mudah mengalah. Bila rumahnya runtuh dalam kejadian gempa bumi kecil, keluarga Seung-Jo telah mempelawa dia dan ayahnya tinggal bersama mereka. Jadi Oh Ha-Ni dapat bertemu Seung-Jo setiap hari di rumah dan di sekolah. 

Dalam pada itu Oh Ha-Ni disukai oleh Bong Jong-Goo (rakan sekelas yang gila-gila tapi baik hati) yang cuba melindunginya apabila dia bersedih. Namun Ha-Ni sukar menerima Jong-Goo bila hatinya hanya dipenuhi oleh wajah Seung-Jo yang angkuh. Apabila mereka sama-sama memasuki Universiti Parang saingan yang tidak terduga mula muncul. Yoon He-Ra gadis cantik dan bijak mula menjadi rakan rapat Seung-Jo.



Kim Hyun-Joong (SS501) sebagai Baek Seung-Jo
   
 Ini Lee Tae-Seong sebagai Bong Joon-Goo

 Tapi apa yang tidak diketahui oleh Ha-Ni ialah Seung-Jo sebenarnya menyukai dia. Bila Ha-Ni mula berputus asa terhadapnya, Seung-Jo menjadi nekad untuk memiliki Oh Ha-Ni.


(ni dialog yang aku suka ketika Seung-Jo menunggu Ha-Ni balik dalam hujan selepas bertemu Jong-Goo. Ketika ini Seung-Jo sangat cemburu bila mengetahui Jong-Goo melamar Ha-Ni.)

Seung-Jo: " kamu suka Bong Jong-Goo?
Ha-Ni  : "Tentulah. Dia menyukai saya selama 4 tahun  ini.."
Seung-Jo: " Jadi bila ada orang sukakan kamu, kamu berubah macam tu saja?"
Ha-Ni  : "Kenapa? tak boleh ke? Saya dah bosan dengan cinta bertepuk sebelah tangan lagi. Saya ingin bersama orang yang saya suka. Saya suka Jong-Goo."
Seung-Jo: "Kamu menyukai saya. Kecuali saya kamu tak mungkin suka orang lain!"

Selebihnya korang tengoklah sendiri..hehehe...(^_____^)V

p/s: sah demam Korea aku ni tak habis lagi nih...


 

11.1.11

AN JELL...I Promise You..

(Jung Yong Hwa)

 ...(*_*)...tak leh ditolong dah..
aku dah jatuh chenta kat mamat-mamat AN JELL ni..suka sangat drama nih! Lagu tema yang dinyanyikan oleh Jung Yong Hwa dan Lee Hong Ki..ohh menusuk kalbuku..(padahal sepatah haram aku tak paham!) XD.


Dalam An Jell watak Jung Yong Hwa seorang yang tenang dan lemah lembut..kiranya baik sangat la..






 Ini si comel Lee Hong Ki. Cute macam budak 15 tahun jer..dalam drama An Jell rambut dia kuning. Watak dia pun ceria jer..






Ini lak Jang Geun Suk. Dalam drama ni jadi Tae Yung yang dingin dan suka buat ikut suka dia jer. Tapi dalam pada tu dia sooo funnnyyyy...hehehehe..Dialah yang dicintai oleh Go Mi Nam.


Ha.. ini heroinnye..Park Shin Hye atau dalam An Jell jadi Go Mi Nam. Tajuk drama An Jell ni ialah 'He's Beautiful' (8 TV). Kalau nak tengok kat Internet sila layari www.mysoju.com lepas tu pergi kat bahagian drama korea dan cari tajuk 'you 're beautiful'. Ceritanya berkenaan seorang gadis menyamar sebagai kembar lelakinya dan menjadi salah seorang anggota kumpulan muzik kegilaan ramai AN JELL. Bestnya macam-macam insiden lucu dan menarik ketika dia dan kumpulannya berusaha merahsiakan identiti sebenarnya. Lagi pening bila ketiga-tiga ahli AN JELL menyukainya sebagai seorang gadis. Hehehe..


Ini rupa Park Shin Hye / Go Mi Nam menyamar sebagai lelaki..cute kan? Sekarang aku sedang ulang..ulang..ulang lagu AN JELL-PROMISE...(tak lama lagi aku jadi gila..lalalalala)

(imej-imej di ambil dari web www.mysoju.com dan ishihara-kumako.blogspot.com)

blog buku Hud aikara.

  • Pemandu Van Jenazah - Tajuk: Pemandu Van Jenazah Penerbit: Utusan Karya Tebal: 270 m/s Buku ini merupakan kompilasi kisah pengalaman pemandu-pemandu van jenazah yang diceritaka...
    12 tahun yang lalu
PitaPata - Personal picturePitaPata Cat tickers
PitaPata - Personal picturePitaPata Cat tickers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...