Memaparkan catatan dengan label my cats. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label my cats. Papar semua catatan

26.6.14

Bubuna si nakalku yang manja...dan mengada.

Perkenalkan budak poyo yang dah besar.... Bubuna busyuk! hahaha...

Bubu: Panas gini uwan cuyuh tite minum air manyak-manyak..

 Bubu: Ini tite ngan uwan kuyus..uwan gemok tito...

 Bubu: tite penat bace tutu...

Bubu: tantik tak tite?

Bubu adik/kakak si Cici. Dua beradik ni nakal giler. Malam-malam ada jer benda dia nak main. Ada je benda jatuh. Nasib baik dia tahu pilih barang mana nak sentuh. Hahaha...Takut le tueww...

21.6.14

Cici Ichibana


Perangai Cici. 
Budak pelik yang sanggup tidur ngan mainan semata-mata nak main lagi.


 Posing ala-ala model...tunggu giliran main tolak-tolak bakul. Uwan la yang kena tolak. Diorang bergilir masuk dan minta ditolak macam main tarik upih. Fuhhh...tak padan anak bulus...

 Muka naive. Jangan percaya.

 Main catnip. Tapi mengada lebih. Hah.

 Pakai baju. Bukan dia kisah comel ke tak. Hihihi.

Hehehe. Yang ni baru uwan cair. Muka minta kena cium...

14.11.13

adik chik..budak bulu yang ceria, bijak dan pandai ambil hati

Biarlah orang nak cakap aku ni 'hantu' kucing. Bukan suka-suka aku bela kucing nih. Bukan sebab nak buat koleksi. Kucing ni makhluk hidup. Perlukan makanan, tempat tinggal dan kasih sayang macam manusia. Semua kucing aku tu, bekas kucing jalanan. BUKAN BELI.

Termasuk Adik Chik nih...masih baby lagi datang depan pintu rumah minta kasih sayang. Iks tak sampai hati aku melihat renungan dan muka merayu dia. Kalau kucing dewasa yang datang, aku akan bagi makan dan minum je depan rumah. Tapi kalau baby memang tak sampai hati. Rumah aku tu bukan boleh bela banyak kucing. Sebab aku bukan tinggal seorang dan satu lagi rumah aku tu rumah flat. Faham-faham jelah situasi dengan jiran-jiran kalau kita bela kucing banyak..dah confirm kena sound tak pun kena jeling sampai juling..hahaha...


Adik Chik: Chik janji tak mau jahat-jahat..


Uwan: Iyer ke..


Adik Chik: Chik janji tak mau buat uwan cucah-cucah...

Uwan: Kununnn...tapi Adik Chik makan banyak. Nak makan cedappp jer... penat uwan tau...


Adik Chik: Chik tito ulu uwan...Chik enatlah...

Uwan: ko buat apa penat? seharian main je keje...


Ni gambar Adik Chik masa dah dua bulan jadi ahli keluarga kami. Bagi aku dia ni istimewa. Pandai ambil hati semua orang. Suka jadi peneman orang. Kadang-kadang sampai tertidur dia tunggu aku keluar dari bilik air. Yelah bila perut dah sakit memang dekat setengah jam buat pelaburan. Ha.

Waktu malam nak masuk tidur, Adik Chik slow-slow landing sebelah aku walaupun dah tahu uwannya ni tidur ganas. Dah banyak kali aku terterajang dia...mana sedar..tapi bila terkena badannya yang berbulu tu boleh pulak aku terjaga. Tapi muka Chik tengok aku macam nak cakap; "tak pe uwan..chik tak cakit pon.."

Huhuhu..Chik, uwan sayanggg sangat kat Chik.

Leo: uweeekk nak muntah I....

11.11.13

3 budak berlagak!

Hehehe...pagi-pagi senin nih....memang bosan. Apatah lagi kena pergi kerja. Dahlah pagi tadi hujan. Kalau sambung tidur memang syok kau! Tapi, nak tak nak kena bangun jugak. Budak bertiga dah awal-awal bangkit. Aku tertidur di ruang tamu sampai pukul 4.30 pagi. Rupanya adik Chik sedang enak merengkot kat bahu aku. Dia tidur dengan aku rupanya....


Geng gangster tak jadi hahahaha....


28.10.13

telatah adik chik...

Adik Chik dah beca...dah oyot..dah emok...dah omel..mengada pun dah lebih..hehehe...
Adik Chik sangat pandai buat muka. Muka menjeling, ingin tahu, nak makan sedap, muka tak malu, semua Adik Chik dah khatam. 

"ahhh nyang nyeee..."
 "uwan..tengok eyut tite..becarrr"
 "omel tak baju tite?"
 "awww.."

"uwan tite bagi ayung buyuk!"
"uwan dera tite.."
"mmm cedapnyee tito...kroih kroihhh"

(kalau sape-sape tak faham bahasa adik chik tu..buat-buat la faham..hahaha)

20.6.13

Si nakal aku....


Nakal tahap gaban. Suka mengekor. Sebenarnya nak cek uwan kalau-kalau ada sorok makanan sedap.
Suka tidur kat tempat keras. maklumlah masa bergelandangan dulu tidur kat simen-simen kaki lima...huhuhu sedih pulak...

Bila nak orang sayang-sayang dia, mulalah buat muka comel...bajet orang cium dia le tuewww....


Sampai sekarang si Leo menyampah dengan dia nih...hahahah
tapi semua tingkah laku Kuya semua dia tiru...yang lucunya Kuya pandai betul gunakan si Kechik ni. Siap mintak Kechik temankan dia main kat bawah. Selama ni dia takut nak pi sorang. Tangkap cicak pun dia suruh adik Kechik sebab Kuya memang kucing yang gayat (aneh betul). Budak Kechik tu akan panjat, dia pulak tunggu kat bawah! Bila kena jerkah, dua-dua lintang pukang lari...hehehehe...

Moto hidup adik Kechik: 
"nak MAKAN CEDAPPPP gituewww"

15.6.13

AKTIVITI DI HUJUNG MINGGU.

Si Leo debab.... belajar main game...


Kuya sibuk mengintai barang-barang uwan....

Adik Chik lepak lepas puas hentam Kak Kuya berdebuk-debuk..hehehe...

Hah, kat mejaku inilah tempat meeting budak bertiga nih!

12.6.13

ADIK KECHIK makin comel....

 Tengok, bulat macam tikus mondok..cuma terbantut je...hehehe

 Anak patung ni baru beli. Yang lama dan lunyai dikerjakan. Geli pulak aku. So aku pun buang je dalam tong sampah. Aku ganti yang baru ni.

Suka dia dengan yang baru ni. Gonggong sana sini. hehehe...

29.4.13

monday bluessss.....

Kuya: uwan nak pi keje ke?

Uwan: Aha...adoi..boringnyaaaa nak bangun..(sambil menggeliat)


Kuya: pilah keje uwan...nanti dapur kita tak berasap pulak..

Uwan: pandailah kamu..keje kamu membuta jer..


Kuya: heheheh...

26.4.13

stress aku!!! ----> Kuya


Kuya memang tension. Sejak lepas sunat ni, adik Kechik suka mengekornya ke mana saja waima ke kotak toilet diorang. Apa yang Kuya buat akan ditiru habis-habisan. Pantang Kuya baring mesti nak ajak main gusti. Membebel pun tak guna. Sebab perangai Kechik ni memang macam budak kecik! Dia kan terbantut. Hahahaha...

Kuya: nasib baik aku ni baik ati Chik..kalau tak, kena seligi ko ngan aku...


Segala ketenangan Kuya selama ini telah hilang.....

Kechik: Kak Kuya!!! meh ite ain!....

Kuya: oh tidak!!!!

24.4.13

Bila ko balik??? apasal tak tinggal terus kat spital tuh? ----> Leo


Dah lebih seminggu Kechik balik dari Klinik sejak ditahan sehari kerana 'persunatan'. Hahaha...Selepas tu dalam lima hari juga dia menghabiskan masanya dalam bilik kecik ni sebab tak nak dia over bergerak. Makan mulanya beri yang lembut-lembut. Dia tak nak. Hah dibantai jugak biskut yang biasa dia makan tuh.


Nampak tak Kak Kuya tu? Lama dia duduk perati bilik si Kechik. 
Macam nak ucap 'selamat balik rumah' je.Tapi kemudian....


Iks..iks..iks..Kak Kuya...rupanya dia mengintai makanan khas si Kechik. Makanan tu basah. Di celupnya tangan dalam tu. Lepas tu dijilat sampai kering tangan berbulu dia...lepas tu dia celup lagi...dia buat macam tu sampai puas hati. Tak senonoh betul Kak Kuya ni...si adik tu tengok je..nak menirulah tu. Kalau bab meniru si Kechik ni nombor satu! Benda-benda pelik yang Kuya buat semua nak ikut...sayang benorrr dia kat kakaknya tuh..

Leo: Menyampah aku!!! (sambil tarik muka masam.)

Hah. Si Leo ni tak pernah nak sebulu dengan Kechik. Ada je salah si Kechik tu. Jangan duduk dekat-dekat dengan dia. Nanti si Kechik kena sembur. Dia membebel suruh letak balik si Kechik kat spital...

Nasib ko le Kechik...

19.4.13

budak nakal.

Adik Chik lepas bersunat jadi aktif. Nakal dan periang. Kalau nampak Kak Kuya asyik nak smackdown jer..sampai bising rumah sebab aku terjerit-jerit nampak Kechik nak menggomol Kuya. Bukan apa takut Kuya terterajang luka adik Chik yang belum baik lagi tu. Si Kechik tu belum sembuh betul ada hati nak bergurau senda....iks iks..iks...

 Ni muka poyo bila kena marah. Lukanya masih nampak jahitan 
tapi sekarang dah nak bercantum betul.


Muka mengada..tak boleh blah betullah kechik ni...


blog buku Hud aikara.

  • Pemandu Van Jenazah - Tajuk: Pemandu Van Jenazah Penerbit: Utusan Karya Tebal: 270 m/s Buku ini merupakan kompilasi kisah pengalaman pemandu-pemandu van jenazah yang diceritaka...
    12 tahun yang lalu
PitaPata - Personal picturePitaPata Cat tickers
PitaPata - Personal picturePitaPata Cat tickers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...