Memaparkan catatan dengan label Macam-macam. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Macam-macam. Papar semua catatan

13.3.12

ini ke rupa pokok yahudi?

gambar: mr google

Pohon Gharqad dikatakan pohon orang yang Yahudi. Menurut Wikipedia nama saitifik bagi pohon ini ialah Lycium ferocissimum. Dalam Bahasa Inggeris dikenali sebagai boxthorn tree.

(ingat tak rekod Bukhari dan Muslim yang mengatakan kiamat tidak akan terjadi sehingga kaum muslim memerangi bangsa Yahudi. Ketika itu semua benda seperti batu atau pokok akan memberitahu kalau ada yahudi yang bersembunyi dibelakang mereka kecuali pokok gharqad sebab ia merupakan pohon yahudi.)

p/s: info dari buku Fahrur Muis;  Bencana akhir zaman.

23.10.11

inilah dia si telinga empat yang diperkatakan ramai orang.

Yoda sangat popular kerana telinganya. Kucing yang cantik.



Kuya: uwan...Uya nak telinga jugak?

Uwan: dua tu dah cukup..tu pun selalu pekak bila uwan suruh masak nasik!

Leo: ????

pencuri yang sangat comel!

 Ini kucing yang kuat mencuri. Dia curi barang-barang jiran tetangga dan bawa balik ke rumah tuannya. Satu kerja pulak tuannya nak pulangkan balik barang-barang tuh! hahaha....tapi kucing comel yang pelik ni dah popular!

17.9.11

Festival kejam!


Pesta Toro De la Vega satu pesta tradisi ( bermula 1453) yang kejam dan tidak berperikemanusiaan yang masih dimainkan atas nama tradisi di Tordesillas. Ritual merejam lembu dengan lembing beramai-ramai itu adalah tradisi yang diwarisi sejak Zaman Pertengahan di Spanyol. Ia jauh mendahului sebuah lagi tradisi lama yang juga dianggap tidak berperikemanusiaan iaitu pertandingan laga lembu.
Ia disifatkan sebagai acara yang kejam dan memalukan oleh golongan pencinta haiwan serta banyak lagi pertubuhan bebas sedunia. Sebahagian besar rakyat Sepanyol sendiri merasakan festival itu perlu dihentikan dan diganti dengan acara lain.


p/s: seronok agaknya melihat makhluk lain sakit dan menderita...cuba try diorang pulak duduk di tempat lembu tu..takut ke tak?

Kuya: mesti terkencing...hehehe

Leo: nangislah..
sumber kosmo

9.9.11

wanita terberat


Nama: Pauline Potter
Berat: 317.51 Kg
umur: 47 tahun

*Telah disenaraikan sebagai wanita paling berat di dunia oleh pihak pengurusan Guinness Book of Records.

*Tapi akibat berat yang berlebihan ini dia  sukar untuk menjalani kehidupan yang normal kerana tidak dapat mengalihkan badannya ketika berada di atas katil atau memasuki keretanya.
*Pauline menyalahkan cara dia dibesarkan menyebabkannya dia gemuk.
-kosmo.


 
p/s: bila kita lewa tentang berat badan beginilah jadinya..bila dah terlampau berat baru kita tersedar dari nafsu makan yang melampau. Makan benda berlemak, bergula ni memang sedap tapi nak nyahkan lemak tu paling susah buat tubuh yang rendah metabolisme. Macam aku! huhuhu...
 
Kuya: tulah uwan..tak nak senam..
 
Leo: gemuklah bagus..comel..
 
Kuya: macam kau baguslah..macam uwan tu...errr...
 
uwan: korang ngumpat ye...kuwang asam korang...
 
Kuya & Leo : hik hik hik...

23.7.11

mari berlatih main bola!

Mari tengok video kucing comel berlatih ambil bola! Aku suka video ni sebab Leo dan Sakura pun suka buat macam ni cuma diorang lebih suka tali dan gumpalan kertas daripada bola! Kalau dah tangkap, diorang siap letak atas riba aku dan menunggu-nunggu mintak baling balik. Hehehe...



Kuya: nengok Leo, kucing tu lepas ambik balik bola dapat upah... kita tak dapat apa-apa pon!


Leo: Kita dapat cium dari uwan...hehehe...

15.7.11

inilah sebabnya cikgu jadi tension...!!!!

Ini terjumpa dalam email aku gak..rasa lucu pulak baca karangan nih..anak sapelah ni yek yang empunya karangan tahap gaban ni..hehehehe...







14.6.11

kucing batu yang cute.

Ketika berjalan-jalan di alam maya internet yang serba luas ini aku terjumpalah seni lukisan batu yang cantik dan cute...cuma aku tak pasti siapa yang lukis dan dari mana datang batu-batu cute nih...sebab gambar ni dah lama aku simpan sebelum aku pandai berblog. Jadi dah tak ingat dari mana datangnya....hehehe..








Cantik sangatttt...kucing-kucing yang comel! Siapa yang lukis ni memang hebat...

Kuya: Uwan, muka dia macam Uya punya mukalah...
Uwan: eee...perasan lak dia..

8.6.11

gambar letusan gunung berapi

Gambar; kosmo online



Gambar; imej kepulan debu yang dikeluarkan gunung berapi Puyehue-Cordon Caulle di Chile pada Sabtu lalu. Imej ini  dapat juga dilihat dari angkasa lepas.





Gambar kilat di sekitar gunung itu dirakamkan oleh jurugambar agensi AgenciaUno dan disiarkan oleh agensi berita AP semalam.
Sehingga kini gunung tersebut masih meletus dan penduduk disekitarnya terpaksa dipindahkan.


Gambar ini cantik, kelihatan seperti dunia futuristik. Tapi hakikatnya ia kejadian alam yang menakutkan. Tanda kebesaran tuhan yang maha berkuasa.

28.5.11

Kolam penguin RM9.93 juta!

Gambar: kosmo online
Ini kolam terbesar penguin berharga £2 juta (RM9.93 juta) dan telah dibuka di Zoo London.

Kolam ini ada ruang khas untuk pengunjung melihat apa yang berlaku di dalam kolam itu melalui tingkap yang disediakan.

Macam seronok je melihat sang penguin ni semua bermain sebab kolam yang dibina ini lebih besar dari kolam yang telah ditutup sebelum ini.

Dalam hati: Kalau aku ada duit bolehlah aku bina ruang besar untuk Kuya dan Leo bermain..hehehe...

Kuya & Leo: uwan jom kita pi London???

Uwan: tak boleh..uwan muntah naik kapal terbang...

Kuya: eleee..cakap jelah takde duit...

Leo: hik hik hik...

uwan: aku luku kang...

17.5.11

keretapi masa depan?

 sumber: KOSMO ONLINE

Para Penyelidik di Universiti Tohoku, Sendai, Jepun berjaya mencipta protaip keretapi terapung. Ia mampu bergerak dalam kelajuan yang tinggi dan rupanya mengingatkan aku pada pesawat terbang pulak...


9.5.11

telur ajaib.

Ini copy dari email aku..dah lama dah cerita ni..tapi teringin nak kongsi kat blog pulak..

A 97 YEAR'S OLD MAN WRITES THEÂ FULL BOOK OF

HOLY QURAN ON 8 NUMBE'R'S OF EGGS.
 





 
cantik betul.....

28.4.11

bernasib baik

Petikan dari kosmo online.

DUA orang gadis memeluk erat sebatang tiang lampu (dalam bulatan) ketika ombak gergasi melanda sebuah jeti di Castlerock, Ireland Utara. Dua-dua pun selamat dari di hanyut ombak.

Gambar ini diambil oleh seorang jurugambar bernama Tam Mullen yang kebetulan berada di kawasan tersebut. Dua gadis itu memeluk tiang untuk mengelakkan dihanyutkan oleh ombak besar yang datang secara tiba-tiba.

P/s: aku memang fobia dengan laut. Apa lagi ombak besar sebab masa kecik-kecik dulu pernah lemas. Sampai sekarang aku tak suka duduk tepi laut...:(

Leo   : tapi uwan..kitorang suka pantai...(tersengeh-sengeh cute)

kuya : ahah..kitorang boleh jalan-jalan tepi pantai kan? kan?

uwan: jangan kamu mimpi!

28.3.11

The cat drinking water by right hand !


(video: junwaotomeza-youtube)

Unik sungguh kucing comel ni minum air! Sangat Cute!

16.3.11

A Heart Warming Dog Story From Japan: Tsunami and Quake Survivors

v
Kisah sedih selepas tsunami..
Serius aku memang tak faham lansung diorang cakap tapi tengok video ni saja aku rasa nak nangis...anjing pun tahu erti kasih sayang (menurut pengirim video ni anjing ini tidak mahu meninggalkan anjing yang cedera itu keseorangan)...T_T
Semoga kamu berdua selamat sayang...

blog buku Hud aikara.

  • Pemandu Van Jenazah - Tajuk: Pemandu Van Jenazah Penerbit: Utusan Karya Tebal: 270 m/s Buku ini merupakan kompilasi kisah pengalaman pemandu-pemandu van jenazah yang diceritaka...
    12 tahun yang lalu
PitaPata - Personal picturePitaPata Cat tickers
PitaPata - Personal picturePitaPata Cat tickers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...