Memaparkan catatan dengan label Movie-English. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Movie-English. Papar semua catatan

2.6.14

MALEFICENT - penjahat yang jadi hero


Masih ingat Sleeping Beauty? Hehehe. Tapi ini bukan kisah Sleeping Beauty walaupun ia memang cerita Sleeping Beauty! Cerita ini tentang Maleficent, si tukang letakkan sumpahan pada puteri sampai jadi sleeping beauty. Filem ini bergenre fantasi gelap dan diarahkan oleh Robert Stromberg.

Kita akan dibawa ke kehidupan masa kecil Maleficent (Angelina Jolie) sampailah dia dewasa. Maleficent tinggal di negara ajaib yang cantik dan indah di mana semua makhluk hidup aman dan saling mempercayai. Mereka berjiran dengan negara manusia yang sentiasa tamak dan mahukan hak orang lain.

Maleficent adalah pari-pari yang paling kuat dan hidup yatim piatu. Satu hari seorang budak lelaki bernama Stefan telah menceroboh kediaman mereka. Tetapi kemudian Maleficent dan budak lelaki tersebut menjadi kawan rapat. Sampai mereka remaja, Maleficent telah jatuh cinta dengan Stefan dan Stefan memberinya kuncupan yang menurutnya kasih sejati.

Namun selepas itu Stefan menghilangkan diri. Rupanya dia telah menjadi salah seorang kepercayaan raja dan bercita-cita tinggi untuk menjadi raja. Ketika raja gering selepas kalah dengan Maleficent (raja mahu menjajah tanah ajaib tersebut dan Maleficent telah mempertahankannya), dia menurunkan titah sesiapa yang dapat membunuh Maleficent, orang itu akan jadi raja dan akan dikahwinkan dengan puterinya.

Peluang yang baik itu dimanfaatkan oleh Stefan kerana dia tahu hanya dia saja yang dapat mendekati Maleficent. Stefan tidak sampai hati membunuh Maleficent tetapi telah memotong sayapnya sebagai bukti dia telah menumpaskan Maleficent.  Maleficent yang sakit hati dan kecewa telah menyumpah puteri sulong Raja Stefan. Sumpahannya yang penuh dendam akan berlaku bila puteri tersebut berusia 16 tahun. Dia akan tertidur selamanya kerana terkena cucukan mesin tenunan dan hanya ciuman kasih sejati sahaja yang mampu membangunkannya.

Raja Stefan sangat marah dan paranoid. Dia menyembunyikan puterinya dibawah jagaan tiga pari-pari ke tempat terpencil. Malangnya tiga pari-pari tersebut tidak mampu menjaga seorang bayi. Lucunya setiap hari Maleficent dan burungnya Diaval datang menjaga puteri tersebut secara senyap-senyap. Dalam tak sedar Maleficent jatuh sayang pada puteri Aurora dan mahu menarik balik sumpahan. Malangnya dia tidak berjaya.


Dapatkah Puteri Aurora (Elle fanning) bangkit dari tidurnya dan siapakah kasih sejati yang menyayangi puteri tersebut?

Secara jujurnya filem ini dari lima bintang, aku bagi empat bintang setengah! :) Lakonan Angelina Jolie tip top!

gambar: Google

28.5.13

Star Trek Into Darkness - menghiburkan!



Baru-baru ni nonton Star Trek. Perasaan? Fuhh. Hebat. Seriously memang best. Dulu masa zaman sekolah, aku memang suka sangat tengok siri Star Trek yang lama tu. 

 Inilah Kapten James T. Kirk yang asal - Willian Shatner
Kat bawah ni pelakon Mr Spock yang asal -Leonard Nimoy

Sekarang watak-watak lagenda ni dilakonkan oleh Chris Pine  sebagai Kapten James dan Zachary Quinto sebagai Mr. Spock. (Ingat tak dia ni dalam siri Heroes?) 
Orang jahatnya pulak John Harrison/ Khan yang dilakonkan oleh Benedict Cumberbatch.

 Kisahnya tentang pemburuan mereka untuk menangkap John / Khan yang telah membunuh dan menyerang Section 31 London dan Starfleet Command sehingga menyebabkan kematian Christopher Pike, atasan yang dihormati Kapten James. Bersama Spock dan beberapa kru lain, James menuju ke Planet Klingon untuk menangkap John. Mereka diserang askar Klingon tetapi John muncul menentang serangan tersebut. James menyuruh John menyerah diri untuk diadili di bumi. John hanya menyerah bila mendengar ancaman 72 torpedo akan dihalakan ke arahnya.


Rupanya ada rahsia mengapa John menyerah begitu mudah. Keadaan mula jadi kucar-kacir di kapal Enterprise bila James mendapati John bukanlah seperti informasi yang diketahuinya. Selebihnya kena tengok sendiri, kalau cerita panjang nanti tak suspen...hehehehe....cuma elemen persahabatan antara James dan Spock menarik dan agak kelakar pun ada. Apa pun enjoy menonton!

1.1.13

The Hobbit; An Unexpected Journey


The Hobbit. Berasal dari buku yang dikarang penulis terkenal J.R.R. Tolkein pada 1937. Sebenarnya aku dah baca bukunya lama dulu ketika zaman belajar. Tapi aku masih ingat jalan cerita dan beberapa dialognya yang berkesan. Misalnya teka-teki yang dimainkan oleh Bilbo dan Gollum. Jadi ketika babak tersebut sedang dimainkan aku dulu yang jawab teka teki tersebut...hehehehe...






Dengarnya ada dua lagi siri filem ini yang akan ditayangkan, sambungan dari filem pertama The Hobbit; An Unexpected Journey. Kalau korang pernah menonton filem Lord Of The Rings, hah yang ini merupakan cerita Hobbit yang pertama. Ingat tak uncle Frodo Baggins dalam Lord of The Rings, Bilbo Baggins? Ini ialah cerita tentang Bilbo (Martin Freeman) yang penuh adventure dan pertualangan hebat bersama Gandalf (Ian McKellen) dan 13 orang kerdil yang diketuai oleh Thorin Orakenshield (Richard Armitage) untuk mendapatkan kembali Pergunungan Sunyi yang ditakluki naga jahat si Smaug.


Sudah tentu cerita ini ada yang ditambah dan ditolak dari novel asal tapi keasliannya tetap terjagalah. Sebab apa yang aku bayangkan dalam novel secocok dengan filem ini. Lebih-lebih lagi watak-watak antagonisnya yang hodoh dan kejam. Rupa makhluk bawah gunung yang jahat tu betul-betul real dan menggelikan. Aku memang gelak sakan masa babak Bilbo cuba melepaskan pony mereka dari tawanan tiga gergasi hodoh yang lembab. 


Permulaan filem ini menunjukkan Bilbo yang berumur sedang menulis buku untuk Frodo tentang kisah pengalamannya yang sebenar. Kemudian ada flash back masa mudanya di mana pengembaraan pun bermula. Masa ni kawasan desa kediaman Hobbit tu sungguh indah dan cantik. 

Kedatangan Gandalf secara tiba-tiba merosak suasana aman damai hidup Bilbo. Rupanya Gandalf telah memilih Bilbo sebagai ahli ke-14 dalam pengembaran mereka menuju ke negara asal sekumpulan orang kerdil. Orang kerdil dalam cerita ini bukan rupa macam orang kerdil Snow White tu, tapi rupa macam manusia biasa cuma lebih rendah dan kecil dari manusia. Lebih kurang tinggi Hobbitlah.

 
Watak Gollum muncul ketika Bilbo terjatuh ke lubang paling dalam ketika mengelak dari ditangkap mahkluk jin gunung yang kejam. Dia bertembung dengan Gollum dan di sinilah ceritanya bagaimana Bilbo mendapat cincin lagenda dalam Lord Of The Rings tu.

Bagaimanapun tayangan selama 2 jam lebih ni bestlah...tak boring dan filemnya sangat cantik! lagu pun sesuai. Siapa minat trilogi Lord Of the Rings, wajar menonton filem ini juga. 
(^___^)v

29.12.12

Mood Twilight.



Masih ingat filem Twilight Saga? Ke dah lupa...maklumlah dah masuk bulan Disember. Sekarang riuh cerita pasal filem Hobbit. Aku ni biasalah lambat nak menulis benda-benda macam ni. Tapi keseluruhan filem ni bestlah. Cuma ada benda yang aku kecewa sikit. 

Sebenarnya ketika membaca novel Twilight Breaking Dawn, keterujaan itu wujud disebabkan ingin tahu apakah kelebihan Bella dan keistimewaannya bila bertukar jadi vampire. Tapi dalam versi filem, perkara yang menunjukkan ke arah itu tidak dimasukkan. Misalnya pada pemulaan cerita tiada lansung kehairanan, kerisauan dan keterujaan keluarga Cullen dengan perubahan Bella. Kelebihan Bella kita ketahui macam tu saja tanpa ada suspen.

Mungkin pengarah merasakan detik tersebut tidak penting, tapi bagi aku kalau ada babak tu memang lagi lengkap. Adengan lain dia nak potong, potonglah. (membebel macam kau tau pasal filem Hud! hehehe)

Tapi filem ni memang cantik. Budak yang jadi Renesmee  tu sangat comel. Sweet sangat adengan masa  Alice dapat tengok masa depan Jacob dan Renesmee. Tak lupa adengan serangan yang ditambah tu betul-betul suspen..aku yakin masa mula-mula ditayang pasti ramai yang keliru dengan babak tu. Tak bestlah Calisle dan Jasper mati ...hahaha..
*gambar: Mr Google

2.2.12

Edge of the Garden.

Woo..panas betul malam ni..rasa berbahang. Tapi ada benda menarik yang aku nak kongsi.Tadi di TV8 aku telah menonton satu filem menarik. Sangat menarik bagi selera akulah...mungkin korang dah nonton filem ni tapi tak apalah, aku ingin sekali menulis sinopsisnya.

Tajuknya; Edge of the Garden. Ia menceritakan tentang Brian Connor (Rob Estes) seorang lelaki yang sangat fokus terhadap kerjayanya sehingga mengabaikan tunangan sendiri dan akibatnya hubungan mereka telah terputus berantakan.




Kemudian, Brian pindah ke Maine di mana dia telah membeli sebuah syarikat kecil dan bercadang tinggal sementara di situ. Dia membeli sebuah rumah kotej lama tetapi tanpa sedar mula terlibat dengan kejadian-kejadian aneh di rumah tersebut.
 
Dia mendapati ada orang meletakkan jambak bunga segar dalam vase, kemudian dia selalu terdengar suara-suara orang berbicara tetapi tidak kelihatan di mana-mana. Dia juga menemui seutas rantai berloket hati misteri yang bertulis 'cinta sejati' di dalam saluran paip. Sampai akhirnya dia menemui seorang gadis sedang tercari-cari sesuatu di laman rumah di tengah-tengah malam.

Nama gadis itu ialah Nora (Sarah Manninen). Anehnya Nora menyatakan dia tinggal di situ sedangkan Brian telah membeli rumah tersebut. Akhirnya mereka menyedari mereka memang tinggal di rumah yang sama tetapi berlainan masa! Nora merupakan wanita muda yang hidup di tahun 60an sedangkan Brian merupakan pemilik rumah 50 tahun akan datang. Ini bererti Nora telah menemui seorang lelaki dari masa depan dan Brian pula telah berjumpa wanita dari masa silam. Yang nyata keduanya bukan hantu. Menarikkan? hehehe...

Mereka berhubung melalui surat yang sentiasa disorokkan  Nora dalam bekas tin dekat pendiangan. Dari cerita Nora, Brian mendapat tahu Nora tidak bahagia dengan suaminya Thomas yang pemarah, dingin dan kuat cemburu. Thomas sentiasa mencurigai isterinya bersama Frank seorang pekerja rencam yang diupah membaiki taman mereka. Nora terkongkong dan berasa sangat sunyi. Untuk menghilangkan kesuraman hidupnya dia menumpukan perhatian kepada pokok-pokok bunga di taman.

Jalan cerita filem ini kemas dan mudah difahami. Dalam satu rumah berlaku dua kehidupan yang berlainan dan sungguh aneh bila Brian dan Nora saling bersahabat. Mereka hanya nampak antara satu sama lain dalam masa-masa tertentu sahaja dan selebihnya berkomunikasi melalui surat.

Satu hari Nora telah jatuh sakit. Brian berusaha membantu Nora dengan menyenaraikan ubat yang perlu diambil Nora demi menyelamatkan nyawanya. Senarai ubat tersebut diberikan oleh kawan Brian kerana pada zaman Nora penyakitnya masih dalam peringkat pencarian penawar. Thomas pula mendapat tahu Frank telah membawa Nora bertemu doktor dan ini menyebabkannya sangat marah.

Brian pula cuba mendapatkan cerita-cerita setempat mengenai rumah itu dan mendapati Nora telah mati akibat kebakaran di rumah tersebut. Dalam pada itu bekas tunangannya Julie muncul di tempat kerja. Lalu  Brian menjemputnya untuk makan malam. Ketika di rumah Brian, Julie telah tidak sengaja menjatuhkan loket hati kepunyaan Nora yang disimpan Brian, ke dalam api pendiangan. Ketika itu Brian telah ternampak Nora di taman sedang menangis dan meminta wanita itu melarikan diri dari Thomas.

Tanpa Brian sedar sebenarnya loket yang dijatuhkan Julie itu telah menyebabkan kebakaran di dimensi zaman Nora. Thomas telah mengunci Nora di dalam bilik apabila isterinya itu bertegas hendak meninggalkannya. Dalam keadaan cemas itu Brian telah 'terpindah' masuk ke zaman mereka lalu bersemuka dengan Thomas. Dia melepaskan Nora yang terkunci dan mereka berlari ke pintu. Ketika Thomas mengacukan senapangnya ke arah Brian, keadaan kembali seperti asal.

Brian sangat gembira bila mendapati nama Nora telah muncul di laman buku telefon. Mereka telah mengubah sejarah! Nora tidak mati dalam kemalangan tersebut. Akhirnya Brian berpeluang menemui Nora di masa sebenar dan sudah pasti wanita itu telah pun tua. Nora terkejut melihat Brian kerana penantiannya selama 50 tahun untuk menemuinya telah tercapai. Kerana jasa lelaki itu, dia dapat membina hidup bahagia dengan Frank. Nora memperkenalkan cucunya Sarah yang begitu seiras dengannya ketika muda dan berharap loket itu memberikan mangisnya pula kepada Brian dan Sarah untuk menemui cinta sejati.

Kuya:....uwan...panjangnyerrr...semua orang dah ngantuk baca...

uwan: ...aku punya suka ler.....ngeh ngeh ngeh...

14.4.11

Tangled - Sangat menghiburkan!



Masa nak tengok DVD cerita ini (tak sempat tengok di pawagam), kepala otak aku agak skema dengan cerita Rapunzel. Maklumlah dari kecik lagi jalan cerita Rapunzel tu memang dah hafal. Jadi bila muncul Tangled ni aku fikir ceritanya lebih kurang begitu jugalah. 
Well..actually memang lebih kuranglah macam yang sering kita baca tapi...tak sama! Tangled merupakan animated musical film (2010) oleh Walt Disney Animation Studios. Kalau tak silap aku mereka ambil masa 6 tahun dengan budget $260 juta. (Wooo..melopong kejap.)

Ceritanya memang sangat menarik. Jangan fikir ia hanya untuk tontonan kanak-kanak. Um uh..bukan yang ini. Filem ini semua peringkat umur akan enjoy! Watak Rapunzel (suara Mandy Moore) sangat hidup. Macam kita dapat bayangkan individu seperti ini wujud. 
 Ini watak jahat Mother Gothel. Kerja dia nak nampak muda aje. 
Ni perempuan yang takut tualah kiranya. Hehehe..

 Adegan ketika si Flynn / Eugene kena serkap dengan Rapunzel. 
Siapa suruh senang hati jer masuk tempat orang!

 Senjata sejati Rapunzel..kuali..hehehe.

 Si Pascal yang cute mute. Wataknya sangat comellll...

 Ini Maxsimus si kuda yang eksyen tapi baik hati. Mulanya dia bengkek dengan Flynn tapi lepas tu dia yang selamatkan Flynn pulak.


Kisahnya ketika kecil Rapunzel telah diculik oleh Gothel dari istana kerana rambutnya yang mempunyai kuasa penyembuh dan dapat membuatkan Gothel muda kembali. Gothel mengurung Rapunzel di menara tersembunyi dan menjaga Rapunzel seperti anaknya.

Raja dan ratu sangat sedih dengan kehilangan puteri mereka lalu setiap kali tiba hari jadi puteri itu mereka menaikkan lantera ke langit dengan banyaknya. Setiap tahun Rapunzel dapat melihat cahaya lantera melalui tingkap menara. Dia hidup keseorangan bersama haiwan kesayangannya Pascal dan sayangkan Gothel yang dianggapnya ibu kandung. 

Menjelang harijadinya yang ke 18 tahun Rapunzel ingin melihat sendiri cahaya tersebut dari dekat. Disebabkan 'ibunya' lansung tidak membenarkannya keluar dengan alasan dunia diluar terlalu kejam dan jahat, Rapunzel membuat perjanjian dengan Flynn Rider si pencuri yang cuba menyorok dari dikejar askar istana kerana mencuri tiara. Rapunzel menyimpan tiara itu dan akan mengembalikan kepada Flynn andai lelaki itu menemaninya melihat cahaya lantera.

Di sini bermulalah pengembaraan mereka yang penuh warna-warni , mencemaskan dan menggelikan hati. Mampukah mereka sampai ke destinasi? Adakah Rapunzel akhirnya ingat siapa sebenarnya dirinya? Apa jadi dengan Gothel? Flynn?

Sesuai ditonton seisi keluarga. Best!

(gambar-gambar dari En. Yahoo dan blog filem)

17.12.10

tHe ReVEngE oF kiTTy GAloRe

Hehehe..dendam dalam Cats & Dogs 2

Aku terhibur betul nengok kisah 'mengarut' ni. Memang best bagi aku yang suka dengan watak-watak haiwan yang 'bercakap'. Filem ni tak salah aku diarahkan oleh Brad Peyton. Ini sekuel yang kedua selepas Cats & Dogs 1.

Watak yang paling aku suka ..oh coz si Kitty Galore kucing pendendam yang tak berbulu..hehehehe...Watak utama lain ialah Diggs anjing polis jenis Jerman Shepherd, Butch (kira mentor Diggslah), Seamus (si pigeon yang becok), dan Chaterine (kucing dari organisasi rahsia : M.E.O.W.S).

Kisahnya Diggs dan Butch ditugaskan oleh Organisasi Anjing menghalang kejahatan yang bakal dibuat oleh Kitty Galore (bekas ejen M.E.O.W.S). Mereka juga dikehendaki melindungi Seamus yang turut diburu oleh Kitty. Anjing dengan kucing tak pernah sebulu tapi akibat kes ini nak tak nak mereka terpaksa bekerjasama dengan Catherine si kucing tangkas dari M.E.O.W.S.

Memang lucu melihat watak haiwan berlagak macam manusia. Apa lagi melihat telatah Kitty dengan tikus perliharaannya yang ketakutan. Kitty mahu melancarkan sejenis bunyi yang boleh disebarkan melalui setelit. Bunyi tersebut jika didengari anjing akan menyebabkan anjing itu gila dan sudah pasti manusia akan bertindak mengurung semua anjing-anjing tersebut. Kemudian dengan senang Kitty akan menakluk manusia pula.
(Kitty menyamar sebagai anjing nak curi maklumat. Hehehe..)

View ImageDendam si Kitty bermula bila dia hilang bulu dalam satu tugas di kilang kosmetik dan digelakkan oleh member-membernya di M.E.O.W.S. Balik rumah tuannya pulak tendang dia keluar sebab tuannya dah tak kenal rupanya yang 'hodoh' itu. Sejak itu Kitty berdendam mahu menghapuskan anjing, manusia dan juga kucing. Dengan kata lain dia nak berkuasalah.

 (gambar : Kitty dipakaikan kostum arnab oleh tuannya seorang penghibur yang berkerja di sebuah taman hiburan. (punyalah dia bengang hehehe) Kitty tinggal dengannya selepas kena kick dengan tuan lama)

Bayangkan kucing bina peralatan canggih termasuk kucing robot yang jadi pembantunya. Alat itu disembunyikan di atas salah satu permainan yang ada di taman hiburan. Si Diggs pulak selalu mendatangkan masalah dengan kesukarannya menurut arahan namun bila pelbagai peristiwa berlaku dia menjadi rapat dengan Catherine padahal dulu dia anti kucing.
View Image


(Diggs dan Butch di pejabat organisasi mereka yang canggih)

Last sekali sudah tentulah misi Diggs and the gang berjaya. Kitty memang berputih matalah. Filem ini sesuai di tonton seisi keluarga. Malah dia mengandungi mesej; "tak kira apa pun spesis anda sepatutnya jangan ada rasa benci. Berbaik-baiklah dan bekerjasamalah baru boleh berjaya." hahahaha...



Inilah rupa Kitty Galore (sphynx cat)...aku paling suka tengok dia ketawa jahat..bunyinya; hahaHAHAHA..! (sambil mengusap tikus peliharaanya)..hehehe..sukanya aku tiru..lagi pun kat rumah aku dah ada 'Kitty Galore'..si Sakuralah..sorry Kuya... XD

(semua gambar adalah dari internet)

27.10.10

KARATE KID


(image dari wikipedia)

Tahun ini Karate Kid lakonan Jaden Smith dan Jacky Chan menjadi pilihan aku untuk menyemarakkan semangat untuk 'bersenam' (?)..hehehe..
Filem ini sebenarnya 'di buat kembali' daripada Karate Kid yang asal pada tahun 1984 dan jalan ceritanya memang hampir sama cuma telah disesuaikan dengan selera penonton masakini. Tapi tak sia-sia aku menontonnya sebab walaupun pelakon utamanya kanak-kanak tapi seni mempertahankan diri yang ditunjukkan..woooo..boleh tahan..

Dre Parker (Jaden Smith) dan ibunya Sherry telah berpindah dari Detroit ke China. Ibu Dre telah ditukarkan ke China dan mereka tinggal di sebuah apartment. Dre bertemu Mr Han (Jackey Chan) apabila dia meminta lelaki itu membaiki pemanas di bilik air rumah mereka. Dre seorang budak yang amat berminat dengan seni mempertahankan diri dan mengikuti pergerakan-pergerakan martial art di kaca TV. Ketika berada di taman permainan berdekatan rumahnya Dre tertarik dengan Mei Ying gadis cilik yang rajin berlatih biolanya. Namun kemesraan mereka dicemburui Cheng yang mempunyai hubungan rapat dengan keluarga Mei Ying. Dre teruk dibelasah dan dimalukan apabila cuba melawan Cheng yang mahir berkungfu. Akibatnya Dre sentiasa mengelak dari berjumpa kumpulan Cheng ketika di sekolah tetapi ini tidak menyekatnya dari semakin rapat dengan Mei Ying yang comel.

Suatu hari Dre telah menyimbah air ke arah kumpulan Cheng dan terjadilah adengan kejar-mengejar antara mereka. Dre di belasah teruk tetapi akhirnya diselamatkan oleh Mr Han. Mr Han mahir berkungfu dan Dre meminta untuk menjadi anak muridnya tetapi di tolak oleh Mr Han. Lelaki itu cuma bersetuju bertemu guru Cheng untuk menjernihkan keadaan supaya Dre tidak diganggu lagi. Namun Master Li seorang guru yang keras dan menganggap musuh tidak patut dikasihani mengugut mereka supaya berlawan di gelangangnya. Nasib baik Mr Han ternampak poster pertandingan kungfu oleh itu secepat kilat mengatakan mereka akan berjumpa di perlawanan tersebut. Mr Han meminta Dre tidak diganggu sampai hari pertandingan.

Mahu tak mahu Mr Han terpaksa menjadi sifu kepada Dre dan apa yang diajar setiap hari ialah 'tanggalkan jaket, jatuhkan dan gantung jaket' berulang-ulang sehingga Dre menjadi marah kerana menganggap Mr Han menghukumnya (sebab dia selalu menyepahkan jaketnya di lantai sehingga menimbulkan kemarahan ibunya). Mr Han lalu menunjukkan demo bagaimana proses pengulangan itu membuatkan ototnya kuat dan dia dalam tak sedar sedang belajar kunfu kerana kungfu wujud dalam setiap pergerakan aktiviti hidup manusia.

Menjadi semakin bersemangat dan teruja, Dre berlatih bersungguh-sungguh sehingga Mr Han membawanya ke gunung Wudang. Di situ Dre telah melihat seorang wanita sedang berlatih dengan seekor ular. Dre hairan melihat wanita itu meniru gerak ular tersebut tetapi Mr Han memberitahunya ular itulah yang sebenarnya meniru gerakan wanita tersebut seperti sebuah cermin.

Dalam filem ini Mr Han mempunyai konflik dan masalah tersendiri yang menyebabkan dia setiap tahun mengulangi perbuatan yang sama; membaiki dan menjahanamkan kembali keretanya yang tersadai di ruang tamu. Barulah Dre tahu mengapa Mr Han begitu menyendiri dan pendiam selama ini. Rupanya perasaan bersalah ke atas tragedi kamalangan isteri dan anaknya membayangi hidup lelaki itu selama bertahun-tahun. Dre bergitu bersimpati melihat kesedihan Mr Han dan menariknya agar bangkit kembali supaya bebas dari belenggu rasa bersalah. Sifu dan anak murid ini menjadi semakin rapat apatah lagi perubahan Dre yang lebih tekun dan berdisiplin menggembirakan hati ibunya.

Kemudian ada babak Mei Ying tidak lagi dibenarkan berkawan dengan Dre oleh ayahnya dengan alasan Dre membawa pengaruh yang buruk. Untuk menjernihkan hal itu Dre bersemuka dengan ayah Mei Ying dan bercakap dalam bahasa Mandarin berpandukan kertas. Sikapnya itu telah melembutkan hati ayah gadis tersebut dan mereka berjanji akan menonton perlawanannya.

Hari yang ditunggu pun tiba dan semasa pertama kali masuk ke gelangang Dre terpinga-pinga kerana dia tidak tahu peraturan perlawanan dan merasa begitu gementar. Tunjuk ajar Mr Han akhirnya membuatnya berjaya melepasi peserta-peserta yang lain dan membuat kejutan ke separuh akhir. Master Li merasa tercabar lalu menyuruh salah seorang anak muridnya Liang menggunakan taktik kotor. Ketika pertemuan dengan Liang kaki Dre dipukul berkali-kali dan Liang telah dikeluarkan dari perlawanan.

Dre di bawa ke bilik loker untuk dirawat. Doktor meminta dia tidak meneruskan perlawanan begitu juga dengan sifunya Mr Han. Namun Dre sudah bosan merasa 'takut' dalam hidupnya dan mahu berdepan dengan lawan terakhirnya Cheng. Akhirnya Mr Han melepaskannya ke gelanggang dan Dre diberi sorakan gemuruh penonton. Kali ini Dre benar-benar tidak memberi peluang kepada Cheng menyebabkan Master Li menyuruh Cheng menyerang bahagian kecederaan Dre. Dre jatuh dan mengerang kesakitan namun dia bangkit dengan penuh semangat. Senjata terakhir; Dre menggunakan teknik seperti wanita di gunung Wudang dan memanipulasi pergerakan Cheng.

Cheng kalah di tangan Dre. Semua yang menonton perlawanan itu seperti ibunya, keluarga Mei Ying dan Mr Han sangat gembira dengan kemenangan Dre. Cheng dan kawan-kawannya kagum dengan sifat dan kungfu yang ditunjukkan oleh Dre lantas memberi hormat kepada Mr Han. Master Li memandang dengan muka yang pucat. Kejutan kekalahan itu seolah-olah memberi tamparan hebat kepadanya. Begitulah ceritanya...hero tetap menang walaupun separuh mati kena hentam..hehehehe
(cerita aku ni berjela-jela confirm dah ada yang tertidur..ngeh3)

Sebenarnya cerita ini tidaklah stres memanjang, ada juga diselit kelucuan cuma lawak itu datang dari Jaden bukan daripada Jacky. Lakonan Jaden memang selamba dan dia memang berbakat macam ayahnya. Pendek kata, lepas menonton filem ni aku rasa nak sambung balik kelas teakwondo aku yang dah lama tergantung tu...(kononnyerrr)..:)

blog buku Hud aikara.

  • Pemandu Van Jenazah - Tajuk: Pemandu Van Jenazah Penerbit: Utusan Karya Tebal: 270 m/s Buku ini merupakan kompilasi kisah pengalaman pemandu-pemandu van jenazah yang diceritaka...
    12 tahun yang lalu
PitaPata - Personal picturePitaPata Cat tickers
PitaPata - Personal picturePitaPata Cat tickers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...