Memaparkan catatan dengan label Seputar Peristiwa. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Seputar Peristiwa. Papar semua catatan

11.4.12

Gegaran TSunami, rumah bergoyang.

Petang tadi kerana terlalu mengantuk, aku tertidur depan TV. Tetapi tiba-tiba terjaga sebab rasa lantai bergoyang. Mulanya ingat kepala aku yang pening. Adik aku dua orang sedang bertenet depan laptop tapi tak sedar gegar biarpun mereka perasan meja dah bergoyang macam kena buai.

Aku sensitif sikit bab goyang ni sebab kami tinggal di flat lima tingkat dan pernah kena gegar ketika tsunami kuat 2004. Masa tu takut juga. Baru kena tempias gempa. Kalau kena gempa betul tak tahulah aku...

(gambar: google Tsunami Japan 2011)

Oleh kerana hari ni cuti, ramai orang tak ada di rumah jadi aku rasa penduduk flat aku ni tak sedar sangat rasa gegar tu. Kalau jadi waktu malam, memang mereka dah ramai-ramai akan keluar rumah.

Cepat-cepat aku buka TV kalau-kalau ada berita terkini. Lepas tu memang betul pun gempa kuat lagi di Aceh dalam 8.7 skala Richter. Sampai waktu aku menulis ini, menurut pembaca berita gempa masih bersusulan dan banyak negara telah mengeluarkan amaran tsunami.

Semoga kita dilindungi dari segala bencana. Amin...

 Leo: uwan...atutttt....

Uwan: uwan pun takut nih..

9.9.11

cantiknya planet zuhal!


Ini merupakan gambar satu imej planet Zuhal yang telah dirakam oleh kapal angkasa lepas Cassini-Huygens.
Kapal angkasa Cassini-Huygens  merupakan projek usaha sama Agensi Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan, Agensi Angkasa Lepas Eropah dan Agensi Angkasa Lepas Itali.
Kapal ini telah dilancarkan pada 1997 dan akan terhempas di planet Zuhal pada 2017. Bahagian malam Zuhal kelihatan bercahaya akibat lantunan cahaya gelang yang terdapat di sekelilingnya. Nampak sangat cantik!

sumber: kosmo

4.9.11

Al Fatihah....


Al Fatihah.....

Buat Allahyarham Noramfaizul...pengorbanan kamu akan sentiasa dikenang kerana kamu salah seorang yang mengendong  sifat kemanusian yang tinggi untuk manusia sejagat.





 p/s: Rasa aneh pula sebab baru-baru ini pejabat aku baru kehilangan seorang peronda yang mati ditikam ketika cuba menghalang kenderaan rakannya dari dicuri. Semoga roh-roh mereka yang berani ini dicucuri rahmat. Amin...

31.5.11

Cukupkah hanya denda dan penjara?

Aku baca Kosmo hari ini dan ada berita yang menarik perhatian aku;                    Pendera binatang didenda RM50,000.
Bila Akta Binatang 1953 dibuat pindaan semula, pendera haiwan akan dikenakan hukuman lebih berat iaitu denda RM50,000 atau setahun penjara atau kedua-duanya sekali. Sebab buat masa sekarang jumlah denda sesiapa yang mendera haiwan cuma RM200 atau enam bulan penjara atau kedua-duanya sekali.

Mmmm...sekurang-kurangnya ada juga sedikit kesedaran kita tentang makhluk-makhluk selain manusia yang perlu dilindungi. Tetapi berkenaan diri si pendera, aku beranggapan ia melibatkan perlakuan psikologi atau minda yang kurang normal. Jika orang biasa, mereka buat tak peduli saja atau setakat sepak, baling kayu atau jerit untuk menghalau haiwan yang mereka tidak sukai jauh-jauh.

Tapi si pendera pula tidak begitu. Mereka 'enjoy' jika makhluk itu menderita sampai mati. Ini bukan situasi yang normal lebih-lebih lagi jika si pelaku adalah remaja atau kanak-kanak. Bila seseorang kanak-kanak menikam seekor kucing berkali-kali sampai mati dengan sengaja itu bukanlah kenakalan yang biasa tetapi kanak-kanak itu perlu diberi perhatian serius.

Latar belakang pembunuh-pembunuh bersiri yang pernah mengemparkan dunia misalnya ada yang telah menunjukkan sikap mendera haiwan ketika mereka masih kecil. Deraan seperti menyembelih kucing atau anjing dan kemudian disimpan dalam almari, memotong kaki tangan haiwan secara hidup-hidup atau pun menyembelih kucing secara perlahan-lahan sebab seronok melihat sesuatu yang hidup menemui maut akan berkembang pula ke atas manusia bila mereka dewasa.

Ini bererti pendera mempunyai kelainan jiwa yang tidak disedari dan jika tidak perhatikan secara serius ia mungkin membawa kesan buruk.  Misalnya mereka boleh terlibat dengan jenayah yang lebih berat atau mempunyai sikap kendiri yang lebih buruk. Jika pendera haiwan ini hidup dalam lingkungan kita, aku yakin walaupun ada diantara mereka perlakuannya tidak sampai ke tahap mengancam nyawa manusia tetapi jiwa mereka gelap dan kasar. Ini akan terserlah bila mereka berinteraksi dengan orang sekeliling.

Pendapat aku, sang pendera perlukan perhatian ke atas psikologi mereka, bukan setakat denda dan penjara. Selain denda ke atas kesalahan yang dilakukan, kita juga perlu tahu punca mereka melakukannya. Jika menurut mereka kerana 'suka-suka'....

Itulah yang paling merbahaya.

Mereka perlukan bantuan.

Leo: takotttnyerr uwannn...
uwan: tulah leo..jangan merayau jauh-jauh..nanti kena culik..Leo kan gemokk boleh buat stok daging seminggu..hehehehe..

22.5.11

al fatihah.

Gambar KOSMO ONLINE

Al Fatihah untuk adik-adik dari Rumah anak-anak yatim Al Taqwa yang terkorban dalam kejadian tanah runtuh di Batu 14, Hulu Langat Selangor. Sebak sungguh bila melihat anggota-anggota penyelamat membawa jenazah-jenazah yang terkorban keluar dari runtuhan. Semoga mereka ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Amin.

30.3.11

Ingat tak lagi kisah Christian The Lion?



Aku percaya ramai yang dah tahu cerita benar si singa bernama Christian ini. (kalau belum boleh cari aje kat google mesti jumpa - cerita lengkap di wikipedia) Cerita ini kan pernah mengejutkan dunia dengan persahabatan antara dua orang manusia dengan seekor singa yang mereka jaga dari kecil dan kemudian dilepaskan kembali ke dunia asli sang singa.

Namun apa yang menyentuh hati, betapa masih kuat rasa sayang dan ingatan sang singa terhadap orang - orang yang pernah menjaganya dengan kasih sayang satu ketika dulu. Lihatlah saja video dokumentari lama di atas. Lihatlah bagaimana terujanya wajah Christian. Video di atas menunjukkan pertemuan kembali Christian dan tuannya selepas setahun dihantar kembali ke Afrika. Ketika ini mereka diberitahu kemungkinan Christian sudah lupa pada mereka kerana dia sudah menjadi ketua kepada puaknya sendiri lagipun dia sudah menjadi haiwan liar.

Tetapi apa yang terjadi mengejutkan. Ketika namanya dipanggil  Christian datang perlahan-lahan mungkin dia cuba mengecam dua lelaki tersebut. Rupa-rupanya ingatan sang singa akan kasih sayang amat kuat. Terharunya...

*agak-agak Kuya dan Leo ingat tak aku kalau tak jumpa setahun macam ni? Mesti buat 'derk' aje...huhuhu..

Kuya: mana ada uwan..Kuya ingat kat uwanlah..
Leo  :  Leo pun ngat gak tau..

uwan: Ingat apa korang? ingat kat piskis jer tu..

kuya & leo : hehehehe...



blog buku Hud aikara.

  • Pemandu Van Jenazah - Tajuk: Pemandu Van Jenazah Penerbit: Utusan Karya Tebal: 270 m/s Buku ini merupakan kompilasi kisah pengalaman pemandu-pemandu van jenazah yang diceritaka...
    12 tahun yang lalu
PitaPata - Personal picturePitaPata Cat tickers
PitaPata - Personal picturePitaPata Cat tickers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...