Memaparkan catatan dengan label resepi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label resepi. Papar semua catatan

16.8.12

biSKut cOKLat CiP


Hah! Buat biskut lagi. Kali ni aku try biskut coklat chip. Resepinya bagus sebab sekali buat terus jadi. Hehehehe...

Bahan-bahannya:

  • 180gm mentega
  • 90gm gula castor
  • 100gm gula perang
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 2 biji telur
  • 200gm tepung naik sendiri
  • 160gm tepung gandum
  • 1 sudu teh soda bicarbonate
  • 1/4 sudu teh garam
  • 100gm coklat chips
  • 1 1/2 sudu serbuk koko
  • 120gm badam cincang (sila goreng tanpa minyak sekejap dalam kuali)
1- Pukul mentega bersama gula castor dan gula perang sampai putih. Kemudian masukkan telur dan esen vanila. Pukul hingga sebati.

2- Masukkan tepung gandum, tepung naik sendiri, soda bicarbonate, garam, serbuk koko dan gaul sebati. Kemudian masukkan coklat chip dan badam cincang.

3- Bila semua bahan sudah sebati bentukkan (ikut suka) doh tadi dalam loyang pembakar. Boleh buat bulat, panjang, petak....

4- Bakar ikut suhu yang sesuai dengan saiz oven. Macam oven aku ni kecik, tak sampai 14 inci pun loyangnya, jadi suhu dia dalam 130 selama kurang 20 minit.
Dah masak, sejukkan dulu baru masukkan dalam bekas kedap udara. Resepinya boleh didapati di www.myresipi.com.


Hehehehe.. kat bawah ni menu berbuka semalam..saja adik aku terlebih rajin pulak...
 Nasi lemak lauk sambal ikan tongkol (keluarga aku nih memang suka ikan tongkol..siap beli ektra untuk diratah depan TV..hahaha)

Bubur kacang durian...

12.8.12

bISKUT CorNFLAKELah pulak...

Buat kuih lagi...hehehe...tak tahulah tahun ni kemain rajin pulak aku ni...Ini biskut cornflake antara biskut raya yang aku sukalah. Resepi ni aku lupalah ambil kat mana, tapi berikut ialah bahan-bahan yang digunakan;

  • Kellogge's cornflake (yang kotak kecik je)- ramas sampai hancur
  • Gula pastor 150gm
  • Tepung gandum 250gm (atau guna tepung red rose )
  • Mentega 250gm
  • 2 camca teh perisa vanila

cara buat:

Pukul mentega dengan gula pastor sampai berkrim. Kemudian masukkan perisa vanila. Pukul rata.
Masukkan tepung gandum dan empat cawan cornflake hancur. Uli sampai jadi doh. Mula-mula ia lembik tapi bila jadi doh campuran tu akan senang nak di gentel. Gentellah bulat-bulat ke..panjang-panjang ke..ikut sukalah. Lepas tu gelekkan gentelan tu dalam cornflake hancur.
Bakar dalam oven dengan suhu 140 selama 15-20 minit. Suhu oven bergantung kepada jenis dan besar oven tu. Aku punya kecik aje.

Dah masak, sejukkan sekejap dan simpan elok-elok dalam bekas tertutup rapat. Makan masa raya je tau! hehehe....


Kuya: Yo aku boying tul uwan tu...asyik ngadap sekut je...

Leo: ala...tite tido jelah...

7.8.12

cornflake madu - nak sambut raya...


Ngeh ngeh ngeh. Inilah kuih raya pertama aku buat dalam hidup ini. (Berucap dengan kembang hidungnyeee).
Dan rasanya boleh tahan best (gaya masuk lif tekan sendiri)...Entah angin mana tiba-tiba rasa nak buat kuih. Agaknya sebab nampak oven yang dah setahun tersadai sedih atas kabinet. Kuih yang dipilih...kuih termudah di dunia. Cornflake Madu.
Hehehe...


Oleh kerana aku ni baru mencuba jadi kuih tu tak lah cantik mana. Resepi yang di gunakan;

Kelloge Cornflake 300g
Madu secawan
Butter 250g

Panaskan butter sampai cair, kemudian masukkan madu dan gaul dengan cornflake. Tutup api. Cornflake kemudian di masukkan dalam bekasnya dan dihias dengan coklat tabur. Dah siap, bakar dalam oven dengan suhu 150 selama kurang 15 minit. Agak-agak dah masak sejukkan sebelum simpan dalam balang. Makan masa raya je tau.

Sesiapa yang baru kenal oven macam aku boleh le cuba...hihihi...


Leo & Kuya: uwan nak cikit!!

Uwan: boleh blah...

Kuya: uwan kedekut!

Uwan: lalalala...(sambil menjilat jari)

22.7.12

Resepi mi gulung pada Ramadan yang pertama.


Ramadhan yang pertama kami berempat makan mi gulung. Mi ni adik aku yang buat dengan meniru resepinya dalam majalah Dara.Com. Hasilnya memang sedap. Makan mi gulung dengan teh panas.

Kalau orang lain makan dua tiga jenis makanan tapi kami ni jenis tak kisah makan sejenis benda je. Kalau nasi tu, nasik dengan lauk jelah. Kalau makan mi, mi tu jelah. Kuih jarang-jarang ada. Sebab sebenarnya kalau beli atau buat banyak-banyak hanyalah membawa kepada pembaziran. Lagipun semua bujangggg trang tang tang! hehehe...

Pernah juga aku masuk pasar Ramadha tapi keluar dengan tangan kosong. Sebabnya aku jadi konfius tak tahu nak beli apa. Perut memanglah lapar tapi bila tengok makanan yang banyak tu aku tak selera lansung! Sampai sekarang aku tak suka masuk pasar Ramadhan. Setakat beli air tepi jalan tu adalah...hahaha...


Masa belajar dulu bila puasa aje berlambak-lambak kuih dan makanan roomate aku beli. Aku cuma beli nasi berlauk je sebab aku tahu sangat yang dia tak akan habis makan punya...dan aku akan jadi dewan bandaraya selepas tu...huhuhu....

Ok habis cerita mengarut aku...kalau nak resepi mi gulung ni aku dah tiru kat sini dari
Majalah Dara.Com edisi April 2012. Selamat mencuba!

Mi Gulung.

Bahan-bahan A

-100g mi kuning (tapi kami guna mi lidi)
-1 ulas bawang putih
-isi ayam secukup rasa
-1 sudu kecil kicap pekat
-1 sudu kecil sos cili
-serbuk perasa secukupnya
-2 helai sawi
-1 biji telur

Bahan-bahan B

-1 ulas bawang putih
-isi ayam secukup rasa
-1 sudu kecil sos tiram
-1 sudu kecil serbuk lada hitam
-1 sudu kecil kicap pekat
-1 sudu stok ayam

cara membuat;

-tumis bawang putih hingga naik bau.
-masukkan isi ayam diikuti dengan sos tiram, sos cili, dan mi kuning. campurkan kicap   pekat, sawi dan serbuk perasa. Gaul rata. Ketepikan.
-Pukul telur dan dadarkan. Masukkan mi yang telah digoreng dan gulungkan ia bersama telur goreng tadi. Hidangkan di atas pinggan.
-Untuk kuah; tumis bawang putih. Masukkan isi ayam dan sedikit air. Didihkan dan masukkan sos tiram, serbuk lada hitam, stok ayam dan kicap pekat. Tambahkan serbuk perasa. Siram di atas mi yang telah digulung.

Dah siap, hidangkan...(^__^)

 Kuya: uwannnn...tite nak gak...

Uwan: syuhh main jauh-jauh...

Kuya: ..sob..sob..sob..............

8.7.12

masak lemak ketam cili api.

Uwan: Hahahaha...maap la Kuya..uwan dah post kat fesbuk muka kelako Kuya ni...memang kena kutuk pon..hahaha...

Kuya: uwan jahat...sob..sob..sob..

Leo: hik hik hik..padan muka Uya...(dengan penuh eksennyer sebab orang tengah terbongkok-bongkok cari kutu dia...maklumlah tokeh kutu...ngee)
 

Leo: ngeh ngeh ngeh..(aku le bosss..)

Uwan: aku sekeh kepala tu kang!


Tak payah pedulik lagi budak bulu dua ekor tu..errr..ni aku nak cerita pasal masak lemak cili api..baru-baru ni aku ada beli 10 ekor ketam bunga, kononnya nak masak lemak cili api sendirilah sebab kalau beli kat kedai, mahal. Aku bukan boleh makan ketam sikit-sikit ni...hehehe...

Tapi aku tak pernah masak ketam, jadi resepi tu kawan office aku si Aina yang sedekahkan. Resepi dia lain sikit tapi memangggglah sedap. Tak sangka pertama kali try aku dan adik aku Aen berjaya membuatnya dengan sedap! (masuk lif tekan sendiri...ngeh ngeh ngeh..) 

*Sampai berterabur dapur gara-gara nak test masak lemak ni...maklum, aku ni 'terlampau' pandai masak...huhuhu...

So aku nak kongsi resepi Aina yang best ni sama-sama...

MASAK LEMAK CILI API

Bahan-bahan:

-ketam 10 ekor (untuk 5 orang makan)
-bawang merah 7 biji (dikisar)
-bawang putih 3 ulas (dikisar)
-cili api segenggam dikisar (nak lagi pedas tambah lagi biar keluar asap kat telinga!)
-serai 2 batang
-daun kunyit dua helai
-serbuk kunyit sikit
-dua paket santan (agaklah nak banyak mana kuahnya)
-asam keping
-garam/perasa (kalau pedas sangat bubuh gula sikit)

Cara-cara:

1. Tumis bawang merah, putih dan cili api yang dikisar dengan serbuk kunyit dalam sedikt minyak. (tumis lama sampai bawang masak tapi hati-hati jangan sampai hangit pulak..hehehe)

2. Bila dah naik bau, masukkan serai dan daun kunyit yang telah di siat-siat. Kemudian masukkan pula ketam yang telah di potong bersih. 

3. Agak-agak ketam tu dah sebati dengan ramuan, barulah dimasukkan santan dan garam secukup rasa.

4. Biarkan mendidih dan dah masak saja baru dicampakkan asam keping. Matikan api. Biarkan asam keping kembang sendiri dalam kuah panas tanpa api. Kalau tak, takut terlebih masam pulak. 

5. Dah rasa lapar, hidangkan dengan nasik putih dan jus oren yang sedapppp....(meleleh air liur...ni yang aku nak masak lagi ni..)

 

18.6.12

lempeng malas. nak cuba???


Hahaha. Serius. Hari Ahad baru-baru ini aku bosan tahap dewa gaban! Dahlah jerebu satu KL. 

Aku memang malas sikit nak masak pada hari cuti. (bukan sikit, tiap-tiap hari malas!) Sebabnya aku ni bujang trang tang tang...hehehe..boleh makan apa saja. Tak payah fikir perut orang lain. (Kemain kau Hud. Bujang anak dua tau! Anak bulu dua ekor tu nak campak mana? Hah.)

Lalu aku terfikir nak makan apa yek? maggie? alolo..benda tu aku tak berapa nak lalu. Waktu belajar dulu pun kalau poket kempis, aku rela 'cekik' biskut kering cecah air teh daripada mengadap maggie hari-hari.

Mmmm...kemudian kemalasan aku pun mulai mengetuk-ngetuk idea hotak aku nih.



Meh. Kita makan lempeng bodoh. Caranya bancuh tepung gandum dengan air sampai cair. Masukkan garam, tabur gula melaka sikit (kasi warna cun taklah pucat macam muka nampak hantu)...dan jangan dilupa pukul telur sebijik dalam tu..


Lap kuali dengan minyak atau mentega. Lepas tu masukkan bancuhan nipis-nipis. Api kecik tau. Tutup kuali. Dah masak angkat. Kuali jangan lupa basuh terus.

Dah siap gulunglah (lipat pun boleh) lempeng tu dengan apa-apa jem yang disukai. Aku guna kaya. Sebab itu aje yang ada dalam peti ais aku. kih kih kih..

DAH SIAP. 

Inilah resepi termudah, termalas dan tercepat kenyang sedunia...kosnya pun murah jer....(^-^)..

10.5.12

kuih bakar berwarnakan SIRAP!

Inilah kuih bakar aku yang kedua di buat...akhirnya dapat dimakan....yang pertama tak jadi sebab aku dah masukkan perasa pandan terus satu botol! hehehe..buat pengetahuan semua aku tak pernah buat kuih seumur hidup aku yang hampeh ini. Jadi kalau nak gelak..gelak le....

Warna dia jadi kecoklatan sebab aku masukkan sirap...mak aku kata boleh guna dalam dua titik ke tiga titik...ahh janji aku boleh makan kuih bakar buatan sendiri!
Leo, Kuya... jangan jelesss....(^__^)v

blog buku Hud aikara.

  • Pemandu Van Jenazah - Tajuk: Pemandu Van Jenazah Penerbit: Utusan Karya Tebal: 270 m/s Buku ini merupakan kompilasi kisah pengalaman pemandu-pemandu van jenazah yang diceritaka...
    12 tahun yang lalu
PitaPata - Personal picturePitaPata Cat tickers
PitaPata - Personal picturePitaPata Cat tickers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...