Memaparkan catatan dengan label Hanya Cerita Aku. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Hanya Cerita Aku. Papar semua catatan

27.2.14

Kucing juga dapat rasa orang yang disayanginya akan pergi...

Lama sangat aku mendiamkan diri dari berblog...bukan malas tapi aku memang tak ada masa. Kebetulan Broadband yang aku guna dah terlalu slow...jadi aku dah terminatekan. Kerja di pejabat makin hari makin banyak tapi itulah kehidupan kan? Kita mesti berkerja untuk kelansungan hidup.

Bulan Februari tahun 2014 ini merupakan satu bulan yang agak sedih dalam keluarga aku. Pakcik aku (bapa tiri) pergi mengadap ilahi selepas dua minggu sakit dibahagian usus. Pada mulanya dia kembung perut. Ingatkan sebab angin. Pakcik biasa diserang sakit angin di perut tapi biasanya lepas makan ubat akan sembuhlah. Mak aku bawa pakcik ke klinik swasta, kali ni doktor tu cakap ada sesuatu yang tak betul dalam sistem penghadaman pakcik. Dia rasa usus pakcik tersumbat.

Memang dia betul. Malam tu pakcik muntah teruk. Lalu pihak hospital Mersing terus kejarkan pakcik ke Hospital di Johor Bharu untuk pembedahan. Selepas pembedahan doktor hanya memberi harapan 50-50. Sebab pankreas (satu kelenjar yang terletak di belakang perut) pakcik sudah rosak. Usus pakcik tersumbat dengan teruk. Kemungkinan kuman telah merebak.

Dua minggu mak aku menjaganya di hospital. Ketika kami datang melawat, pakcik kelihatan sebak. Macam-macam dia berpesan apa yang belum dia sempat buat. Sampai adik lelaki aku tenangkan dia yang kami akan uruskan hal rumah. Dia menangis bila bertanya tentang Oyen kucing kesayangannya yang dah dua minggu tak dilihat. Sebak pulak aku masa tu. Selepas lawatan kami hari tu kami mendapat berita pakcik meninggal dunia pada pukul 2 pagi hari Jumaat.

Pengurusan jenazahnya sangat mudah dan cepat. Alhamdulillah. Kami sendiri tidak sangka akan jadi semudah itu. Mak aku kata ketika orang nak mandikan dia, perutnya bersih aje. Pemergiannya tidak menimbulkan banyak masalah dan ramai pula yang nak sponsor ketika majlis tahlil. Di sini aku belajar sesuatu yang penting. Jangan hakimi seseorang manusia dari luaran sebab kita tidak tahu bagaimana saat menempuh kematian.

Namun sebelum kejadian itu, kami sebenarnya sudah mendapat tanda-tanda. Salah satunya aku dan sepupu bermimpi gigi kami tertanggal. Kejadian ini juga berlaku ketika kematian bapa saudara aku satu ketika dulu.
Selain itu mak aku kerap menyebut hal kematian tanpa sebab. Mak aku tiba-tiba bertanya kami sama ada dah mendaftar khairat kematian atau tidak. Dia juga bila beli kain batik sebelum tu boleh pula bercakap tentang kelebaran kain supaya senang nak tutup jenazah.

Sebenarnya aku dah mula rasa tak sedap hati dengan semua tu. Aku cakap macam ada yang nak pergi..tapi aku tak tahu siapa. Sebab tak ada yang sakit tenat dalam keluarga kami. Akhir sekali Oyen kucing pakcik paling dapat rasa. Dia tiba-tiba nak tidur dengan pakcik tiap-tiap malam. Sampai mak aku naik hairan sebab Oyen suka tidur dengan mak sebenarnya. Jadi tiap-tipa malam dia tidur berpeluk dengan pakcik dan empat lima hari selepas itu pakcik masuk hospital. Wajah Oyen memang paling sedih.


Semoga pakcik tenang di sana dan dicucuri rahmat serta keredhaan-Nya. Amin.


25.11.13

Selamat Tinggal Sayang...T_T

Gambar: orang share di FB

Selamat tinggal Hero...abam Iyo...semoga keluarga Papa Hero tabah dan bersabar. Pasti mereka akan sunyi dengan gelagat dan senda gurau Hero..walaubagaimanapun hidup mesti diteruskan. Hero akan tetap menjadi legasi kepada pejuang pencinta haiwan. Tak surut air mata aku bila membaca artikel dan gambar yang di share oleh teman FB tentang pemergian Hero. 
Mungkin aku tak pernah jumpa Hero tapi semangat kucing ini untuk hidup ketika menderita kakinya dipotong amat mengkagumkan. Dan selepas lapan tahun bersama keluarga PH aku rasa Hero sangat bahagia.
Sebenarnya aku mula memerhatikan haiwan disekeliling aku sejak pertama kali menonton video Hero di Youtube. Kemudian mengikuti Blog Kakimotong dan akhirnya terus melekat di blog-blog pencinta haiwan yang lain.
Ketika itu tiba-tiba pandangan aku terhadap haiwan berubah sama sekali. Tiba-tiba saja aku mulai nampak kesedihan dan kesayuan di mata kucing-kucing jalanan yang mengemis di kedai-kedai makan. Padahal aku memang sudah biasa mempunyai kucing sejak dari kecik lagi. Cuma sebelum itu bagi aku mereka cuma haiwan peliharaan semata-mata. Tapi semuanya berubah bila aku 'kenal' Hero...

Tenanglah engkau di sana Hero. Walau ada yang mengeji dan mengutuk tapi lebih ramai yang sayangkan kamu. 
RIP sayang...

31.10.13

makan dan minum serentak..jimat masa! hahaha

Pernah makan kacang? Pernah minum softdrink oren tak? Mesti pernah kannnn..hehehe..meh sini aku nak bagi tau satu petua yang mesti diketahui di zaman kecanggihan teknologi masa kini...



Kalau suka makan kacang dan minum air oren, bolehlah cuba buat benda ni. Masukkan kacang yang telah dibuang kulitnya dalam botol berisi minuman bergas oren...hehehe..sesiapa yang ada masalah penghadaman sila jangan try..

Lepas kocak-kocak sikit bolehlah diminum..rasanya memang sedap. Benda ni mak aku dah buat masa dia kecik-kecik dulu. Tak pasal-pasal diturunkannya kat aku. Adik aku kata orang pemalas bolehlah joint sekali..hahaha...\ (o__O)/

15.5.13

Cerita bangsa yang belum selesai....



 5hb Mei  2013 tarikh keramat perjuangan demokrasi di Malaysia. Suka duka sepanjang kempen terjawab selepas keputusan diumumkan. Tetapi tidak juga dapat memenangi hati sebahagian rakyat yang marah dengan kekalahan parti yang disokong.

Walau apa pun rasa yang dirasa, aku berharap kita masih menghargai nilai-nilai keamanan yang masih kita miliki. Walau ada sesetengah pihak yang mula menghasut dan mengapi-apikan kita dengan semangat perkauman, aku berdoa kita masih boleh berfikir tentang baik buruk sesuatu perkara.

Jangan kerana berita-berita yang tersebar dihujung jari yang tidak bertanggungjawab, kita telan bulat-bulat tanpa menapis yang mana satu benar atau salah. Sepatutnya masalah yang sengaja disebarkan itu khasnya di laman sosial dituntut untuk dirungkaikan melalui muafakat dan resolusi-resolusi tertentu tetapi entah kenapa ia disebarkan dengan alasan 'kebenaran'. Betul kebenaran mesti diwar-warkan. Tetapi cara ia dilaksanakan aku tak rasa sesuai. Ia cuma mewujudkan perasaan marah dan kebencian. Tidak menyelesaikan sebarang masalah pun.

 (kemeriahan dikawasan aku pada 5hb Mei)

Namun demikian memang dapat dirasakan perubahan yang melanda masyarakat pada pilihanraya kali ini. Kalau dulu ramai yang buat tak peduli. Malah ada yang boleh cakap;

'aku tak suka politiklah..'

'ah malas aku nak peduli hal orang.'

'kalau aku mengundi, aku dapat apa?'

Kalau korang baca ayat-ayat di atas ni apa fikiran korang terhadap orang tu? Bagi aku, sungguh cetek alasannya. Seolah-olah dia orang luar. Politik bukan hobi. Bukan juga suka-suka orang nak join ke tidak. Walau kita tak gemar dunia politik, nak tak nak, kena ambil peduli juga. Okaylah tak minat tak apa. Tapi mengundilah. Sebab itu hak asasi kita. Hak yang amat sukar kita dapat ketika negara dijajah dulu. Suka hatilah nak pangkah siapa. Janji kita ikut tahap rasional bukan emosi kita. 

Leo: kalau tak nak ambik tau, jadi ucing macam Yo lah...cenang tau..hehehe

Uwan: betol, betol...

Semoga keamanan masih bersama kita....amin...

9.4.13

Tunjuk anu sendiri; gila SEKS atau memang dah gila?


Pernah atau tidak anda mengalami kejutan dari lelaki yang muncul dengan menunjukkan anunya? Mereka berfantasi.

Aku pernah nampak dan oh my god...jijik!

Dan kejadian ini bukanlah benda pelik sebab ketika di asrama dulu pun  banyak kes lelaki-lelaki begini mengganggu pelajar perempuan ketika kami keluar beriadah.

Tapi kenapa lelaki yang nampak normal berkelakuan sedemikian? Ke mana perginya maruah mereka? Sanggup menayangkan anu kepada orang ramai? Aku pun tak tahu masalah psikologi seks ni. Tapi satu cara yang penting, kalau nampak perlakuan begini di tempat awam, jangan panik. Jangan menjerit.

Mereka sangat suka mendengar jeritan wanita yang panik. Lagipun ditempat awam mereka tak berani buat lebih-lebih. Apa yang perlu dibuat, kita beritahu aje kawan sebelah, ada lelaki gatal kat situ. Cakap kuat-kuat biar dia takut sikit. Tak pun report polis je. Sebab kebanyakkan mereka bukan orang gila.

Apa yang aku tahu yang buat kerja begini umurnya rata-rata dalam empat puluhan. Tempat paling hot, bas stop dan kawasan tumpuan ramai. Paling bagus kalau ada ramai budak sekolah. Lepas tunjuk anu maka yang selalu terjadi perempuan yang terkejut akan menjerit, masa tulah mereka akan cabut dengan motorsikal. Tapi dari apa yang aku tahulah jeritan itu mendatangkan ransangan keseronokkan kepada mereka walaupun sekejap. Memang otak dah tahap tepu dengan seks aje. Benda lain dia dah tak dapat fikir!

Ketika aku ternampak lelaki yang main anunya tu, aku tengah tunggu bas. Kerana tempat duduk dah penuh aku berdiri agak jauh sikit tepi pokok. Kebetulan kawasan tu ada penghadang tinggi.

Ada seorang lelaki berbaju kuning dan bertopi mundar mandir di balik penghadang. Kalau dari segi kedudukan dia, hanya aku yang akan sedar apa yang dibuatnya. Malang bagi 'lelaki tak tahu malu' tu sebab aku mulanya terkejut juga bila nampak 'benda'nya tu tapi aku buat bodoh. Hah.

Aku sengaja berdiri, tak pandang dia lansung, buat-buat main telefon dan last sekali bas datang, aku pura-pura tak nampak apa pun. Orang macam ni akan gelisah sebab mangsa yang dia tuju tak bereaksi apa-apa. Sorry pakcik, saya gelilah!!!

(Bila manusia jadi hamba nafsu, akalnya akan di simpan di lutut, maka hilanglah segala rasa malu yang melindungi maruahnya sebelum ini. Kepada kawan-kawan perempuanku, ELAKKAN  berjalan berseorangan di tempat sunyi dan jangan keluar lewat malam seorang diri.)

19.2.13

Lempuk Durian..mmm sedap!

Pernah makan lempuk durian?  Selain dodol durian, lempuk durian memang kegemaran aku. Baru-baru ni mak datang dari kampung. Banyak benda dia bawa untuk anak-anak daranya di KL ni. Antara yang best benda nilah. Hehehehe...


 Biasalah bila benda susah nak dapat ni, makan pun sampai lupa dirilah. Sebenarnya di pasaraya ada banyak jual lempuk durian ni. Tapi manakan sama yang dibuat secara homemade.




Kat bawah ni saja-saja Kuya dan adik Chik nak tayang muka tengah tido...tido la sangatttt. Bila dengar pintu peti ais kena buka je, dah meluru ke dapur! Ceh!


15.1.13

Jombali bukan ke Bali..hehehe



Jombali salah satu restoran yang bagus juga lah nak melepak. Kalau nak isi perut waktu lunch tu sesuai sekali sebab menu-menunya berkonsep masakan Malaysia.

Cawangan yang aku lepak ni ialah di Carrefour Wangsa Maju.


Atas antara menu yang terdapat di sana. Boleh tahanlah. Tapi Jombali kat carrefour ni sentiasa penuh bila waktu lunch. Harga menu, biasa. Kira harga mampulah untuk dompet yang sederhana tebal. Hahaha. 


Jombali!

1.1.13

2013; kita masih di sini.

Malam tahun baru, dapat rezeki lebih. Kawan office beri seekor ikan siakap besar yang baru lepas dipancing. wah, memang segar betul!

Apa lagi aku pun buka netbook, terus google cara-cara nak stim ikan ala Thai. Dapatlah resepi best kat blog   http://damyakaudihatiku.blogspot.com


Oleh kerana ada bahan yang tak ada kat dapur, maklumlah tak rancang pun nak masak ni, aku terus guna apa yang ada. Nasib baik menjadi! Seronok sungguh makan ikan segar.


 Bila dah masak, apa lagi... makan teruslah! Seekor ikan siakap besar makan bertiga memang puas.


Kechik: Chik nak gak...tapi wan suh tido...


.
.
.
.
.
.
.
v 
Tapi pagi ni pada hari tahun baru....bersarapan dengan keledek unggu..makan nasi dengan sardin..huhuhu...(padan muka!) hehehehe...


Buat kawan-kawan blogger, aku ucapkan SELAMAT TAHUN BARU. Semoga negara kita dan dunia ini lebih aman dan semoga hidup kita diberkati Allah. Tahun 2013 kita masih bernafas dan hidup di bumi ini. Kiamat itu rahsia Allah dan tak ada manusia yang mampu meramalkan kedatangan hari pembalasan.

berjimba-jimba di Mango Chili..

Sabtu yang lepas aku berkeliaran dengan adik ke Wangsa Walk. Tujuan utama nak tengok wayang Hobbit. Lepas beli tiket aku bawa adik ke tempat makan favorite. Mango Chili.


Tempat ni letaknya dalam bangunan kompleks beli belah Wangsa Walk di Wangsa Maju (Kuala Lumpur)

Apa yang menjadi tarikan, ialah masakkan ala Thainya yang sedap bersama harga yang berpatutan.

Dengan buget yang bawah RM20.00, kita dah boleh makan set hidangan yang best.





Boleh dikatakan kalau ke Wangsa Walk memang nilah tempat makan aku. 


Benda yang selalu kawan aku pesan ialah Mango dengan pulut. Aku suka makan set nasi dengan sup tomyam atau nasi goreng pataya yang enak.



Kalau nak tukar selera bolehlah cuba ke sini,
 sambil jalan-jalan shopping boleh makan-makan...hehehehe...

28.12.12

steamboat Johnny's...

Hah! Ni kan hari Jumaat. Hari Jumaat selalunya kaum Hawa yang kerja office pasti suka berjimba-jimba di waktu rehat yang panjang. Kaum Adam jangan buat muka tak malu ye tak pi solat Jumaat. Hehehe....Ni aku nak kenalkan satu lagi tempat makan yang boleh di cuba selain harganya yang sederhana..kira sesuwaiiilah dengan poket yang sederhana kembung.

Restoran ni namanya Johnny's. Masakan ala Thai. Boleh pergi ke web dia di www.johnnyrestaurant.com

Apa yang best? Dah tentu steamboat dia. Sup dia memang delicious! Steamboat dia segar walaupun bukan dalam bentuk rupa asal kecuali udang. Yang lain tu dah siap-siap dihidang bersih, kita cuma masukkan dalam periuk aje. Contohnya kalau bebola ikan tu sebijiklah rasa ikan betul, takdenya diuli dengan bahan lain...

Masa kita buka menu memang banyak pilihan, tapi perhatikan harganya. Janganlah terambil bahan macam abalone..takut nanti lepas makan kena 'basuh pinggan' kecuali korang memang nak makan dan bawa duit lebih..hehehe..Kalau tak nak pening ambil aje set. Murah dan puas hati. Syok makan beramai-ramai. Kalau makan sorang terasa macam kera sumbang pulak.


Kisahnya dulu aku selalu masuk makan sini tiap-tiap minggu. Maklumlah rumah dekat sangat dengan Aeon Wangsa maju (dulu Jusco). Aku bukan makan steamboat, tapi pesan makanan a'la carte. Aku suka sangat Mixsuki dengan sambalnya yang masam manis. Udangnya pun besar. Sohoonnya sedap dan sup dia  kena dengan lidah aku. Yalah kalau tak nak makan steamboat boleh le ambil a'la carte. Harga makanan a'la carte memang murah dalam lingkungan RM 7.00 ke atas.

So sesiapa yang nak tukar selera bolehlah ke sini...

(Kau Hud, buat promosi macamlah dapat komisen..hehehehe..takdelah benda sedap, aku suka kongsi ramai-ramai...)

27.12.12

Durian Crepe ni sedap ke?

Durian Crepeeee...sana-sini orang cerita pasal benda ni.. sedap ke? bergantung pada lidah masing-masinglah. Bagi aku, aku memang suka. Walaupun aku tak berapa suka makan durian, tapi produk yang berasaskan durian memang favorite. Nasib baik aku ada kawan yang sepupunya ada buka untuk tempahan. Jadi aku order je, senang. Lagipun durian yang dia letak tak banyak sangat dan dimasak dengan bahan lain terlebih dahulu. Kena dengan lidah aku ni...

Kalau buka internet berlambak-lambak resepi yang berbeza-beza. Tapi asasnya tetap sama. Mesti ada durian. Tak kiralah durian tu mentah atau dimasak dulu. Dua-dua pun sodappp..hehehe..tapi dalam crepe ni bukan durian je boleh jadi inti. Macam-macam boleh letak. Jem pun boleh. 



Nyum..nyum...sepeket ni RM 5.00 jer..besar-besar pulak tu..Memang puas hati lah..hehehe
(bab makan kau memang sedap aje Hud!)
.
.
.
.
.
v

Uwan: nape sedih ni Kechik?

Kechik: Kak Yo nanak kawan ngan Chik..

Uwan: Chik nakal tak?

Kechik: ukann..Kak Yo cakap Chik kentut bau doyan...bila Chik makan doyan?

Uwan: oopsss....
(slow-slow blah...hehehe)


24.12.12

sesekali merayap ke Bukit Bintang

Hari tu jalan-jalan kat Pavillion. Bukan buat apa saja lepaskan bosan. Kebetulan hujan. Jadi lama jugalah aku terperangkap dalam ni. Ketika ini Pavillion sibuk dengan krismas dan memang banyaklah hiasan bertema kan hari Natal.

Aku ni kalau pergi sini cuma singgah makan atau beli buku. Itu je yang I mampu beli kat tempat macam ni...hehehehe...lepas tu baru bertenet ke Time Square (TS). Hah, kat situ baru kena dengan dompet aku...huhuhu..Bercerita pasal dua tempat ini dari info wikipedia yang aku perolehi, Pavillion dibuka pada Oktober 2007 dan TS dibuka pada Oktober 2003. Dua-dua bertenggek di Kawasan Bukit Bintang.

Dua-dua tempat ni merupakan pusat beli-belah moden yang besar. Tapi TS lagiiii besarrr..siap ada taman tema dalaman terbesar. Aku suka tengok orang main roller coaster tapi aku takut nak naik. Seram dowhh! Seronok shopping kat TS sebab barang dia murah-murah. Cuma tang baju tu sedih sikitlah...banyak yang aku berkenan tapi tak MUAT pulak!!! (salah diri sendiri nih).

Permandangan di kawasan tengah Pavillion...bertemakan krismas.


.
.
.
.
.
.
.
V
Kuya: adoiii bocannyerrrr dengar....


Uwan: jeling kemain...

17.12.12

Flaming...ooohhh makan sampai kenyang...


Hehehe dalam dua bulan ni rezeki murah. Ada aje yang ajak makan. Tapi tempat paling top pergi dalam dua bulan ni ialah kat Flaming. Ada apa kat sana? Ooooo  siapa yang ada gout tak payah baca entry ni..hihihihi..bukan apa kalau sampai kat sini gerenti tak dapat tahan punya.

(Gout atau dalam bahasa latinnya gutta yang bermakna 'setitis'. Pesakit gout akan mengalami peningkatan paras asid urik yang tinggi jadi jangan makan makanan yang tinggi purina macam daging, ikan, kacang, cendawan, bayam dll - info wikipedia).

Di Flaming Steamboat buffet ni macam-macam makanan laut kita boleh makan sampai kenyang dengan harga yang murah. Satu kepala RM 28.00! Makanlah sampai pecah perut. Masa diberi 2 jam. (macam masuk pertandingan makan pulak). Flaming ni ada beberapa cawangan, yang paling dekat dengan rumah aku ialah Flaming di Danau Kota. Alaaa sebelah Festival City tu...(orang yang tinggal dekat area Wangsa Maju mesti tau nih). Kalau nak tahu lebih lanjut boleh pergi ke laman web http://www.flamingsteamboat.com/

Ni le benda-benda yang kami telan sampai pat lima kali. Sampai tak sedar diri. Lebih-lebih lagi aku ni memang suka sangat dengan seafooddddd....oooo heaven!

Kat KL ni banyak tempat menawarkan steamboat macam ni tapi buat masa ni aku lebih selesa kat sini sebab dekat dengan rumah dan bahan-bahan yang digunakan boleh tahan segar. Sup dia kita kena pandai masukkan bahan sendiri sampai mencapai rasa yang dikehendaki. 

Sebenarnya bukan makanan laut aje yang ada, nasi pun ada. Ayam, dim sum, pau, buah-buahan, ais krim, mee dan macam-macam lagi lah. Paling bagus kalau dapat meja yang dekat dengan tempat buffet. Ngeh ngeh ngeh...dengan tak malunya aku bangun berkali-kali melilau mencari apa yang nak di 'cekik'. Paling banyak ambil ketamlah...


Apa pun tempat ni sesuailah untuk seisi keluarga ataupun untuk datang berjimba-jimba dengan kawan-kawan. Seronok lepak-lepak sambil makan-makan. Kalau pergi hujung minggu pastikan anda booking sebab susah nak dapat meja. kalau ada pun nunnnn terceruk jauh. Hari kerja bila-bila masa boleh datang menonong. Tapi tempat ni start buka jam 5 petang. Jangan pulak pukul 10 pagi ada yang dah tercegat depan situ..hahahaha....

*gambar; dari handset adik aku...

15.12.12

durian oh durian

Duriannnn..mana-mana tempat sekarang ada durian...macam-macam jenis pulak tu..Musang King lah, Kucing Duduk lah, D24 lah...Durian merupakan Raja Buah yang tergolong dalam kelompok Durio. Mempunyai warna yang sedikit berbeza-beza mengikut jenis dan mempunyai bau yang amat kuat. Bila pandang durian teringat kat emak yang suka sangat makan durian. Dulu pakcik aku pernah bawa satu guni durian kampung dan emak makan berulang-ulang sampai berpeluh peluh. Hehehehe...yang anehnya aku tak suka durian!

Walaupun tak suka durian tapi aku makan semua makanan yang dihasilkan dari durian. Ais krim durian, tempoyak, kek durian.....adik lelaki aku lagi teruk. Sejak bayi lagi tak boleh makan. Kalau makan je muntah terus. Tapi family aku yang lain , memang berhantu! Nampak durian macam nampak duit sejuta berlonggok. Muka berseri-seri...hahahaha...


Sebenarnya nafsu durian aku terbantut sejak umur sembilan tahun. Kisahnya dulu kami ramai-ramai masuk kebun durian yang berbukit. Masa tu kat kampung. Semangat setiap orang berkobar-kobar nak makan banyaklah kononnya. Penat daki bukit sampailah kat pondok durian. Aku nampak longgokkan durian dah sama tinggi dengan aku. Entah kenapa tiba-tiba aje terus aku tak ada selera. Aku tak makan lansung sampailah bapak sepupu aku suruh rasa sikit. Agaknya bau durian yang terlalu banyak tu dah membantutkan nafsu durian aku kot.

Bagi orang yang makan durian dengan banyak, biasanya akan mengalami kepanasan dan penawarnya minumlah air dari pangsa kulit durian. Orang yang berpenyakit tekanan darah tinggi dinasihatkan tidak memakan buah ini. Kalau durian sudah dibuka pula, eloklah dimakan segera sebab kalau dibiar sampai buah yang terdedah itu 'berpeluh' rasanya sudah tidak sedap. Mungkin sesuai dibuat tempoyak saja kecuali yang suka makan durian sejuk dari peti ais.

Menurut wikipedia terdapat durian kacuk yang tanpa duri dipanggil 'durian botak' (Klon D172) dan berasal dari Muar, Johor ( ada yang kata dari Nusa Tenggara Barat, tapi aku tak pasti sama ada mereka dari spesis yang sama walaupun nama sama sebab D172 adalah klon yang didaftarkan oleh jabatan Pertanian Malaysia pada 1989. Jadi kemungkinan nama saja yang serupa).

Aku tak pernah tengok durian jenis ini. Sedap ke? Tapi dalam bidang 'pendurianan' (perkataan reka sendiri nih) Thailand lah paling terkenal kerana banyak mengacuk dan mengklon durian-durian sampai tercipta durian yang tak berbau (Chantaburi No 1 - hah, macam nama minyak wangi pulak..hehehe).

Kalau kat hotel tempat aku training dulu, durian memang tak boleh dibawa masuk. Tapi tulisan dipapan tandanya tentang durian memang aku teringat-ingat sampai sekarang;

'SMELLS LIKE HELL, TASTES LIKE HEAVEN'


Kechik: ye ke uwan? cedap ke duyian tu? Chik nak jugak?

Uwan: tak payahlah...makan je piskis tu...

Info: wikipedia.

9.12.12

Cik Toshi Green, welcome to my life!

OOOO...wahhhh....dah lama tak berbloggggg...sebenarnya bukan malas tapi PC aku si ROKIAH @ Bam Bam meletup!!! Masa tu aku baru guna dalam 2 jam...tiba-tiba dia meletup kat belakang CPU dan ada macam spark berapi. Lansung aku tak berani buka lagi sebab dia dah arwah terus...

Apa yang aku terkilankan ialah AKU BARU UPGRADE HARD DISKnya....selepas bermuram durja lansung aku beli yang baru..tapi bukan PC dah, beli Netbook je...besar pon cenonet..monitor sejengkal..tapi dia punya sound..hehehe guna HARMAN/KARDON. Jadi tak perlu tambahan speaker luar. Bunyinya cukup kuat dan mantap! Ngeh ngeh ngeh...


 Aku suka warna dia..hijau apple...so nama dia Miss Toshi Green..



11.11.12

Siapa pernah makan benda ni?


Sebenarnya aku lansung tak tau nama apa benda ni. Ia sejenis makanan ringan, bukan kuih atau kek. Rasanya sedap. Tak manis sangat dan boleh dicerai-cerai. Ada macam gandum ditabur dibahagian atas. Kawan aku kat office cakap namanya 'samaa' makanan ringan yang berasal dari Thailand. Kawan-kawan kat facebook pun ada yang cakap macam tu. Tapi yang pasti ia cuma ada di Pantai Timur sahaja.

Aku sukalah benda ni! SEDAP!

.
.
.
.
.
.
.

 Yang ni pulak cuma terdapat kat rumah aku aje...hahaha...lubang hidung si LEO emok!


sELamaT Hari LaHiR Hud...


Lama tak update sebab sejak akhir-akhir ni sangat sibuk di office. Balik aje rumah dah penat nak buka PC. Sampai kadang-kadang terpaksa bawa kerja balik rumah...
Tapi 31 Oktober baru-baru ini hari jadi aku yang dah bangka. Hahahaha....
Aku sangat berterima kasih pada boss dan kawan-kawan office yang meraikannya...terharu beb...
Apa pun makin berusia kita makin banyak benda yang kita perlu fikir dan laksanakan. Kadang-kadang bila apa yang dirancangankan tak menjadi, memang kecewa. Namun hidup perlu diteruskan. Semoga tahun yang mendatang membawa tuah yang lebih baik. 
Apa yang aku hajatkan ialah;
 negara kita aman damai selalu...amin..


19.10.12

tak nak! tak nak!

Hihihi..sebenarnya Leo selalu kena ganggu bila dia tengah tidur atau lepak. Huuuuu tak tahan dengan 'kedebabannya' dan 'kecomelannya' yang maksimum! Jadi bila kami siap-siap nak dekat dengan dia, Leo akan buat aksi macam nilah!

Leo: meciiiiiiii !!!!.....


Nasiblah ko Leo..siapa suruh cute sangat...ngeh ngeh ngeh...

Ni mango with sticky rice....bahasa Melayunya pulut mangga. Aku pernah makan sekali masa belajar di Kedah dulu. Sekali tu aku bawaklah member aku makan kat Mango Chilis di Wangsa Walk, dia order benda ni.

Punyalah dia berkenan sebab dia selalu makan masa kat kampungnya di Kelantan dulu. Aku tengok jer sebab aku tak berapa suka santan banyak. Kat Kedah dulu aku makan pulut dengan manganya saja. Sesiapa yang suka boleh le pergi ke restoran ni...harganya tak sampai sepuluh ringgit pun. (^___^)v

blog buku Hud aikara.

  • Pemandu Van Jenazah - Tajuk: Pemandu Van Jenazah Penerbit: Utusan Karya Tebal: 270 m/s Buku ini merupakan kompilasi kisah pengalaman pemandu-pemandu van jenazah yang diceritaka...
    12 tahun yang lalu
PitaPata - Personal picturePitaPata Cat tickers
PitaPata - Personal picturePitaPata Cat tickers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...