Memaparkan catatan dengan label Berita dari Akhbar. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Berita dari Akhbar. Papar semua catatan

11.1.12

Drama NYPD Blue Vs. CSI kat rumah aku.

Inilah dia kes yang berlaku dekat rumah aku. Bila aku balik dari kerja orang dah ramai berkerumun dekat jalan sebelah flat. Mula ingatkan kes kemalangan tapi kemudian aku terlihat lubang kesan tembakan di cermin kereta dan sekumpulan forensik. Rupanya kejadian tu dah berlansung sejak pukul 2 petang ke atas.

Dua penjenayah terbunuh
Oleh WAN NOOR HAYATI WAN ALIAS
sumber utusan Malaysia
KUALA LUMPUR 10 Jan. – Dua penjenayah yang cedera selepas berbalas tembak dengan polis, ditemui mati apabila kenderaan mereka bertembung dengan sebuah kereta lain di Persiaran Pertahanan, Taman Melati di sini hari ini.

Kereta Proton Putra dinaiki penjenayah itu ditemui pukul 4 petang, lebih sejam selepas mereka melarikan diri dalam kejadian berbalas tembak dengan polis, berhampiran pasar raya Carrefour Wangsa Maju pada pukul 2.50 petang.

Sepasukan anggota peronda polis sebelum itu terserempak dengan kenderaan dinaiki suspek dalam keadaan mencurigakan di Wangsa Maju sebelum menghampiri dan mengarahkan kenderaan itu berhenti.

Bagaimanapun, pemandu kereta itu memecut kenderaannya ke arah pasar raya berkenaan.

Sebaik sahaja tiba di cawangan Maybank Wangsa Maju, suspek melepaskan beberapa das tembakan ke arah kereta peronda polis yang mengejar mereka dan memaksa polis membalas tembakan tersebut namun mereka berjaya meloloskan diri.

Bagaimanapun menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah, kenderaan penjenayah itu terlibat dalam kemalangan dengan sebuah Toyota Vios dipandu seorang wanita hamil berdekatan stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Taman Melati.

Menurut Chin Wah, mayat seorang lelaki ditemui di tempat duduk pemandu manakala rakannya pula ditemui mati di tempat duduk belakang dengan kesan tembakan.

“Pemeriksaan ke atas sekeping kad pengenalan yang ditemui dalam kereta itu, pemiliknya yang berusia 45 tahun memiliki 12 rekod jenayah berkaitan kes samun kereta mewah dan merompak bank.

“Pemilik identiti tersebut turut dikehendaki berhubung lima kes jenayah di ibu negara dan Kelantan. Polis turut menemui sebilah pisau kecil dalam kenderaan dinaiki suspek,” katanya kepada pemberita di tempat kejadian.

Beliau memberitahu, berdasarkan maklumat saksi, terdapat seorang lagi lelaki di dalam kereta tersebut sempat melarikan diri selepas kemalangan bersama senjata api yang digunakan dalam kejadian berbalas tembak dengan polis.

“Wanita hamil itu tidak cedera dan membuat laporan polis di balai berhampiran. Kita sedang menjalankan siasatan termasuk mengesan rakan suspek yang melarikan diri,” kata beliau.

Mayat kedua-dua lelaki itu dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat.

Sementara itu, seorang saksi yang juga wartawan akhbar Utusan Malaysia, Muhammad Dayne Azmin berkata, dia ternampak sebuah kereta dikejar kenderaan polis sebelum terdengar beberapa das tembakan.

“Ketika itu, saya sedang memandu kereta untuk membuat pusingan U. Tiba-tiba, saya nampak kereta polis mengejar sebuah kereta Putra putih 50 meter di hadapan kereta saya dan berlaku insiden berbalas tembakan,” katanya yang bersyukur kerana terselamat dalam kejadian itu.



Kuya: perompak????...ala...tak takott ponnn

Uwan: cakap besar si kurus ni, dengar bunyi lori pon dah takut!

Leo: hik hik hik!

30.12.11

Lamaran romantik cara Timothy Tiah.

KUALA LUMPUR, Malaysia - Satu klip video yang menunjukkan seorang rakyat Malaysia, Timothy Tiah melamar teman wanitanya telah memenangi hati ramai selebriti Amerika Syarikat (AS) termasuk hos rancangan pertandingan nyanyian American Idol, Ryan Seacrest dan penyanyi Christina Perri.


Seacrest memuji klip video berkenaan sebagai menyentuh perasaan manakala Perri, 27, yang popular dengan lagu Jar of Hearts mengaku ia membuatkan dia menangis.

"Saya menangis dan tersenyum pada masa yang sama!" kata Perri dalam komen di akaun Twitter miliknya.

Perri menyatakan bahawa dia menganggap lagunya, A Thousand Years yang digunakan dalam klip video berkenaan sebagai satu penghormatan buat dirinya.

Pujian dua selebriti itu membantu klip video berkenaan ditonton hampir empat juta kali dalam tempoh seminggu klip video itu dimuatkan di laman sosial termasuk YouTube sekali gus menjadikan Tiah dan kini tunangnya, Audrey Ooi, 26, sebagai contoh kepada pasangan kekasih di seluruh dunia.

Memiliki kerjaya sebagai usahawan Internet, Tiah yang berusia 27 tahun berkata, dia sebelum ini tidak berminat untuk berkahwin selepas banyak mendengar kisah keruntuhan rumah tangga rakan-rakannya.

"Namun, saya menyedari tiada gadis lain yang menawan hati saya seperti yang dilakukan Ooi. Tidak ada gadis lain yang saya pernah terfikir dalam pertimbangan untuk dikahwini," kata Tiah kelmarin.

Klip video berkenaan memainkan lagu balad popular Perri, A Thousand Years dan dirakam oleh sebuah syarikat pengurusan perkahwinan.

Video itu menunjukkan Tiah membuat kejutan semasa Ooi makan malam bersama dengan rakan-rakan di sebuah restoran Itali di Kuala Lumpur pada 30 November lalu.

Ia menunjukkan Tiah dengan gementar berjalan memasuki pintu berkaca restoran itu dam melambaikan tangan untuk mendapatkan perhatian Ooi di restoran.

Ooi kelihatan bingung semasa Tiah yang tersenyum memegang beberapa poster yang mengandungi mesej dan kini menjadi popular di online.

Salah satu poster itu menyatakan: "Jika anda sukakannya, kenapa anda tidak menyarungkan sebentuk cincin."

Sebelum poster itu ditunjukkan, Tiah menunjukkan Ooi sekeping gambar watak animasi Puss in Boots dengan mata seperti merayu dengan ayat: "Sudikah anda berkahwin dengan saya."

Klip video lima minit itu berakhir dengan Tiah melutut dan menawarkan Ooi sebentuk cincin dan bunga.

Ooi sebak dan menawarkan lamaran itu.

Mereka berkenalan selama tiga tahun selepas bertemu pada majlis ulang tahun kelahiran Ooi.

Pemilik-pemilik laman blog mula menyiarkan klip video berkenaan selepas Seacrest menghebahkannya di Facebook dan Twitter pada 23 Disember lalu. - Agensi
sumber Kosmo


Kuya: romantiknyerrr...uwan agak-agak abang Madan berani tak buat camtu?

Uwan: jangan nak perasanlah!

Kuya: nyampah!

27.12.11

Tikus hidangan istimewa.

 Kampung tikus di Vietnam

HANOI, Vietnam - Daging tikus menjadi makanan istimewa buat penduduk Kampung Canh Nau yang terletak 40 kilometer dari sini.
Tikus dijual pada harga 80,000 dong (RM12.01) bagi setiap satu kilogram (kg) untuk dijadikan makanan.
Menurut media tempatan, kampung itu dikenali sebagai Kampung Tikus kerana secara puratanya, seratus kg tikus dijual pada setiap hari.
Tikus dimakan oleh penduduk kampung tersebut sebelum ini kerana kemiskinan.
Namun, daging haiwan itu menjadi makanan istimewa pada setiap penghujung bulan.
Tikus ditangkap dengan menggunakan perangkap, jaring dan baldi. - Agensi
SUMBER KOSMO


Kuya: tak cedap pon tikus tu....

Uwan: memandai je kamu...kamu dah rasa ke...? uwan tengok kamu pon geli nak makan...main lambung-lambung jer...

Kuya: ...wekkkk!

11.12.11

binaan pelik yang unik

Kejutan binaan terbalik

(sumber Kosmo)



 

MENURUT falsafah perancangan bandar, fungsi bangunan tidak hanya sebagai tempat tinggal mahupun tempat kerja, tetapi ciri uniknya membolehkan sesebuah bangunan menjadi mercu tanda.

Wonderworks di Orlando, Florida, Amerika Syarikat (AS) misalnya dibina secara terbalik. Bangunan muzium tiga tingkat itu mempunyai ketinggian 25 meter. Sebelah bangunan itu senget manakala tiang yang menopangnya dibiarkan retak dan patah. Sesuai dengan keadaannya, di dalam muzium itu terdapat permainan yang mendebarkan bahkan mengejutkan termasuk ribut selaju 104 kilometer sejam dan gempa bumi berukuran 5.2 pada skala Ritcher selain pameran kapal tenggelam Titanic.

Antara bangunan lain yang menampilkan reka bentuk pelik ialah Rumah UFO di Sanjhih, Taiwan, Perpustakaan Awam Kansas City, Missouri, AS, Bangunan Tarian, Prague, Republik Czech dan Rumah Kiub di Rotterdam, Belanda.

Bangunan ibu pejabat syarikat pembuatan barangan kraf tangan AS, The Longaberger Company pula menterjemahkan identitinya menerusi bangunannya. Direka menjadi seakan sebuah bakul besar, bangunan tersebut mengingatkan masyarakat sekitar terhadap perusahaan kraf tangan yang diasaskan oleh Dave Longaberger. Biarpun dianggap sebagai sebuah rekaan pelik, bangunan tersebut turut mempunyai kegunaan apabila bahagian tangkai bakul yang mempunyai berat kira-kira 150,000 kilogram boleh dipanaskan ketika cuaca sejuk.  Bangunan tersebut terletak di Ohio, AS. Ia siap pada tahun 1999 iaitu selepas kematian Longaberger.

"Begitu sukar untuk memikirkan sesuatu yang lebih baik selain papan tanda untuk memberitahu sesuatu ataupun menarik perhatian orang ramai," kata Timbalan Pengarah Muzeum Sejarah dan Industri AS yang menjelaskan mengapa sesebuah struktur direka dengan pelik.

Bukan sahaja diilhamkan untuk menonjolkan kreativiti perekanya dalam menghasilkan sesebuah bangunan dengan nilai artistik, pembinaan sesetengah bangunan turut memberi kesan terhadap penggunaan ruang.
Rumah Kiub di Belanda pada pandangan mata kasar seolah-olah buah dadu berwarna kuning yang tersusun elok. Rumah tersebut merupakan satu inovasi perumahan yang diilhamkan oleh arkitek Piet Blom dengan konsep tinggal di bumbung bandar bagi menjimatkan penggunaan ruang tanah. Rekaan Blom itu mewakili sebuah perkampungan di dalam bandar Rotterdam dengan setiap rumah seakan sebatang pokok. Apabila disusun bersama ia menjadi seperti sebuah hutan.

Dalam bidang seni bina, reka bentuk bangunan pelik ini dikenali sebagai akrkitektur novelti iaitu bangunan dan struktur yang diberi sentuhan bentuk luar biasa.

Ia sama ada untuk tujuan pengiklanan, mercu tanda atau sekadar menonjolkan sisi eksentrik pemilik bangunan.
"Perkembangan dalam perisian komputer telah memberi peluang kepada arkitek untuk tampil dengan variasi bentuk tiga dimensi.
"Ia memudahkan mereka berimaginasi dan menghasilkan sesuatu yang kelihatan menarik," kata penulis pembentukan bandar, James Graham Ballard.

Namun, bukan semua rekaan bangunan unik itu berjaya. Buktinya, sebuah resort di Sanzhi UFO City, Taipei, Taiwan mengangkat konsep kapal angkasa makhluk asing sebagai asas rekaan bangunannya gagal disiapkan kerana pemajunya kerugian selain berlaku beberapa kemalangan di sekitar kawasan pembinaan bangunan itu.





Leo: ooo...macam tu....
Uwan: Apa yang macam tu?
Leo: takde apa-apa..
Uwan: erk?...

22.11.11

bOLa..bOLa! Naik juling mata Leo dan Kuya dng jeritan jiran-jiran! hahaha..

Malaysia rakam rekod bersih tanpa kalah di Jakarta
SUMBER: BERITA HARIAN ONLINE


SKUAD bola sepak gah memenangi 'ibu segala pingat', malam tadi apabila kesebelasan Harimau Muda tampil garang mempertahankan mahkota kejuaraan buat kali kedua berturut-turut menewaskan tuan rumah, Indonesia 4-3 menerusi penentuan penalti selepas terikat 1-1 sehingga masa tambahan. Sorakan dan ejekan lebih 100,000 penyokong Garuda Muda jelas gagal menyekat impian besar Ong Kim Swee dan anak didiknya yang hadir berbekal mental kuat mengatasi sorak gempita di Stadium Gelora Bung Karno untuk memaksa lawan menggigit jari terlepas pingat emas paling bernilai di Sukan SEA di laman sendiri.

Keletihan kami sepanjang saingan bukan kerana lawan kuat tapi perjalanan ke stadium temu Indonesia peringkat kumpulan dan final... keletihan ini berbaloi. - Ong Kim Swee, Ketua Jurulatih Harimau Muda.

Kebetulan, kali terakhir Malaysia berjaya mempertahankan gelaran bola sepak secara berturut-turut adalah di Jakarta pada 1979 ketika menewaskan Indonesia 1-0 hasil jaringan Allahyarham Datuk Mokhtar Dahari.


Kemenangan itu membantu kontinjen negara mengutip keseluruhan 59 emas malam tadi selepas skuad berbasikal trek menyumbang empat dan satu daripada renang berirama.


                                Leo: apalah bicing-bicing tu....Kuya ko pergi tengok...

Leo: agaknya ada kenduri kat luar tu kot...
Kuya: kenduri apa..BOLA lah...

:
:
:
:
:
:

GOLLLLLL! GOLLLLL!!!

:
:
Leo: opocot! mak kau meletup! (melatahlah pulak..)

Muka bengang tak dapat tidur...hahahaha...

p/s: malam tadi sebenarnya aku tak tengok pun perlawanan yang di nanti ramai tu. Bukan apa, aku takut sakit jantung. Hehehehe...lagi pun segala keputusan perlawanan aku tahu dengan jerit pekik jiran-jiran aku. Meriah dowhhh..lepas tu ada yang siap main mercun???!

 Apa pun tahniah pasukkan Malaysia. Kalaulah semangat ini yang anda semua sentiasa bawa di setiap perlawanan kan bagus!

(dah lama berangan Malaysia dapat ke piala dunia..tapi bilalah yek?)

21.10.11

anjing diberi bantuan pernafasan.

Hembus nafas ke dalam mulut anjing

WAUSAU, Amerika Syarikat - Dua anggota bomba di sini memberikan bantuan pernafasan dari mulut ke hidung seekor anjing yang berusia tujuh tahun pada Selasa lalu.
Anggota bomba itu, Jared Thompson dan Jamie Giese memberikan bantuan pernafasan itu selepas haiwan tersedut asap dalam kebakaran yang berlaku di rumah tuannya.
Haiwan itu dikatakan tidak bernafas semasa ia dibawa keluar oleh kedua-dua ahli bomba tersebut.
Anjing itu kemudian diberikan bantuan pernafasan melalui oksigen sebelum ia dihantar ke dua buah hospital haiwan untuk mendapatkan rawatan.
Tindakan kedua-dua anggota bomba tersebut menyebabkan anjing itu masih hidup.
Ketika kejadian, haiwan itu terperangkap di dalam rumah tuannya.
Tuannya tidak berada di rumah kerana mereka keluar ke bandar semasa kebakaran berlaku. - Agensi
-kosmo


Leo: uwan kalau yo yang kena camtu...uwan buat tak?
uwan: eee..tak kuasa aku nak cium mulut busuk ko tu..
Leo: uwan kejam..

(hik hik hik...apapun uwan akan buat untuk kamu Yo..kamu je yang tak tau betapa sayannnggggnya uwan kat korang..)

14.10.11

Raja Naga kahwini orang biasa

PUNAKHA, Bhutan - Pemerintah Bhutan, Raja Jigme Khesar Namgyal Wangchuck berkahwin dengan pengantin perempuan daripada golongan rakyat biasa dalam istiadat purba mengikut agama Buddha yang diadakan di sebuah kuil bersejarah di Bhutan.
Memakai gelaran Raja Naga Kelima, Raja Jigme Wangchuck turun dari takhta emas di hadapan patung Buddha besar semalam, sebelum meletakkan mahkota di atas kepala pengantin perempuan, Jetsun Pema.
Kemudian, Raja Jigme, 31, kembali ke takhtanya. Sementara Pema duduk di sisinya sebagai permaisuri baharu Bhutan.
Pema yang baru berusia 21 tahun dan masih belajar merupakan anak perempuan seorang juruterbang komersial.
Upacara perkahwinan diraja itu disiarkan secara langsung di Bhutan, sebuah negara yang memiliki cuma 700,000 penduduk.
Beribu-ribu orang yang memakai pakaian tradisi negara di Banjaran Himalaya itu berkumpul di luar kuil berkenaan untuk memeriahkan lagi istiadat perkahwinan diraja tersebut. - AP


sumber kosmo

11.10.11

Mak nyah bakal jadi wakil rakyat



WARSAW - Calon parti Gerakan Palikot, Anna Grodzka semakin hampir untuk dipilih sebagai wakil rakyat pertama daripada kalangan mak nyah selepas partinya memperoleh tempat ketiga dalam keputusan keseluruhan pilihan raya Parlimen Poland kelmarin.


Dilahirkan sebagai lelaki, Grodzka yang kini berusia 57 tahun selesai menjalani pembedahan penukaran jantina pada tahun lalu dengan bantuan sebuah pertubuhan bukan kerajaan, Trans-Fuzja yang memberi tumpuan kepada perubahan gender.



Mengulas mengenai perkembangan tersebut, Grodzka berkata, dia teruja dengan prestasi memberangsangkan yang dipamerkan oleh partinya dalam pilihan raya berkenaan.

"Buat masa ini, saya tidak pasti sama ada saya akan terpilih tetapi saya gembira melihat keputusan yang diperoleh Gerakan Palikot," katanya.

Grodzka sebelum ini merupakan calon parti berkenaan di bandar Krakow yang merupakan bandar kelahiran bekas ketua mazhab Kristian Roman Katholik, mendiang Pope John Paul II.

"Jika saya dipilih sebagai wakil rakyat di Krakow, saya akan menjadi wakil rakyat pertama daripada kalangan mak nyah bukan sahaja di Poland tetapi di seluruh dunia," ujar Grodzka.

"Saya akan mengetengahkan rang undang-undang berhubung pertukaran gender di Parlimen sekiranya dipilih sebagai wakil rakyat," tambahnya. - AFP

p/s: .....dunia dah makin tua...

Ramalan tarikh kematian sendiri tepat

CHICAGO, Amerika Syarikat (AS) - Ramalan bekas pemain gitar bes kumpulan rock Weezer, Mikey Welsh bahawa dia bakal menemui ajal pada 9 Oktober lalu menjadi kenyataan apabila dia  ditemui mati di bilik hotel penginapannya kelmarin, lapor beberapa buah akhbar semalam.







Welsh meninggal dunia dipercayai kerana mengambil dadah secara berlebihan pada usia 40 tahun. Dia menginap di hotel berkenaan di sini kerana mahu menonton persembahan Weezer.

Selebriti itu meramalkan dengan tepat lokasi dan masa kematiannya di laman perkongsian sosial, Twitter pada 26 September lalu.

"Saya bermimpi saya mati di Chicago pada hujung minggu depan kerana diserang sakit jantung semasa tidur. Saya perlu menulis wasiat saya sekarang," kata Welsh dalam akaun Twitter miliknya.

Kemudian dia berkata: "Pembetulan, saya akan mati pada hujung minggu satu lagi."

Selain ramalan tepat itu, pemuzik berkenaan turut membuat beberapa ramalan berhubung peristiwa yang akan berlaku dalam akaun Facebooknya. - Agensi


p/s: rasanya dia sendiri tak percaya dengan ramalannya...
sumber kosmo.

27.9.11

Hidup semula selepas dimasukkan dalam beg mayat

RIO DE JANEIRO - Seorang wanita yang berusia 60-an yang dirawat kerana sakit pneumonia dihantar terlalu cepat ke rumah mayat selepas diisytiharkan mati oleh seorang doktor, lapor akhbar Globo kelmarin.
Doktor tidak dapat mengesan sebarang tanda-tanda penting, melakukan ujian dan mengesahkan dia mati.

Dia kemudian dihantar ke bilik mayat dan berada selama dua jam di dalam beg plastik. "Saya datang untuk memberikan ibu saya satu pelukan terakhir dan ketika itu saya berasa ibu saya masih bernafas. Saya menjerit mengatakan ibu saya masih hidup tetapi petugas di situ melihat seperti saya orang gila," kata anak perempuan wanita berkenaan, Rosangela Celestrino.

Pegawai-pegawai hospital yang menjalankan ujian dan mendapati Rosa Celestrino de Assis mengalami dua strok dan memerlukan bantuan pernafasan.
Pada pukul 7.30 malam waktu tempatan pada hari Jumaat, seorang jururawat menghubungi seorang doktor kerana wanita tersebut tidak menunjukkan tanda-tanda penting akan hidup. Doktor kemudian mengesahkan kematiannya dan mayatnya dihantar ke rumah mayat.

Pengarah hospital, Manoel Moreira Filho menyatakan kesilapan tersebut dikesan pada pukul 10 malam dan wanita tersebut segera diberikan rawatan bantuan pernafasan. - AFP

p/s:  apalah...menakutkan betul...
sumber kosmo

17.9.11

Sukanye dia..; Anak gorila dalam tab mandi!

MIDLANDS, Britain - Seekor anak gorila, Joe gemar mandi di dalam tab mandi seperti kanak-kanak, lapor sebuah akhbar kelmarin.
Joe dimandikan dalam sebuah bilik mandi di Zoo Twycross, Leicestershire.
Seterusnya, gorila itu bermain-main di sekitar tab mandi sebelum menuju ke arah tab lain dan cuba meminum air menerusi paip.
Rakaman tersebut dibuat pada tahun 1967 dan disimpan dalam arkib video British Pathe tetapi ia ditayangkan kepada umum baru-baru ini.
- Agensi( KOSMO)

 p/s: cute!

14.9.11

Kemanusiaan yang hilang.


Petikan Kosmo
Kucing mangsa ketamakan manusia
Oleh ADLAN JAAFAR
 KUCING yang ditemui berada dalam keadaan menyayat hati. Selain kurus kering, bersalut dengan kencing dan najis bahkan, ada juga yang mati akibat kelaparan atau penyakit.

Semua kucing yang berada di premis Petknode itu kelihatan sangat teruk, ia diselaputi dengan najis dan kencing sehingga saya boleh memerah keluar air kencing daripada bulu haiwan itu.


“Mata kami kemudiannya tertangkap dengan beberapa tubuh kucing yang kaku di dalam sangkar. Di dalam sebuah sangkar itu, seekor ibu kucing dengan anaknya yang sudah tidak bernyawa, mati dalam keadaan saling berpandangan. Ia membuatkan hati kami bagaikan dihiris-hiris.

“Namun, airmata kami deras mengalir apabila melihat enam ekor anak kucing yang baru lahir sudah mati dan melekat pada lantai premis tersebut. Uri kucing masih lagi ada bersama-sama dengan tubuh yang tidak bernyawa itu. Kami cuba untuk mengangkat anak kucing itu dari lantai, tetapi kerana ia sudah keras dan melekat, tubuhnya berkecai.”

Demikian ungkap Bazilah Bahrin, sesekali menangis cuba menggambarkan betapa kejamnya perlakuan pengurusan Petknode yang telah menggemparkan negara baru-baru ini.

Gadis berusia 24 tahun itu, merupakan salah seorang daripada puluhan sukarelawan daripada komuniti Facebook, Kucing Terbiar dan Anjing Jalanan yang telah meredah masuk ke sebuah premis hotel kucing, Petknode di Petaling Jaya, Kuala Lumpur pada 4 September lalu.

Dalam misi menyelamatkan lebih 90 kucing yang dihantar pemilik ke Petknode sempena cuti perayaan Aidilfitri baru-baru ini, sukarelawan Kucing Terbiar dan Anjing Jalanan menemui 16 bangkai kucing yang mati akibat kelaparan, dehidrasi dan penyakit berjangkit.


Bazilah berkongsi kisah tragedi hitam bagi pencinta haiwan itu di Hotel Armada, Petaling Jaya dalam satu sidang akhbar tergempar yang mengumpulkan ratusan hadirin.

Menceritakan lanjut mengenai penemuan menyayat hati sukarelawan Kucing Terbiar dan Anjing Jalanan itu jelasnya, hasil aduan yang diterima di Facebook menyebabkan sukarelawan dan pemilik kucing berkenaan menyerbu premis Petknode.

Bayangkan bagaimana dua atau tiga ekor kucing berusia tiga tahun dengan berat kira-kira empat kilogram dapat hidup dalam sebuah pet carrier bersaiz sederhana?” soal Bazilah.


Seorang lagi sukarelawan yang dikenali sebagai Shahrina berkata, di luar premis terdapat lebih kurang 10 ekor kucing yang kelihatan tidak terusik kerana masih lagi berada dalam pet carrier.

“Pada sebelah petang serbuan itu, 60 ekor lagi kucing ditemui dari sebuah banglo di Desa Moccis, Selangor,” ujarnya.

Malah menurutnya, para sukarelawan dan pemilik-pemilik kucing lain percaya terdapat lebih 100 ekor lagi masih tidak dijumpai berdasarkan kepada aduan beberapa pemilik yang masih tidak menemui kucing mereka.


Pada sidang akhbar yang sama, salah seorang pemilik kucing yang menghantar kucingnya ke pusat penjagaan kucing tersebut tidak menyangka akan terjadi tragedi seperti itu.


Hanya mahu dikenali sebagai Wani, wanita berusia 20-an itu tidak menghantar kucingnya ke Pektnode secara semberono. Dia terlebih dahulu membuat kajian dengan melayari Internet selain melawati forum-forum membincangkan perkara tempat itu.

“Semua maklum balas yang saya terima adalah positif malah, saya sendiri pergi ke Petknode untuk melihat suasananya.

“Kedua-dua pemiliknya kelihatan sangat sayang kepada haiwan terutama kucing. Dia menyarankan kami menambah rakan di Facebook dan menjadi follower di Twitternya,” ujarnya yang menghantar tiga ekor kucing.

Tambah menyakinkan kami sekeluarga, pusat itu hanya menerima kucing dan umum mengetahui haiwan berbulu itu pasti akan mengalami trauma jika berkongsi tempat dengan anjing.

Selepas tujuh malam ditinggalkan di situ, Wani yang perlu mengambil kembali kucing pada hari kejadian dikejutkan dengan suasana kelam-kabut mengatakan pusat tersebut mengabaikan kucing.

Salah seekor kucing saya hilang mujur ada orang yang prihatin mengambil dan membela kucing saya,” ujar yang memiliki kucing daripada baka semi-parsi.


Seorang lagi pemilik kucing, Abdul Azim Abdul Rahim, 30, turut tidak menyangka hotel kucing yang sudah beberapa kali menjadi kediaman kucing kesayangannya sebelum ini bertukar menjadi seperti sebuah ‘neraka’.

Saya sudah menggunakan perkhidmatan mereka lebih kurang lima kali. Selama tempoh tersebut, kucing saya berada dalam keadaan baik dan sudah pasti pelanggan pertama kali turut percaya dengan Petknode jika mendapat maklum balas yang baik,” ujarnya kepada media ketika disoal kenapa dia memilih Petknode.


Apa yang pasti, di sebalik minat orang ramai untuk memelihara binatang peliharaan seperti kucing dan anjing yang semakin meningkat, timbul persoalan sejauh mana kesedaran masyarakat mengenai kekejaman terhadap binatang yang didakwa telah menjadi sebahagian daripada keluarga kita?

Melihat kepada kes tersebut, Pengerusi Persatuan Melindungi Kekejaman Terhadap Haiwan (SPCA), Christine Chin berkata, terdapat satu akta yang boleh menyabitkan pesalah mendera binatang.

Aktanya adalah Seksyen 44(1)(d) Ordinan Binatang 1953 yang memperuntukkan denda maksimum RM200 atau penjara enam bulan atau kedua-dua sekali jika sabit kesalahan.

Tetapi sehingga kini hanya seorang sahaja yang pernah disabitkan dengan akta tersebut,” ujarnya yang telah lebih 20 tahun memperjuangkan nasib haiwan jalanan.


Pada tahun 2005, seorang jurutera dari Subang Jaya, Lien San Chong, 46, dijatuhkan hukuman denda sebanyak RM100 dan dua hari penjara kerana mengabaikan anjing peliharaan daripada jenis German Shepard bernama Sheena.

Seorang lagi individu, Abdul Rashid Othman, 53, pula terlepas daripada dakwaan mengabaikan anak-anak kucing jenis Parsi miliknya pada tahun 2009.


Sudah menjadi adat manusia, apabila berlaku sesuatu kejadian yang menggemparkan barulah pelbagai peraturan mula diperkenal dan diketatkan.

Baru-baru ini, Ketua Pengarah Perkhidmatan Veterinar, Datuk Dr. Abd. Aziz Jamaluddin, mengeluarkan kenyataan bahawa hukuman yang lebih berat terhadap mereka yang disabitkan dengan akta tersebut akan dibentangkan di parlimen.

Antara hukuman yang dicadangkan dalam rang undang-undang itu ialah denda maksimum RM100,000 atau penjara maksimum enam bulan,” ujarnya dalam sebuah laporan akhbar.


Bagi kes Petknode pula, pengasas Malaysian Dogs Deserve Better, Wani Muthiah berkata, tindakan yang boleh dikenakan kepada pemilik serta-merta adalah dakwaan melakukan penipuan.

“Denda yang dikenakan untuk dakwaan ini adalah RM200 bagi setiap ekor kucing namun, ia memerlukan kerjasama semua pihak. Semua pemilik kucing perlu membuat laporan polis yang sama bagi memastikan kes ini berjalan lancar,” ujarnya sambil menunjukkan contoh laporan polis.

Menurutnya, ia adalah langkah awal sementara dakwaan mengikut Akta Ordinan Haiwan 1953 dibuat.


p/s: Aku percaya perkara ini hanya panas sebentar saja...lepas ni kalau kita senyap, semua orang pun senyap balik. Akta kemana, denda pun kemana. Pendera haiwan-haiwan ini bersorak sebab terlepas hukuman.


Selalunya kes-kes penderaan haiwan di Malaysia ini beginilah. Alasannya nyawa makhluk lain tak penting. Rasa nak muntah pulak bila terbaca twitter seorang tak berhati perut komen; mereka tu hanya kucing!


Wahai cik yang tak ada hati dan perasaan, yang kamu beria-ria membela Petknode tu kenapa yek? Aku tahulah kamu tak suka kucing, tapi tak perlulah  sibuk-sibuk beri komen yang kita sendiri tak tengok huru hara tu. Ini bukan sebab pencinta haiwan tu gila kucing tapi ini berkenaan sifat kemanusiaan kita! Kalau kamu tak nak ambil tahu tak apa..itu hak individu tapi jangan tempelak usaha orang lain. Mereka semua tak paksa pun kamu bagi duit atau kudrat.


Kamu rasa meluat perkara ini dibesar-besarkan? Ya, perkara seperti ini memang perlu dibesarkan supaya kita tak terleka dan sentiasa berhati-hati dari mempercayai musang berbulu ayam. Kalau kita tidak mengajar kanak-kanak menyayangi haiwan dari kecil akan muncullah orang-orang seperti kamu di dunia ini.  


Ingatlah selain manusia, makhluk seperti haiwan dan tumbuhan punya hak untuk hidup secara aman di bumi ini. Tak pernah aku mendengar Islam itu membenarkan haiwan didera, malah kalau nak sembelih haiwan ternakkan pun agama kita telah menetapkan caranya supaya haiwan itu tidak menderita.


Kepada pecinta haiwan yang telah banyak berjuang...terima kasih banyak-banyak.

7.9.11

Aniaya binatang: NGO sokong hukuman lebih berat

Utusan Malaysia Online - Terkini

07/09/2011 3:39pm
KUALA LUMPUR 7 Sept – Jawatankuasa Penyelaras NGO Menjaga Kebajikan Haiwan menyambut baik langkah untuk meminda Akta Binatang 1953 (Semakan 2006) bagi mengenakan hukuman lebih berat kepada pihak yang menganiaya binatang.
Penasihatnya, Tan Sri Lee Lam Thye berkata, perkara itu perlu dilakukan memandangkan penganiayaan dan kekejaman terhadap binatang sudah berterusan sejak sekian lama.
Di bawah cadangan pindaan itu seperti yang diumumkan oleh Menteri Pertanian dan Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar semalam, mereka yang menganiaya binatang boleh didenda RM50,000 atau penjara setahun atau kedua-duanya sekali.
Dalam laporan media Ahad lalu, kira-kira 300 ekor kucing dilapor diselamat oleh orang ramai daripada penganiayaan seorang pemilik pusat jagaan haiwan di Damansara dan Sungai Buloh.
Lam Thye dalam satu kenyataan hari ini meminta agar cadangan pindaan akta itu dibentangkan di Parlimen secepat mungkin.
Persatuan Menolong Haiwan Sarawak (SSPCA) turut menyambut baik langkah lebih ketat untuk membendung penganiayaan terhadap binatang.
Presidennya Dona Wee berkata, persatuan itu telah mengemukakan sokongan terhadap cadangan pindaan akta itu pada Mei lalu. – Bernama

p/s: semoga nasib haiwan-haiwan di negara ini lebih terjamin...amin..

26.8.11

bebola agar-agar di haramkan

sumber: BHarian
Oleh Magendran Rajagopal
PUTRAJAYA: Berkuat kuasa hari ini, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan mengharamkan pembekalan dan penjualan bebola agar-agar (seeds growing kits) yang banyak digunakan untuk tanaman pokok hiasan di dalam rumah. Pengharaman dibuat selepas kerajaan menerima aduan daripada Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) yang mengendalikan pembedahan ‘laparatomy' terhadap lapan kanak-kanak berusia satu hingga lima tahun kerana usus tersumbat akibat tertelan agar-agar berkenaan. Agar-agar itu turut dikenali dengan pelbagai nama iaitu Seven Colour Crystal Ball, Jelly Ball, Crystal Jelly, Baby Jelly, Baby Crystal dan Crystal Soil.

Menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata agar-agar berbentuk guli berwarna-warni yang digunakan untuk membantu pertumbuhan pokok atau hiasan pasu dijual dalam bentuk bebola kecil bersaiz kurang 0.5 sentimeter yang jika direndam dalam air boleh mengembang sehingga 290 hingga 444 peratus daripada saiz asal dan bersifat kenyal.

"Kanak-kanak mungkin menganggapnya sebagai makanan dan menelannya, manakala sifatnya yang menghakis serta mudah mengembang menyebabkannya tersumbat dalam usus.

"Kanak-kanak yang tertelan agar-agar itu akan mengalami kesan seperti muntah, demam, sembelit, perut kembung, sakit perut, usus tersumbat atau usus bocor," katanya pada sidang media khas untuk mengumumkan keputusan itu di sini, semalam.

Berikutan keputusan itu, katanya, penjualan, pembekalan dan menyimpan bahan berkenaan diharamkan mulai hari ini.
 
p/s: mmmm..betul gak..budak-budak nengok cantik je warna-warni mesti ingat gula-gula...

21.8.11

James Patterson penulis paling lumayan dunia

sumber: kosmo online
NEW YORK, Amerika Syarikat (AS) - Penulis novel penyiasatan AS, James Patterson merupakan penulis berpendapatan tertinggi di dunia dengan perolehan AS$84 juta (RM250.5 juta) sepanjang tahun lalu.
Patterson, 64, yang popular menerusi buku penyiasatan Alex Cross, mengungguli senarai tahunan penulis buku yang memperoleh pendapatan tertinggi di dunia oleh majalah Forbes.
Selain novel penyiasatan, bapa tunggal itu banyak menulis buku cerita kanak-kanak selain menulis ulasan filem pada lapangnya.
Lebih 10 juta buku tulisannya dijual pada tahun lalu dengan lebih 20 tajuk bukunya menduduki tempat pertama carta buku terlaris di AS.
Senarai tahunan Forbes kali ini didominasi penulis AS melainkan Ken Follett yang berada di tempat ke-11 manakala penulis buku Harry Potter, JK Rowling pula berada di tangga ke-13 setelah dia tidak menulis sebarang buku pada tahun lalu.
Tempat kedua senarai berkenaan menjadi milik penulis novel cinta ghairah, Danielle Steel yang berpendapatan AS$35 juta (RM104.3 juta) diikuti di tempat ketiga oleh penulis seram terkenal, Stephen King dengan perolehan AS$28 juta (RM83.5 juta).
Turut berada dalam senarai sama dari tempat keempat hingga ke-10 ialah Janet Evanovich AS$22 juta (RM65.6 juta), Stephenie Meyer AS$21 juta (RM62.6 juta), Rick Riordan AS$21 juta (RM62.6 juta),
Dean Koonz AS$19 juta (RM56.6 juta), John Grisham $18 juta (RM53.6 juta), Jeff Kinney AS$17 juta (RM50.7 juta) dan Nicholas Spark AS$16 juta (RM47.7 juta). - Agensi

p/s: dalam senarai di atas penulis yang aku suka ialah: Dean Koonzt (novel fav; Phantom), Stephen King (semua suka!), JK Rowling (semua tentang HP), dan James Patterson (fav; kiss the girls). Tapi John Grisham bagi aku..sangat boring...bila baca bukunya mesti nak tertidur..hahaha..sorry..

24.7.11

Kecanggihan teknologi tentera AS dalam TRANSFORMERS

Utusan Malaysia Online - Hiburan
Oleh MOHD. RASDAN AHMAD






SIAPA yang tidak tahu tentang filem aksi sains hebat yang diadaptasi dari siri animasi popular sekitar tahun 80-an ini ? Rata-rata penonton seluruh dunia tidak kira di peringkat umur manapun memang mengetahui tentang kehebatannya.
Ternyata dua episod terdahulu filem ini memang mendapat sambutan yang menggalakkan bukan sahaja di Amerika Syarikat (AS), namun ke semua negara dari sebelah barat sehinggakan ke benua Asia.
Filem yang berdurasi dua jam 32 minit ini sememangnya menjadi bualan hangat setiap pengkritik filem yang turut menyatakan ini adalah episod yang terburuk serta yang paling meleret.
Tidak kisah apa yang hendak dikatakan, namun filem arahan pengarah terkenal Micheal Bay ini sebenarnya mempunyai kehebatannya yang tersendiri dan matlamat sebenar filem aksi ini perlu dikupas sebaik mungkin bagi memahami intipatinya yang tersembunyi.
Seperti yang sedia maklum, filem ini adalah mengisahkan berkenaan pertarungan dua kumpulan robot yang ingin merebut kekuasaan sejak zaman lampau lagi, kumpulan tersebut terdiri daripada kumpulan baik yang dikenali Autobot dan kumpulan jahat Decepticon.
Lebih menarik, kumpulan Autobot telah bekerjasama dengan golongan manusia di bumi bagi menghalang kemaraan kumpulan Decepticon bagi terus menunjukkan kekuasaan mereka.
Filem yang berlatar belakangkan satu bandar raya terkenal di AS iaitu Chicago, pengarahnya telah berjaya mengubah kawasan bandar yang sibuk itu menjadi satu kawasan peperangan yang amat dahsyat.
Secara logiknya, kekuasaan dan kehebatan robot-robot tersebut dan ditambah pula dengan ketinggian serta saiznya besar, dengan mata kasar memang kudrat manusia tidak mampu untuk melumpuhkan mereka.
Namun dalam filem ini, perkara tersebut tidak boleh disangkal lagi apabila, pasukan tentera khas yang dibimbing oleh ketua mereka, Lennox lakonan Josh Duhamel berjaya dengan membantu pasukan Aotobot yang akhirnya memenangi peperangan tersebut.
Filem ini adalah satu medium yang paling berpengaruh untuk menguatkan lagi tanggapan bahawa pasukan tentera AS adalah salah satu pasukan tentera yang paling hebat di atas muka bumi ini.
Sebenarnya jika diperhalusi, kekuatan mereka tidaklah sehebat mana seperti yang dipaparkan dalam filem, tetapi teknologi peralatan serta teknik mereka membuatkan umum menyatakan mereka sememangnya hebat.
Dengan peralatan dan teknologi yang canggih, mereka mampu untuk menumbangkan beberapa robot dari kumpulan Decepticon.
Dengan pemaparan sut terjun yang boleh mengubah arah dalam filem ini, pasukan tentera AS ini dilihat sebuah pasukan tentera yang sangat hebat tanpa sebarang kecacatan.
Ditambah pula dengan bantuan dari pasukan bantuan mereka yang dilengkapi dengan jet-jet tempur terbaru, sekali lagi mata penonton seluruh dunia menganggap pasukan tentera AS adalah pasukan tentera yang tidak mampu dilawan oleh mana-mana pasukan tentera yang lain.
Medium filem adalah satu medium yang paling besar bagi menunjukkan kekuasaan yang diperolehi oleh setiap negara itu, dan medium ini telah diolah oleh pengarah sebaik mungkin bagi menjayakan tujuan asalnya itu.
Mahu buktikan NASA hebat
Selain itu juga, filem Transformers: Dark of the Moon ini turut mengupas tentang penyelidikan angkasa lepas dengan memaparkan sejarah kejayaan pihak Agensi Angkasa Lepas AS (NASA) yang berjaya mendaratkan manusia pertama ke bulan pada 20 Julai 1969 lalu melalui kapal angkasa Apollo 11.
Filem ini memaparkan tentang dua angkasawan terkenal Neil Armstrong dan sahabatnya Edwin Aldrin yang menemui kapal perang rosak yang dimiliki oleh kumpulan Autobot yang menempatkan pejuang mereka yang dikenali Sentinel Prime.
Penemuan tersebut menjadikan itu adalah satu rahsia kerajaan AS yang paling besar, dan pendedahan tersebut dilakukan setelah rahsia tersebut diketahui oleh Sam Witwicky.
Sedar atau tidak, perkara ini sebenarnya telah menyangkal sejarah asal yang telah berlaku sebelum ini, sejarah yang tertulis selama ini menyatakan dua angkasawan tersebut hanya berjaya membawa balik pasir dari bulan untuk dijadikan kajian.
Selain itu juga, filem ini turut memaparkan tentang percanggahan pendapat di antara NASA dan agensi angkasawan Rusia, perkara ini terbukti apabila pihak Rusia dapat merakam gambar dan menjadikan bukti kehadiran kapal angkasa Autobot lebih kukuh berbanding NASA.

p/s: dari kecik lagi aku memang suka tengok kartun transformers dan bila dapat tengok filemnya rasa betul-betul teruja! Tapi dari tiga siri ni yang paling best adalah siri yang pertama. Betul tak Leo? Kuya?

Leo & Kuya: Kroihhh...kroihhh...zzzzz...

1.6.11

Contoh manusia berotak SIAL.

dipetik dari KOSMO ONLINE
POPRAD, Slovakia - Seorang remaja lelaki berusia 17 tahun merakam aksi dia menggantung anjing peliharaannya dan menyiarkan gambar-gambar tersebut di laman jaringan sosial Facebook, lapor sebuah akhbar semalam.



Remaja berkenaan, Kamil Hric menulis di akaun Facebooknya: "Saya telah membunuh anjing saya - ha, ha."
Gambar tersebut menunjukkan anjing berkenaan cuba meronta semasa ia digantung di ampaian, manakala Hric melihat kejadian itu sambil ketawa.
Hric yang berasal dari Poprad ditangkap selepas beberapa orang pengguna Facebook memaklumkan kejadian itu kepada polis. Hric dilaporkan memberitahu pendakwaraya: "Apa masalahnya? Ia cuma seekor anjing. Saya membunuhnya untuk berseronok." - Agensi

p/s: Apa yang kita harapkan dari seorang manusia seperti ini? Adakah dia akan menjadi seorang yang bertimbang rasa, penyayang, atau perihatin terhadap keluarga, masyarakat atau negaranya suatu hari nanti? Adakah tindakkan begini sesuatu yang biasa, tidak perlu diambil berat sangat atau tidak penting?
Atau bagi kebanyakkan orang Melayu yang skeptikal akan cakap macam ni,"alaaa..anjing..tak apalah kena macam tu.." Sungguh sempit. Sejak bila Islam membenarkan anjing dibunuh tanpa sebab? Nak ikut contoh seperti manusia di atas?

27.5.11

luar biasa; kembar berkongsi minda

Sumber KOSMO ONLINE
Doktor terkejut kembar luar biasa berkongsi minda

VICTORIA - Satu pasangan kembar, Tatiana dan Krista Hogan yang bercantum di bahagian kepala dan berusia empat tahun mengejutkan doktor di British Columbia kerana mereka berkongsi minda, lapor sebuah akhbar semalam.


Sebelum doktor itu mengetahui mengenai perkongsian minda tersebut, ibunya terlebih dahulu mengetahuinya berdasarkan penelitian kelakuan mereka.

Ibu itu pernah melihat Krista berasa gembira memakan sos manakala Tatiana cuba untuk mengelak pergerakan lidahnya walaupun dia tidak menyentuh sos.

Para doktor percaya bahawa kembar berkenaan berkongsi sebahagian otak yang dikenali sebagai thalamus yang menghantar deria rasa ke bahagian cerebral cortex.

Dalam satu temu ramah dengan akhbar New York Times, ibu pasangan itu, Felicia Simms berkata, seorang kembar tersebut boleh mengetahui apa yang dilihat oleh kembar lain.

Menurutnya, salah seorang kembar itu akan memberikan reaksi 'whoa' jika perut saudaranya tersebut sudah dipenuhi dengan air jus.

Profesor Todd Feinberg yang bertugas dengan Kolej Perubatan Albert Einstein memberitahu akhbar itu: "Ia kelihatan seperti mereka sebenarnya seorang individu pada satu ketika." - Agensi

14.5.11

Gila potong kepala orang!

Lelaki gila potong kepala wanita

Petikan terus dari Kosmo Online



LOS CRISTIANOS, Tenerife - Seorang lelaki kurang siuman bersenjatakan pisau menggemparkan para pelancong apabila memegang satu kepala wanita yang dipotongnya di lokasi pusat peranginan terkenal Sepanyol iaitu Los Cristianos, Tenerife di kepulauan Canary, lapor sebuah akhbar semalam.
Pembunuh itu dikatakan menyerang mangsa yang dipercayai berusia dalam lingkungan 30-an atau 60-an dan melarikan kepalanya di sebuah pusat beli-belah yang sibuk kira-kira pada pukul 10.25 pagi waktu tempatan.
Saksi-saksi memberitahu melihat suspek berlari dari pusat beli-belah dengan memegang kepala mangsa dan darah menitis ke tanah.
Beberapa pengawal keselamatan mengejarnya sebelum menjatuhkannya ke tanah dan menunggu kehadiran anggota-anggota polis.
Penyerang tersebut dilaporkan telah mengekori mangsa yang bekerja di sebuah pasar raya dalam pusat beli-belah Valdes selama beberapa hari sebelum pembunuhan ngeri itu berlaku.
Dia didakwa telah keluar dari Hospital de La Candelaria pada Februari lalu untuk menjalani rawatan berkaitan keganasan.
Namun, timbul kekeliruan dalam laporan mengenai senjata yang digunakan suspek sama ada parang, pedang atau penyodok tanah. - Agensi

p/s: adoiii..ngeri..mana-mana pun dah tak selamat..kat Malaysia pulak main simbah-simbah asid...

5.5.11

akibat cemburu yang melampau dia ditikam bertubi-tubi

Berita Harian Online Lelaki cemburu tikam tunang bertubi-tubi di stesen minyak
Oleh Mohamad Danial Mohamad Saad



BUKIT MERTAJAM: Seorang pekerja kilang yang cemburu dan panas baran dipercayai menikam tunangnya bertubi-tubi sehingga mati menggunakan sebilah pisau sebelum meminum racun, di stesen minyak di Jalan Perusahaan Prai di sini, semalam.
Dalam kejadian jam 6.30 pagi itu, Karimah Jusoh, 25, ibu tunggal dua anak, ditemui berlumuran darah di bilik persalinan stesen minyak tempat dia bekerja, ditikam di perut, dada serta cedera di leher dan beberapa anggota badan. Suspek berusia 35 tahun kemudian melarikan diri ke rumah kakaknya di Bandar Baru Perda di sini, sebelum meminum racun dan kini dirawat Unit Rawatan Rapi Hospital Seberang Jaya (HSJ). Mayat mangsa yang dihantar ke Hospital Bukit Mertajam untuk bedah siasat dibawa pulang ke rumah ibu bapanya di Chuping, Perlis, bagi dikebumikan. Mangsa yang bercerai tahun lalu mempunyai dua anak masing-masing lelaki dan perempuan, berusia lima dan tujuh tahun.

Mangsa tinggal bersama ibu angkatnya, Aishah Mohamad, 52, di Bertam, Kepala Batas sejak tiga tahun lalu.
Seorang saksi memberitahu polis, mangsa berada di stesen minyak itu kira-kira jam 6.30 pagi dan masuk ke bilik persalinan sebelum memulakan kerja.
Saksi itu mendakwa dia ternampak seorang lelaki masuk ke bilik berkenaan dan keluar kira-kira sejam kemudian sebelum beredar dari stesen minyak.
Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Jaafar, berkata selepas rakan sekerja sedar mangsa tidak keluar bekerja, mereka memeriksa bilik berkenaan dan menemui mayat mangsa berlumuran darah.
“Polis turut menemui sebilah pisau sepanjang satu kaki dipercayai senjata yang digunakan untuk menikam mangsa di kawasan itu," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Prai Tengah, semalam.

Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
“Kami menerima panggilan telefon dari HSJ kira-kira 11.30 pagi ini (semalam) memaklumkan suspek menerima rawatan selepas dipercayai meminum racun,” katanya.
Sementara itu, Aishah mendakwa Karimah pernah memberitahunya bahawa tunangnya yang sangat cemburu dan panas baran pernah memecahkan cermin kereta selepas melihatnya melayan seorang pelanggan di tempat kerja.
“Sebelum keluar bekerja pagi semalam, Karimah memeluk saya tiga kali tetapi saya tidak mengesyaki apa-apa. Malam tadi (kelmarin) dia menyuapkan makanan kepada saya serta bersalaman sebelum tidur,” katanya yang masih terkejut dengan kematian anak angkatnya itu.

p/s: ini kah namanya sayang??? Bagi aku ini ego. Hah sekarang bawalah ego kamu ke tali gantung!

blog buku Hud aikara.

  • Pemandu Van Jenazah - Tajuk: Pemandu Van Jenazah Penerbit: Utusan Karya Tebal: 270 m/s Buku ini merupakan kompilasi kisah pengalaman pemandu-pemandu van jenazah yang diceritaka...
    12 tahun yang lalu
PitaPata - Personal picturePitaPata Cat tickers
PitaPata - Personal picturePitaPata Cat tickers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...