Memaparkan catatan dengan label si Comel jalanan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label si Comel jalanan. Papar semua catatan

11.11.12

Nasib si Comel...

 Ini tak tau nama, tapi si come ni lepak kat bahagian luar restoran. Aku bagi dia piskis yang selalu di bawa. Rasanya dia ni mengandung. Banyak betul dia makan. Seronok tengok dia terbaring kenyang lepas tu.

Yang ni pulak jumpa kat kedai makan biasa. Muka sedih. Aku bagi jugak piskis. Sayulah bila mengenangkan nasib mereka ni. Tapi setakat ni je aku mampu tolong. Aku berdoa semoga mereka ini sentiasa murah rezekinya sebab bila terpandang kucing-kucing terbiar ni secara automatiknya aku akan teringatkan Kuya dan Leo di rumah. Tak sanggup terbayangkan diorang tu comot dan minta sedekah nak makan...T_T


Kucing yang aku selalu beri makan depan office si Chot (pernah aku buat entrynya) dah tak ada.

   Si Chot

Menurut kata uncle bawah office aku tu dia cedera teruk kena bakar dengan orang. Tapi ada orang dari pusat jagaan kucing dah ambil untuk bagi rawatan. Ya Allah apalah dosa si Chot tu. Dia cumalah minta sikit rezeki. Dia tak berak merata-rata. Sepanjang aku bagi makan dulu si Chot tak pernah 'melepas' depan ofice aku. Dia pun tahu balas budi orang.....manusia ni memang ramai yang berhati syaitan. Kalau tak suka halau sajalah, yang bakar dia kenapa?

Hah, KENAPA manusia?

Seronok melihat makhluk lemah meraung kesakitan???


18.6.12

maafkan aku Chot kerana tak mampu jaga kau...T_T

 Wajah Chot minta makan..

Kucing comel ini aku beri nama Chot. Hari-hari dia ulang alik depan office aku. Kiranya dia macam kucing jalanan lainlah membesar dan cari rezeki atas ehsan manusia. Lucunya dia kenal aku walau kat mana pun terserempak. Nampak je terus dia datang mengeow manja. Macam tegur aku; "nak ke mana?"


Aku dan kawan aku Aina rajin beri dia makan depan office. Tak sangka pula kemudiannya tiap-tiap hari dia tunggu kami padahal orang-orang di kawasan itu pun ada yang rajin bagi dia makan. Bukan dia seekorlah ada lagi kucing jalanan yang lain. Tapi hanya Chot yang setia tunggu kami, sehari tiga kali di depan pintu.

Nampak tak kat CCTV tu? Hah. Dia tengah tunggu kami keluar lunch tu! kadang-kadang sampai tertidur menunggu. Belas betul aku tengok. Nasib baik hari-hari aku bawa biskut kucing. Bolehlah aku beri dia dan kawan-kawannya tiga kali sehari. Pagi, tengahari dan petang. Peliknya waktu lain dia memang tak ada. Merayau jauh juga sebab aku pernah terserempak dengan dia. Itulah yang dia boleh kenal dan tegur aku tu...hehehe...

Cuma aku kesian memikirkan hari Ahad memang dia tak akan jumpa kamilah. Aku berdoa dia dapat rezeki murah pada hari tersebut. Chot, aku memang tak mampu jaga kau. Aku boleh bagi kau makan saja. Jaga diri kau baik-baik ya. Jangan tidur bawah kereta orang. Bahaya. Jangan gapai kaki orang...tang ni memang sedih..dia minta perhatian dengan gapai kaki orang walaupun dia tak menyentuh. Gapai angin dengan harapan orang yang lalu tu menoleh ke bawah...tak ada orang toleh pun walaupun mulutnya bising memanggil...

Dari matanya aku tahu dia nak sangat bertuan. sebab dalam banyak-banyak kucing jalanan di kawasan itu hanya dia seekor saja yang ramah dan kenal orang yang bagi dia makan. Yang lain datang dan pergi.

Maafkan aku Chot tak dapat jaga kau...(T_T)...

p/s: aku doakan semoga ada orang yang lembut hati ambil kau...jadi tak adalah kau menghuni tempat-tempat kotor untuk mengelak hujan dan kesejukan...

12.5.12

Hati si Combi...

Ini Combi. Dah lama dah dia tiada di dunia ini. Combi kucing yang dijaga jiran sebelah rumah. Sebenarnya ibu Combi seekor kucing jalanan. Ibunya telah melahirkan Combi dan adik beradiknya di depan rumah jiran kami tu. Jiran kami memang baik hati dan telah menjaga mereka dengan baik cuma tak boleh masuk rumah saja.

Ketika itu aku belum lagi ada Leo dan Sakura. Setiap hari Combi dan adik beradiknya bergurau senda depan pintu rumah kami. Oleh kerana kami adik beradik memang suka kucing, kami selalu tumpang bermain dengan Combi. Lama-lama adik-adik Combi ada yang hilang dan ada yang tergilis kereta dekat parking. Tinggallah Combi seekor saja. Ibunya pun dah tak ada. Dengar cerita dah kena tangkap. :(

Oleh kerana dah rapat dengan kami, setiap kali melintas depan rumahnya, si Combi mesti menyambut kami balik tapi dia akan diam membatu bila tuannya ada kat sebelah. Yang lucunya, kepalanya yang terpusing tengok kami sampai bayang kami hilang dalam rumah. Mukanya nampak sangat nak ikut kami. Tapi Combi kucing yang kenang budi. Dia tahu jaga hati tuannya sendiri. Dia tak akan tinggalkan tuannya walaupun kami panggil. Aku belum pernah jumpa kucing sesopan itu. Tapi tuan dia tahu. Tuannya akan cakap; "Combi, pergilah main.."

Dia faham agaknya. Terus berlari ke depan pintu rumah kami. Hari-harilah macam tu. kami bagi dia kudapan sebab dia dah siap makan kat rumah dia. Dia datang cuma nak main. Macam-macam kami main. Main tali, main geletek perut, main bola...

Kucing pun reti bahasa. Kalau kami tak ajak masuk jangan harap dia masuk walaupun kita sudah rapat dengan dia. Kalau kami pelawa masuk dia cuma duduk tertib tepi pintu. Tak berani nak lebih-lebih merayau dalam rumah orang. Kena ajak pun dia tak nak. Jadi tiap-tiap hari kami main dengan dia dekat pintu. Bila tuan dia panggil nama dia, sepantas kilat dia berlari pergi.

Kemudian satu hari Combi dah tak kelihatan. Tuan Combi beritahu Combi sakit mulut. Ok. Aku fikir pasti dia di kuarantin. Tapi kemudian dia dah tak muncul-muncul. Akhirnya tuannya cakap Combi dah hilang.  Hilang dengan keadaan kesihatan yang teruk. Aku rasa sedih sebab dia macam tahu saja dirinya sakit lalu pergi meninggalkan kami. Tak berjejak. Nak kata kena tangkap, orang tak akan tangkap kucing yang sentiasa duduk depan rumah sendiri.  Mereka cuma tangkap kucing liar yang merayau di sekitar flat.

Aku cuba cari di sekitar kawasan. Memang tak nampak langsung. Kini Combi hanya tinggal kenangan. Dia si kucing jalanan yang lahir dan membesar depan rumah orang. Combi kucing yang baik, bijak dan tertib. Kenangan dengan Combi akan selalu kami ingat sampai bila-bila sebab dialah yang mengubat rasa stres dan sunyi kami satu ketika dulu. Walaupun dia cuma seekor kucing tapi dia kucing yang hebat.

(Semoga kamu aman di sana Combi...walaupun kamu bukan kucing kami tapi kami sayangggg sangat kat kamu...rest and peace sayang..)

10.5.12

Sady yang berwajah sedih.

Ini Si Sady. Aku yang panggil macam tu sebab mukanya nampak sedih. Aku jumpa kat kedai makan. Dia datang mintak makanan. Aku pun bagilah biskut kucing yang selalu aku bawa tu. Suka dia. Tapi muka tetaplah sedih. Hehehe...

Lepas makan dia jilat bulu tapi tak berganjak. Temankan aku makan. Hai Sady...comel kamu ni...tapi jangan sedih sangat ye sayang...


17.4.12

SI KEMBAR ABANG MADAN

Sebenarnya aku tak ingatlah sejak bila si comel ni datang ke kawasan LRT ni. Tapi rupanya ada iras abang Madan. Baik pulak tu. Mesti dia pernah dibela orang.
Tiap-tiap petang aku mesti cari dia ni lepas balik kerja sebab dia selalu merayau di laluan setapak ke LRT.

Memang keraplah aku bagi dia makan dan ada juga budak-budak baik hati yang buat macam tu.  Bila tengok muka dia aku mesti teringat muka abang Madan (senior).
(gambar; tak sempat ambik muka dia).

Ada sekali tu aku panggil dia kononnya nak bagi piskis macam biasalah. Wah dia terus duduk tertib depan aku dengan takzimnya. Aku raba-raba beg. Alamak, botol piskis aku tertinggal di rumahlah. Dengan perasaan bersalah aku tepuk kepalanya minta maaf. Terpinga-pinga dia bila aku blah macam tu aje. Dia tak tahu betapa kesiannya aku tengok muka dia yang penuh pengharapan tu. Masa tu memang nak pergi kerja. Jadi tak sempat nak beli apa-apa dah. 

Nasib baik lepas balik kerja si 'abang Madan' ni masih ada kat situ. Terus aku beli seketul ayam di gerai tepi jalan, kononnya nak tebus balik lah...hehehe...


Tapi yang uniknya dia ni berekor cabang.
Tengok, ekornya bercabang!

Takpe abang Madan, nanti tunggu aku kat tempat biasa.
Kita jumpa. (^__^)

7.12.11

rezeki di hari Rabu yang tenang.

Lepas lunch tadi tiba-tiba nampak si bulu ni tidur lesu..biasanya kalau kucing jalanan tidur macam tu tandanya mereka sebenarnya keletihan sebab lapar. Aku kejutkan dia bagi piskis. Terus dia melompat bangun dan makan dengan rakus. Puas hati rasanya tengok dia makan. Makan, makan...jangan segan-segan tau! \(^___^)/

Yang ni pulak mintak makan dengan kuatnya. Terkejut gak aku yang sedang enak menghirup mee sup panas. Dia ni pun sama, makan dengan gelojoh ketika aku suakan piskis. Takut-takut pun ada. Mungkin dia selalu kena sepak dengan orang. Kesian...Lepas makan dia lepak kat tepi kerusi aku, lepas tu asyik pandang je aku. Nak kata tak cukup, dia dah kenyang sebab piskis masih bersisa. Jangan-jangan nak ajak aku berborak kot? hahaha...tak pe esok kita jumpa lagi yek!

KALAU YANG NI PULAK TERLEBIH MAKAN DAN TERLEBIH MENGADA!

Amboiiii..kemain korang yek...tidooo??? pinggan mangkuk tak berbasuh, baju tak bersidai, rumah tak berkemas...sedap pulak korang tido yek~!

Leo: ala....orang tido jap je...Kuya tu tak bangun-bangun lagi..pengsan kot...

Uwan: Kuya tido pesen apa tu? masuk bawah bantal segala? nak mati lemas?

Kuya: (mengumam bawah bantal) silaulah uwan...

Uwan: dah, bangun! pergi mop lantai pulak!

Leo & Kuya: baikkk...uwan...

Uwan: keh keh keh...

15.11.11

Si Comel yang pandai mintak sedekah.

Semalam aku ke sebuah pasaraya terkenal sebab nak shopping. Maklumlah emak  dah sampai dari kampung jadi barang-barang di dapur tu kenalah tambah. Hati ni bukan main teruja nak jumpa emak.

Tapi ketika nak masuk ke laluan pintu utama aku terpandang budak bulu ni sedang minta sedekah. Sebijik macam cara manusia minta sedekah. Dia duduk macam orang, lepas tu setiap kali ada orang lalu dia mengiow sayu dengan kepala mendongak. Mukanya jangan cakaplah...mengharap habis!

Masa tu hati aku jadi sayu sangat-sangat. Cepat-cepat aku pergi beli ayam goreng dan berlari semula ke tempat si budak bulu yang mungkin sedang mengandung tu. Belum sempat aku nak memberi, tiba-tiba dua orang pekerja berdekatan situ lebih dulu mendapatkan kucing tersebut. Mereka siap beli makanan kucing lagi. Masa tu aku rasa terharu pulak sebab rupanya ada lagi yang masih peduli nasib si bulu comel tu.

Mungkin kerana lega dia sudah mendapat makanannya, aku pun meneruskan agenda aku. Beli ikan, sayur dan segala benda yang mungkin tak ada di rumah (maklum orang bujang...jarang masuk dapur..hehehe). Masa nak balik aku tengok lapik plastik tempat pekerja berdua tadi curah makanan kucing licin selicinnya. Aduh, memang dia sangat kebulur. Lalu aku bagilah ayam goreng yang aku beli pertama kali tadi. Tersedak - sedak dia makan. Gelojoh. Kesian betullah...

 Nilah muka penuh harap..bila aku dekat dia terus datang minta makan...


Ni pulak makanan yang diberi orang padanya..berselera dia makan..

p/s: aku bukan apa, bila tengok kucing macam ini aku mula teringatkan Leo dan Kuya..kalaulah diorang tersesat dari rumah macam mana agaknya diorang minta sedekah nak makan? (sedihnya...T-T)

19.9.11

rezeki hari ini.

 Mari anak-anak..! makan-makan...! Sedap tak?(port; kedai makan)

 Lamanya budak tu makan...nanti abislah tu... (penuh kerisauan)

 yes! ada lagikkk!..alhamdulillah...
.
.
.
.
.
Uwan: Kuya, nengok tu... diorang tak banyak songeh pun uwan bagi apa je..diorang makan dengan bersyukur tau..
bukan macam Kuya...pandai cakap tak sedap...
.
.
.
.
.
Kuya:.....Uya..demamlah uwan..mesti makan benda best...

Leo: terajang je dia masuk longkang uwan..

uwan: iks..sadis pulak ko ni Leo..ingat, kita kena bersyukur dengan rezeki kita...jangan buang-buang makanan...orang kat Somalia nun tak ada apa yang nak dimakan..bla..bla..bla..

Kuya & Leo: kroihhhh...zzzzzzz...

Uwan: hampeh!

18.7.11

mari, mari, makan free!

Hari sabtu lepas aku singgah makan di kedai makan yang biasa aku lepak dengan kawan. Sedang syok melantak ikan, tiba-tiba ada satu adik bulus ni pandang aku. Mukanya macam nak cakap, "mintak..sikit kak..."

Hehehe..nasib baik piskis yang aku selalu bawa dalam beg, masih ada lagi. Aku pun bagi ler kat adik kesian ni..pastu tak sangka pulak dia pakai taktik cerita P.Ramlee, sekali geng dia sampai da...

Nasib baik cukup piskis tu. Sebab sebelum tu aku ada bagi kat satu adik bulu kurus di satu kedai makan gak. Dialah yang makan banyak tu..

 ahh..best gak..ni..boleh selalu mengepau..

 makan free...

piskis ni jenama apa ye kak?
Aku: makan je ler..banyak lak tanya..

Lepas makan borak-borak jap..

Nasib baik aku tak balik baju compang camping cam cerita P.Ramlee gak. Rezeki kamu adik-adik bulu..nanti aku datang, korang stanby ler...

blog buku Hud aikara.

  • Pemandu Van Jenazah - Tajuk: Pemandu Van Jenazah Penerbit: Utusan Karya Tebal: 270 m/s Buku ini merupakan kompilasi kisah pengalaman pemandu-pemandu van jenazah yang diceritaka...
    12 tahun yang lalu
PitaPata - Personal picturePitaPata Cat tickers
PitaPata - Personal picturePitaPata Cat tickers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...