Hati-hati dengan denggi. Lepas adik aku demam, tak sangka lepas tu aku pulak yang demam. Masalahnya dia demam biasa tapi aku pulak terkena denggi. Mula-mula demam kuat, satu badan lemah, pening kepala dan lepas makan ubat rasa ok. Tapi kemudian demam akan datang lagi. Plt darah makin turun. Gusi berdarah, rasa nak muntah dan tak ada selera makan. Mujur aku pergi GH awal-awal. So doktor cuma suruh minum banyak air. Berehat secukupnya. Satu minggu tak datang kerja..huhuhu..banyak kerja tertangguh..
So semua rakan-rakanku kalau rasa demam yang sekejap ok sekejap datang balik tu cepat-cepat ke hospital. Rawatan awal menyelamatkan nyawa. Tiap-tiap hari aku kena cek darah sampai betul-betul sembuh.
Lepas tu aje terus aku kemas rumah cari tempat pembiakkan nyamuk tapi kalau dah duduk rumah flat ni agak payahlah sikit. Iyalah kalau tak berpunca dari rumah kita, pasti ia datang dari longkang-longkang kat luar sana.
Mak aku datang dari kampung bawa bunga betik. Dia rebus benda tu lalu bagi aku minum. Rasanya memang tak sedap lansung! Tapi esok pergi GH, doktor kata dah ok. Tak perlu datang lagi.
Sedihnya lepas tu mak aku pulak yang kena...dia datang nak jaga aku tapi dia pulak yang terjangkit..masuk wad kat kampung..ni esok aku nak balik kampung tengokkan dia pulak..sorry mak cayanggg...





6 ulasan:
ye btol. sy pn dk umah flat. slalu jugak adekes baru n tyme tu lah sembur nyamuk akan dibuat besr besaran! hehehe.
jge dri. Insyaallah mak smbh. byk doa k..
:D
~~~@@@~~~
Assalamualaikum salam sejahtera,
Pemanis kata pembuka bicara;
Dari Blog kami bercerita,
Untuk tatapan sahabat semua.
~~~@@@~~~
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
eemmmm denggi mmg banyak bahaya wooo boleh bawak maut lah... mencegah lebih baik mengubati... hapuskan tempat pembiakan nyamuk adies ni.... umah flat pun dia boleh terbang tinggi gak ye... nyamuk makin canggih
aha...umah flat saya tu cuma 4 tingkat jer..konpom boleh terbang punya..hehehe..
Untuk tatapan sahabat semua ~~~@@@~~~
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
soory lama tak ziarah kat sini, sorry...sibuk sangat sekarang
uuhhhh tinggi betul lah semagat nyamuk tu 4 tinggkat pun boleh naik... manusia ni pun nak naik tingkat empat pun semput
Salam dari kami
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
sorry agak tertinggal entry ko lah ... aku sibuk sikit sekarang... ni ade free masa sikit aku layan blog ko sorry ye...
beb umah ko ade sembur nyamuk ke dari jab. kesihatan.... issshhh kena buat sebagai langkah berjaga-jaga
~~~@@@~~~
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
Salam lama betul tak ziarah cozz ade buzzy sikit lah maaf ye lambat sampai blog kamu ye…
nyamuk pun makluk tuhan gak... kalau tak kerana dia tiasda kilang racun semburan nyamuk tau
Catat Ulasan