Kuya: uwan tak cayang Uya agi ke...
Uwan: kejap je uwan balik kampung sayang...
Kuya: Uya nak itotttt...
Uwan: kalaulah pemandu bas tu bagi penumpang berbulu naik, dah lama uwan bawak...
Kuya: macam ni tak naklah kawan uwan...
uwan: tak nak sudah...lalalala..
Kuya: mppp..nyampah!
Tiap-tiap tahun budak berdua ni terpaksa tinggal jaga rumah. Nak buat macam mana tak dapat nak bawa balik kampung sekali. Setiap kali nak tinggal aku mesti sedih. Memang masa tinggal tu aku buat tiga bekas besar biskut kucing, air dua besen kecik, tempat najis tiga tray besar (letak pasir banyak-banyak) dan pastikan rumah bersih semua. Mereka ni memang tak dikurung tapi bebas bergerak dalam rumah jadi aku mesti pastikan tiada tingkap yang terbuka.
Mengikut pengalaman yang lepas-lepas setakat ni budak-budak ni berkelakuan baik. Tak sepahkan bekas makan dan tray pun taklah teruk sangat kotor. Kalau pasir terkeluar pun sebab diorang main pasir tu terlebih dahulu..hehehe...
Huh? ni pulak fettuccine bersup ketam rekaan aku untuk buka puasa hari tu...saja tampal gambar ni kat sini...hehehehehe....





4 ulasan:
tu la tu. kakCT pon awal2 dah buat MoU xmo overnite kalu beraya. kesian budak2 bulu kat umah.
ye la..setiap kali nak raya je sedih nak tinggal diorang...risau pun ada...rindu pulak tu...
bebudak kat rumah ni pon kena tinggal jugak tapi pegi beraya tak penah bermalam mesti pergi balik ari..terpaksa la bekorban skit, risau nak tinggalkan reramai tu
meowwmania: kalaulah kampung saya dekat saya pun tak mahu lama-lama..tapi ni naik bas dekat 8 jam dari KL ..huhuhu..kesian Leo dan Kuya...
Catat Ulasan